Kulit kering mungkin tidak terlalu jelas kelihatan, terutama jika ia tidak menyebabkan kulit mengelupas dan kelihatan bersisik. Walau bagaimanapun apabila anda menyentuh kulit, terasa kasar dan tidak sekata. Ketika inilah anda dapat mengetahui yang anda sebenarnya memiliki kulit jenis kering.
Bagi kebanyakan mereka yang mengalami masalah kulit kering, keadaan ini sering membuatkan mereka merasa rendah diri, terutama ketika perlu sentiasa berhadapan dengan ramai orang. Kulit sihat yang normal biasanya dilapisi dengan bahan lemak semula jadi untuk menjaga kelembapan, lembut, dan anjal.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hilangnya lapisan minyak semula jadi ini, menjadikan kulit tidak terlindung. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kulit kering, kebanyakannya faktor luaran.
Kulit boleh kering kerana tidak sesuai dengan kandungan kimia sabun yang terlalu keras, pakaian yang membuatnya gatal, tersilap menggunakan pelembap, atau kerana anda mandi lama menggunakan air panas. Selain itu, kesan sampingan ubat yang dimakan juga boleh menyebabkan kulit kering.
Berikut dikongsikan produk-produk yang sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki kulit jenis kering.
KIEHL’S ULTRA FACIAL CREAM
Pilih pelembap wajah dengan bahan-bahan tertentu yang sangat melembapkan, seperti shea butter, gliserol, ceramides, atau asid stearat. Sapukan pelembap kira-kira tiga minit selepas membersihkan wajah anda pada waktu pagi dan ulangi sekali atau dua kali selepas itu dalam masa 24 jam. Elakkan daripada menggunakan pelembap wajah yang mengandungi terlalu banyak asid, seperti AHA (asid alpha-hidroksi) dan asid salisilik, terutamanya jika kulit anda juga sensitif.
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Pembersih tanpa sabun ini sangat sesuai untuk pemilik kulit kering. Pemilik kulit kering sangat digalakkan menggunakan pembersih yang tidak mengandungi sabun agar kelembapan semula jadi kulit tidak terhakis. Ia penting agar produk tersebut bukan sahaja berfungsi dengan aktif semasa membersihkan tetapi masih terasa lembut di permukaan wajah.
VASELINE REPAIRING JELLY ORIGINAL
Pelembap yang mengandungi petroleum. Bahan-bahan petroleum kini telah banyak disarankan oleh sejumlah ahli dermatologi sebagai pelembap untuk kulit yang sangat kering dan mengelupas. Fokuskan juga sapuan pada siku dan lutut yang selalunya lebih kering daripada kulit bahagian badan yang lain.
EGYPTIAN MAGIC ALL PURPOSE SKIN CREAM
Pelembap dengan kandungan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak jojoba adalah salah satu elemen yang harus anda cari ketika melihat senarai ramuan dalam produk penjagaan kulit. Pastikan teksturnya cukup tebal. Sebelum membeli, ada baiknya anda mencuba beberapa produk untuk disapukan pada tapak tangan anda. Kemudian, pusingkan tangan anda. Sekiranya produk jatuh, itu bermaksud teksturnya tidak cukup tebal untuk mengatasi kulit kering.
SEBAMED MULTI PROTECT SUN CREAM
Penting untuk kita memakai pelindung kulit wajah iaitu sunscreen/sunblock. Utamakan pelindung matahari bebas alkohol untuk mengelakkan kekeringan. Sebelum melakukan aktiviti pada siang hari, jangan lupa pakai pelindung sinar matahari yang dapat memberikan perlindungan optimum terhadap sinar ultraviolet yang berbahaya. Selain memilih tekstur berkrim, pastikan anda membeli pelindung matahari yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30.
CAUDALIE MOISTURIZING MASK
Masker wajah yang diformulasikan khas untuk kulit kering. Apabila wajah anda terasa terlalu kering dan memerlukan perawatan tambahan, tidak ada salahnya memanjakan diri dengan memakai masker wajah yang dapat menenangkan dan meningkatkan keanjalan kulit. Semasa memilih masker wajah, teliti terlebih dahulu kandungan dalam sesuatu produk. Utamakan masker wajah dengan gliserol dan sebatian asid hyaluronik. Ia mampu menjadikan kulit anda terasa lebih anjal selepas digunakan.
HIJABISTA: Kekurangan nutrien yang mencukupi juga boleh menyebakan kulit menjadi keringkan. Oleh itu pastikan anda minum air dalam jumlah yang cukup, makan sayur-sayuran dan buah-buahan agar kesihatan kulit kekal terpelihara.
Sumber kredit: Photo by Kristina Nor from Pexels