Setiap wanita itu cantik. Tapi dengan penjagaan tambahan menggunakan produk seperti COSMODERM lebih menyerlahkan kulit muka yang sihat dan glowing, yang menjadi booster keyakinan diri.
Dalam pelbagai pandangan tentang definisi cantik, memiliki kulit muka yang sihat dan glowing mendominasi suara. Rasa keyakinan melonjak apabila wajah bebas cela meskipun tanpa solekan tebal di depan orang ramai. Waktu ini, potensi diri juga akan lebih terserlah!
Sebenarnya penjagaan kulit muka yang tepat adalah pelaburan jangka panjang untuk setiap orang. Menyedari prosesnya berbeza mengikut individu, penggunaan skincare yang tepat seperti COSMODERM sangat penting kerana reaksi bahan memberi kesan berlainan ke atas kulit.
Penggunaan produk COSMODERM mampu menyerlahkan kulit muka yang sihat dan glowing sekaligus mengungkap rahsia keyakinan diri wanita.
Selain produk penjagaan asas membersih, melembap dan melindungi kulit muka, COSMODERM memperkenalkan tiga produk baharu sebagai tambahan penjagaan wajah yang intensif. Intip 3 tip tampil good looking dengan seleksi di bawah.
(A) Luminous A Youth Freeze Serum Cream
Menggabungkan bahan terkini iaitu Retinol 0.5% dan Peptida 2%*, produk COSMODERM Luminous A Youth Freeze Serum Cream membawa revolusi terkini dalam dunia penjagaan muka. Ia berkesan untuk:
– Mengurangkan kedalaman kedutan sehingga -62%^.
– Meningkatkan ketegangan kulit sehingga +77%^.
– Hidrasi intensif.
– Memudarkan hiperpigmentasi.
– Memperbaiki fungsi penghalang kulit.
– Mengekalkan keanjalan dan kecerahan kulit.
(^ berdasarkan keputusan ujian vivo terhadap panel menggunakan krim dengan *2% Matrixyl Synthe’6)
(B) Glow-C Brightening UV Shield (eksklusif di Watsons sahaja)
Ads
Menyedari peningkatan penggunaan teknologi dan peranti elektronik dalam kehidupan harian, kulit kita terdedah kepada ancaman sinar biru dan infrared berbahaya. Dengan COSMODERM Glow-C Brightening UV Shield, kulit anda dilindungi dengan formula unggul berspektrum luas terhadap UVA, UVB, infrared dan blue light.
Keempat-empat jenis ini menyebarkan sinar berbahaya yang berbeza dan menyebabkan tona kulit tidak sekata, pigmentasi serta tanda-tanda penuaan pramatang.
Bahkan, ia juga mencegah tanda-tanda penuaan awal, mencerahkan serta menyamaratakan warna kulit dengan berkesan. Tambahan infusi Vitamin C turut mengekalkan kecerahan serta keanjalan wajah.
(C) Glow-C Brightening Eye Gel(eksklusif di Watsons sahaja)
Untuk menjaga kulit di sekeliling mata, amalkan produk COSMODERM Glow-C Brightening Eye Gel untuk memulihkan masalah lingkaran gelap dan meningkatkan keanjalan di sekeliling mata.
Dengan formula yang mengembalikan kelembapan dan menyuburkan kulit, produk ini juga meremajakan serta menenangkan kawasan kulit mata yang sensitif. Dengan rangkaian kebaikan ini, kulit di sekeliling mata anda akan terhidrasi dengan baik, lebih elastik, dan semakin berseri, memberikan penampilan yang lebih muda dan segar.
Ads
#DareToDream
Keyakinan dan rasa percaya diri yang kuat mampu mendorong seseorang mengejar impiannya. Usah terbelenggu dengan standard kecantikan yang tidak realistik, sebaliknya tanamlah rasa cintai diri sendiri dengan segala keunikan dan keistimewaan yang Tuhan kurniakan kepada kita.
Kecantikan datang dalam pelbagai bentuk, warna dan ukuran. Adapun amalan skincare yang baik tetap membantu memelihara anugerah ini dengan sempurna seperti penggunaan produk COSMODERM yang direka khusus untuk kulit anda.
Memahami keperluan kulit setiap orang berbeza, COSMODERM menjemput tiga wanita hebat iaitu Mimi Lana (aktres), Helen Tan (entrepreneur) dan Ummi (Beauty Guru) untuk menyuntik inspirasi kepada masyarakat agar berani bermimpi serta mencapai matlamat kulit masing-masing.
