Wajah merupakan antara bahagian penting dalam memastikan keseluruhan penampilan kita kelihatan sempurna. Hari ini, ramai yang sudah mula menjaga kesihatan kulit wajah. Bagi kaum wanita, kesihatan dan kecantikan kulit wajah umpama bayangan personaliti mereka luar dan dalam. Oleh kerana itulah, kaum si kaum Hawa, harus sentiasa menjaga kulit wajah dengan baik.
Masalah yang selalu dihadapi oleh kaum wanita ialah kulit kering dan kusam. Berbeza daripada masalah jerawat, kulit kering dan kusam menjadikan kamu kelihatan tidak bermaya dan hilang seri kecantikan. Meskipun kamu sudah menggunakan produk yang mahal kosnya, namun harus diketahui bahawa jika salah langkah rutin harian kamu, pastinya ia tidak mendatangkan hasil.
Kali ini, team Hijabista berkongsi tip tentang cara-cara untuk kamu merawat dan mengelakkan masalah kulit kering dan kusam! Mudah sahaja! Cubalah!
1. Sentiasa Memakai Pelindung UV
Pastinya ramai yang tahu tentang kebaikan dan kelebihan pelindung UV, bukan? Namun, masih ramai juga yang tidak mempraktikkan pemakaian pelindung UV ini dalam rejim kecantikan mereka. Mengikut pakar kecantikan, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV jika keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam pejabat, pelindung UV ini amat penting untuk memastikan kulit tidak menjadi teruk akibat kotoran di luar. Jadi, adik-adik cantik janganlah rasa tak perlu pakai pelindung UV jika bekerja sehari suntuk di dalam pejabat ya. Penting tu!
2. Jaga & Kawal Pemakanan
Bukan hanya bagus untuk tubuh badan, namun pemakanan yang berkhasiat juga seperti makanan yang kurang berminyak dan berlemak tinggi. Makanlah makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering. Percayalah, kulit yang cantik semuanya datang dari pemakanan yang betul!
3. Pakai Masker
Ada sesetengah individu merasakan masker ini ‘Ahhhhhh bukanny penting pun. Buat bazir duit je beli”. Tidak! Masker ini banyak kelebihannya! Setiap masker yang dijual di pasaran juga mempunyai fungsi yang berbeza. Ada yang untuk kulit berminyak, berjerawat, berjeragat, kulit gelap dan untuk kulit yang kering. Oleh itu, rajin-rajinkanlah diri untuk memakai masker. Disarankan memakai masker sekurang-kurangnya 2-3x seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja seperti tomato, yogurt, lemon dan putih telur. Tak perlu keluarkan duit lebih kan? Atau boleh juga dapatkan MASKER SIAP di kedai-kedai seperti Watson, Guardian, Aeon atau mana-mana kedai lagi. Memang banyak dijual di pasaran.
Boleh juga cuba masker yang murah dan mudah ini. Hanya perlu gunting sedikit kapsulnya dan keluarkan gelnya. Sapu ke muka dan biarkan selama 20-30 minit atau sehingga kering.
4. Pakai Pelembab Muka Sebelum Tidur
Langkah ini memang ramai yang ter’skip’ dalam kehidupan seharian kan? Maklumlah apabila siangnya dah penat bekerja atau seharian di rumah menguruskan rumah tangga, malamnya terus tidur macam tu aje. Lebih teruk kalau tidur dengan ‘make-up’. Jangan selalu buat tau!! Waktu malam merupakan waktu di mana kulit kita rehat dan bernafas dengan lebih baik. Pakailah pelembab muka sebelum tidur supaya kulit kekal lembab dan tidak kusam.
5. Minum Air Yang Banyak
Minum air yang banyak sememangnya diakui oleh semua orang yang air mampu memberikan kesegaran kepada kulit mahupun badan kita. Sentiasalah minum air yang cukuo. Di antara panduan minum air yang popular dan berkesan ialah setiap 25 kg berat badan, perlu mengambil 1 liter air. Jika berat badan anda 50 kg, anda harus minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
6. Ambil Suplemen
Jadikan rutin harian untuk mengambil suplemen untuk kulit. Jika anda menemubual artis-artis atau mereka yang berkulit cantik, pasti salah satu rahsia mereka adalah mengamalkan suplemen atau makanan tambahan untuk mengekalkan kecantikan wajah mereka.
Di antara suplemen penting untuk menghilangkan kulit kering dan kusam ialah seperti Kolagen, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI