Konnichiwa! Kalau nak wajah sihat dan ‘glowing’ macam orang Jepun, sis boleh cuba amalan kecantikan mereka yang ringkas, semula jadi serta tidak menyusahkan. Antara yang mesti ada dalam beauty list adalah Hada Labo Hydrating Lotion ni.
Mengenakan losyen wajah merupakan langkah pertama dalam seni penjagaan muka. Losyen ini dirumus khas untuk melembap serta menyediakan kulit bagi langkah penjagaan seterusnya. Ia juga mampu ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita lebih sihat semula jadi.
Tak hairanlah losyen ni sangat berpengaruh dan menjadi losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut. Hada Labo Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan ‘Cara Kecantikan Jepun.’
KEBAIKAN LOSYEN
1. Lembapan Pintar
Berbanding losyen wajah lain, Hada Labo Hydrating Lotion diperhebatkan dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) yang dipatenkan. Ia mampu membaik pulih lapisan permukaan kulit dan melindunginya daripada ancaman luar.
HA adalah sejenis bahan yang wujud secara semula jadi dalam tubuh manusia untuk memberikan kelembapan, keanjalan dan kelembutan pada kulit.
Hada Labo menghasilkan HA dalam pelbagai saiz molekul iaitu HA besar, sederhana, Super HA, Nano HA dan Fermented HA untuk penyerapan maksimum ke setiap lapisan kulit, sekaligus membekalkan lembapan berpanjangan hingga 8 jam.
Bahkan dalam rumusan terkini Hada Labo Hydrating Lotion, tambahan Fermented HA yang pertama di dunia turut membantu memulihkan dan menguatkan rintangan kulit. Hebatnya!
2. Prep Solekan
Hada Labo Hydrating Lotion juga sesuai dipakai untuk prep solekan. Langkah ini penting bagi menyediakan permukaan wajah yang sempurna, sekaligus memastikan mekap tahan lama tanpa kesan bercapuk.
3. Mengimbangi Air & Minyak
Hada Labo Hydrating Lotion turut dirumus dengan kandungan air serta minyak yang seimbang untuk kulit. Penghasilan minyak semulajadi ini membantu mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz liang pori.
4. Kesan Ketara
Nikmati kompleksi kulit yang lebih sihat serta kurang berminyak dengan tekstur halus secara keseluruhan. Semua kebaikan HA memastikan wajah anda tampil lebih segar bermaya, lembut dan berseri-seri.
5. Penjagaan Kulit
Komited untuk memberikan hanya yang terbaik kepada kulit, Hada Labo Hydrating Lotion dirumus dengan formula bebas bahan memudaratkan seperti alkohol, paraben, pewangi, pewarna, minyak mineral dan MIT.
6. Memulihkan Rintangan Kulit
5 jenis HA yang dipatenkan dalam losyen wajah ini cukup berkuasa untuk menguatkan rintangan kulit, menjadikan ia lebih sihat dan mampu mencegah jerawat dan menjadikan kompleksi lebih berseri.
Jadi tunggu apa lagi sis, jom dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion sekarang di Watsons (link https://www.watsons.com.my/hyrdating-lotion-170ml/p/BP_73408), Shopee (link https://shopee.com.my/mymentholatum) dan Lazada (link https://www.lazada.com.my/shop/my-mentholatum). Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labohttps://www.facebook.com/MyHadaLabo
#HadaLaboMalaysia
#HadaLabo
#HydratingLotion
#SkinHydration
#JapaneseWayOfBeauty