Ads
Ikuti kisah aspirasi mereka menerusi ‘Dare to Dream by COSMODERM’ untuk membuktikan bahawa setiap wanita punya kekuatan tersendiri. Sama seperti COSMODERM yang menawarkan beberapa rangkaian untuk menyelesaikan masalah kulit yang berbeza!
Dapatkan produk-produk COSMODERM di gedung farmasi berhampiran atau secara online melalui SHOPEE.
Beli produk COSMODERM Luminous A Youth Freeze Serum Cream (link SHOPEE) atau Glow C Series (link SHOPEE).
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial COSMODERM:
Gadis pada masa kini pastinya gemarkan gajet yang memudahkan kehidupan namun pada masa yang sama mempunyai gayanya yang tersendiri. Seperti Mi Note 10 Lite keluaran hebat Xiaomi, ia direka khas bagi memberikan pengalaman luar biasa buat si penggunanya.
Faham dengan kehendak remaja sekarang yang suka berswafoto dan bergambar, ia hadir dengan 64MP AI Quad Camera bersama SONY IMX686 yang memberikan warna imej yang lebih terang serta mampu menangkap gambar dengan lebih jelas. Foto OOTD anda pastinya akan kelihatan wow gitu!
Sempurna Untuk ‘Kaki Vlog’
Selain itu, ia juga mempunyai ‘Mod Vlog’ bagi membantu anda menghasilkan vlog yang hebat dengan hanya satu klik. Pastinya sangat sempurna untuk anda yang gemar memuat naik vlog di Instagram TV atau di laman YouTube.
Penonton vlog anda pasti akan terpukau dengan kualiti video tersebut kerana rakaman video 4K yang dimilikinya selain boleh merakam video gerakan perlahan sehingga 960fps. Bolehlah kita buat video slow motion yang sedang in trend sekarang ini! Nak buat video TikTok pun boleh.
Reka Bentuk Mesra Pengguna
Di samping itu, Mi Note 10 Lite ini mempunyai reka bentuk yang unik iaitu paparan AMOLED 6.47 inci melengkung 3D. Bahagian belakang kaca yang melengkung 3D itu memberikan keselesaan pada tangan anda sewaktu memegangnya tanpa rasa lenguh. Warna-warna yang ditampilkan juga menarik hati dan boleh dipilih mengikut personaliti anda seperti Nebula Purple, Glacier White, Midnight Black. Lain daripada yang lain bukan?
Bukan itu sahaja, di zaman serba moden ini pastinya kita mahukan bateri tahan lama yang akan mudahkan kerja kita seharian. Usah bimbang kerana Mi Note 10 Lite ini hadir dengan bateri 5260mAh + 30W dan pengecasan pantas.
Ia hanya mengambil masa 64 minit dari 0 hingga ke 100%. Lebih menarik lagi, jangka hayat baterinya tahan lebih dari 2 hari! Maka tak perlulah anda susah-susah mencari plag sewaktu berada di luar.
Ruang Storan Yang Luas
Gajet trendy ini turut menampilkan Qualcomm Snapdragon 730G, pemproses 8nm yang sangat cekap yang bagi melancarkan penggunaannya. Anda juga tak perlu risau mengenai masalah memori tak cukup kerana ia datang dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang memberi lebih banyak ruang simpanan bagi memori anda.
Dengan harga hanya RM1599, anda boleh memiliki telefon pintar yang versatile ini di Lazada dan semua cawangan Mi Store serata negara. Bukan hanya penampilan diri yang perlu dititikberatkan, telefon pintar pun mestilah kena stailo juga tau! Dengan adanya Mi Note 10 Lite, pastinya semua lebih sempurna!
Layarilah laman media sosial Xiaomi segera bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya.
FB: facebook.com/XiaomiMalaysia/
IG: instagram.com/xiaomi.malaysia/
TW: twitter.com/XiaomiMalaysia
Tiktok: https://vt.tiktok.com/UcoMYH/
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Filem Dolittle pastinya tidak akan mengecewakan para peminat setia Robert Downey Jr. yang sangat sinonim dengan watak superhero terkenal iaitu Ironman. Melakonkan watak utama sebagai Dr. John Dolittle, filem ini mengisahkan tentang seorang doktor terkenal yang bertapa dan menyembunyikan diri di belakang Dolittle Manor selepas tujuh tahun kematian isterinya.
