Semua wanita memang ingin memiliki kulit wajah yang halus bersinar. Pendek kata wajah yang halus mulus mampu membuatkan seorang wanita itu rasa lebih yakin dan bersemangat apatahlagi jika berkecimpung dalam dunia kerjaya yang memerlukan untuk bertemu dengan orang ramai setiap hari.
Demi memiliki kulit yang halus dan mulus ramai orang sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk merawat wajah. Hakikatnya banyak bahan alami di sekitar anda yang boleh anda manfaatkan untuk menghaluskan wajah.
Berikut tip DIY yang boleh dicuba di rumah.
PETUA MENGHALUSKAN KULIT MUKA
Kulit muka tidak cerah tidak mengapa asalkan sihat, halus dan lembut.
Berikut bahan-bahan untuk menghaluskan kulit wajah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja yang boleh didapati di dapur.
BAHAN-BAHAN:
Asam jawa (dalam bentuk pes lebih mudah)
Tepung ubi.
Sedikit air
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Bancuh semua bahan-bahan tadi sampai jadi paste. Jangan terlalu cair. Jika terlalu cair agak susah untuk tempek pada muka kerana susah hendak lekat.
2. Apabila sudah jadi paste, bolehlah tempek pada muka tapi pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu, barulah tempek pada muka.
3. Biarkan paste menempel pada muka dalam 10 minit atau sampai kering. Kemudian bolehlah cuci muka seperti biasa.
Amalkan selalu, nanti kulit muka akan jadi halus lembut gebu macam kulit bayi.
Rutin penjagaan wajah pada waktu malam juga penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Bukan hanya dijaga pada waktu siang sahaja. Ramai yang anggap penjagaan kulit pada waku malam adalah tidak penting.
Anda perlu tahu betapa pentingnya penjagaan kulit pada waktu malam agar wajah tidak rosak. Ini antara 5 perkara yang perlu anda hindari.
1. Tidak Membersihkan Solekan
Ini merupakan satu kesalahan yang sering dilakukan. Memang malas mahu menanggalkan solekan pada wajah. tetapi, solekan yang menempel pada wajah akan membuatkan liang pori tersumbat. Akhirnya, wajah akan mudah ditumbuhi jerawat. Sekurang-kurangnya, cuci muka anda menggunakan micellar water. Kemudian, gunakan pencuci muka dan diakhiri dengan toner.
2. Tidak Pakai Krim Mata
Krim mata berfungsi untuk mencegah garisan-garisan halus pada sekitar mata. Tetapi, jangan samakan krim malam dengan krim mata ya. Anda harus gunakan krim khusus untuk mata jika anda mahu hasil yang maksimum.
3. Mandi Dengan Air Suam
Pada waktu malam, memang seronok jika anda mandi menggunakan air suam. Tetapi tahukah anda bahawa kulit anda akan menjadi cepat kering dan bersisik jika anda selalu mandi dengan air suam. Lebih baik sekiranya anda mandi dengan air biasa agar kulit tetap lembap.
4. Biarkan Rambut Terurai
Sekiranya anda masih belum mencuci rambut, jangan lupa untuk ikat rambut anda kerana rambut yang terkena pada wajah akan buat kulit mudah iritasi. Jadi, sebaiknya sepit rambut anda agar rambut tidak menyentuh kulit wajah anda.
5. Lupa Pakai Krim Malam
Untuk mendapatkan kulit yang anjal dan lembap pada keesokan pagi, jangan lupa untuk memakai krim malam sebelum anda tidur. Sapukan krim malam secara rata pada wajah dan leher anda ya!
Sumber kredit: Facebook Lelawati Lela