Cuaca panas yang tidak menentu boleh menyebabkan kita kehilangan banyak air dalam badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering terdedah dengan aktiviti luar. Ketidakcukupan air boleh menyebabkan dehidrasi sehingga memberi efek pada kulit. Jangan biarkan kulit tidak bermaya kerana boleh menyebabkan wajah jadi kusam dan hilang seri.
Minum air dalam jumlah yang tepat. Dua liter atau delapan gelas sehari. Usah minum sekali gus! Bijak membahagikan kadar minuman untuk mendapatkan jumlah yang seimbang.
Tembikai dikatakan antara sumber makanan terbaik bagi mengelakkan hidrasi. Ia kaya dengan jus, sekurang-kurangnya mengandungi 90 peratus air lantas membantu menghilangkan dahaga dan memberi tenaga.
Air kelapa dilabel sebagai minuman sukan dan energi natural untuk sumber air. Ia mengandungi kandungan kalori yang rendah, kaya dengan ‘potassium’ dan bebas lemak. Ia dipercayai lebih baik daripada air mineral untuk sumber hidrasi.
Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya cukup membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.
Kurangkan mengambil minuman berkafeina seperti kopi dan teh kerana ia bakal memberikan kesan sampingan. Misal contoh, kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga barangkali menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.
Gunakan solekan dengan bahan dasar air dan hindari daripada menggunakan bahan solekan dengan kadar minyak yang tinggi.
Ayuh, kita lakukan bersama. Moga perkongsian tip ini menjurus ke arah kebaikan kita sesama.