.
Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan, Dr. Dolittle terpaksa berlayar dan melalui pengembaraan epik ke pulau mitos bagi mencari penawar buat Ratu England yang sedang gering.
Tidak berlayar seorang diri, dia juga turut membawa ‘rakan-rakannya’ yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan untuk berlayar bersama. Namun, dia tidak sangka akan bertemu dengan makhluk yang luar biasa sepanjang pengembaraannya itu.
.
Walaupun mungkin pada awalnya penonton akan memikirkan hanya kanak-kanak sahaja yang akan terhibur tetapi sebenarnya tidak kerana rata-rata penonton yang terdiri daripada golongan dewasa juga turut menyukai filem ini kerana ia sarat dengan elemen yang melucukan.
Sis paling terhibur bila menyaksikan babak pergaduhan di antara Yoshi si beruang kutub yang dialih suara oleh John Cena dan juga Chee-Chee si gorilla (Rami Malek). Serius, comel sangat!
.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, cepat-cepatlah dapatkan tiket filem Dolittle ini untuk menyaksikan sendiri sisi lucu Robert Downey Jr. yang tidak disangka-sangka. Oh lupa, Selena Gomez juga turut membuat kemunculan istimewa dalam filem ini tau!
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mahukah anda menjadi antara yang bertuah untuk menikmati makan malam yang indah di Omakase di Nobu, KL bersama selebriti seperti Ruhainies, Imran Aqil dan Amelia Henderson untuk 2 orang bernilai RM2,000?
Macam tak percayakan! Ada 30 pemenang kesemuanya, mungkinkah anda boleh jadi salah seorang daripadanya? Kalau anda nak menang, ayuh sertai sekarang melalui cara-cara di bawah ini:-
1.Beli mana-mana Hada Labo HA Supreme Booster Serum.
2.Pos video atau foto bersama produk dengan hashtag #HLBoostYourSkin dan tag @hadalabomalaysia di Instagram Story atau Shopee feed
3.Nyatakan kenapa anda menyukai produk ini.
Pastikan anda setkan akaun Instagram kepada tetapan umum.
Layari Instagram Hada Labo dan Facebook Hada Labo untuk info yang lebih lanjut.
Klik link di bawah untuk mengetahui syarat-syarat penyertaannya.
Sebelum nak menikmati makan malam bersama artis pujaan, pastinya anda nak persiapkan penampilan diri dan kulit wajah dengan sebaiknya bukan?
Sebenarnya, ramai yang idamkan kulit yang cantik tapi tak tahu bagaimana nak mulakannya. Meh sini sis nak bocorkan rahsia pada semua! Memperkenalkan set penghidratan Hada Labo, produk rejimen terbaik untuk kulit terhidrat lagi licin.
Hanya dengan tiga langkah mudah, anda akan dapat kulit yang sihat dan menawan. Tidak melekit di wajah, bahan kandungannya juga ringan dan mudah serta cepat diserap ke dalam kulit.
Selain itu, anda tidak akan alami lagi masalah ‘kemarau’ pada kulit apabila menggunakan Hada Labo kerana asid yang terkandung di dalamnya memberikan penghidratan maksima dan menguatkan barrier kulit untuk penghidratan yang berpanjangan.
Bukan hanya menghidrasi, produk Hada Labo ini juga mampu mengatasi masalah kulit lain seperti kulit kering, kusam, garis halus dan pori besar.
Ikuti 3 langkah mudah ini untuk dapatkan kulit berseri yang selalu diidamkan!
Langkah 1: Gunakan Hydrating Lotion selepas mencuci muka untuk mempercepat penyerapan produk seterusnya. Dengan 4 jenis Hyaluronic Acid, Ceramide dan Amino Acid, kulit dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan.
Langkah 2: Tingkatkan hidrasi mendalam dengan H.A Supreme Cera Booster. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acid untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Langkah 3: Kuncikan segala kelembapan dengan menggunakan Hada Labo Hydrating Light Cream. Tekstur ringan memudahkan penyerapan terus masuk ke kulit wajah selepas diratakan di seluruh muka. Ia mengandungi kebaikan Hyaluronic Acid, Ekstrak Sakura dan minyak botanikal untuk kulit lembut berseri.
Anda boleh dapatkan rangkaian penjagaan kulit Hada Labo ini di farmasi terkemuka juga secara online di Shopee dan Lazada. Bolehlah beli sekarang!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...