Setiap hari kita pasti mengalami masalah keguguran rambut yang sangat merisaukan. Rambut pula mahkota buat kita, jika hari-hari dah dapat segumpal rambut, mahu juga dalam sebulan kita boleh botak!
Kira-kira 100 helai rambut akan gugur setiap hari kerana ia akan di ganti dengan pertumbuhan rambut yang baru. Jadi anda tidak perlu risau jika selalu gugur, tetapi apa cara untuk melebatkan rambut?
Minyak kemiri jadi pilihan lebatkan rambut
Kita pasti akan membeli beberapa produk rambut seperti tonik rambut, suplemen, serum, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan niat untuk melebatkan rambut. Walaupun banyak produk anda sudah cuba, rambut masih dalam keadaan yang sama.
Menurut hellosehat, tiada kajian sehingga kini yang dapat membuktikan masa yang di perlukan untuk rambut tumbuh lebat jika menggunakan apa-apa produk pelebat rambut. Tetapi ada sahaja yang berjaya melebatkan rambut jika menggunakan secara konsisten setiap hari.
Kali ini Hijabista ingin mendedahkan kepada anda semua tentang pelebat rambut semula jadi iaitu minyak kemiri! Minyak kemiri merupakan salah satu bahan herba yang sering di gunakan untuk kecantikan dan ia juga menjadi pelebat rambut yang semula jadi! Jadi apa khasiat minyak kemiri ini? Melalui hellosehat, ada beberapa manfaat minyak kemiri untuk kesihatan rambut, antaranya:-
1. Di gunakan untuk melebatkan rambut
Minyak kemiri atau hazelnut ini sudah lama di gunakan bagi tujuan melebatkan rambut. Melalui Jurnal Farmasi dan Ilmu Kefarmasian Indonesia (2019), mereka mendapati keberkesanan minyak kemiri ini dapat mempercepatkan proses pertumbuhan dan menebalkan rambut oleh kerana mengandungi asid oleik. Asid oleik merupakan asid lemak yang bersifat antioksidan.
Selain itu, minyak kemiri ini juga mengandungi bahan bersifat antioksidan seperti flavonoid dan fenol. Pentingnya bahan bersifat antioksidan ini adalah kerana dapat merangsang dan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut.
Bukan sekadar mengandungi bahan bersifat antioksidan, minyak kemiri juga mengandungi asi linoleik yang dapat meningkatkan pembentukan keratin atau protein yang membentuk rambut. Dengan adanya kandungan ini ia dapat memproseskan pertumbuhan rambut yang cantik, sihat dan lebih tebal.
Artikel berkaitan: Rambut Tebal Kian Menipis, Ini 3 Petua Ringkas & Mudah Untuk Lebatkannya Kembali!
2. Dapat mengurangkan keguguran rambut
Di sebabkan minyak kemiri ini mempunyai kandungan bahan yang bersifat antioksidan dapat melindungi rambut daripada terdedah kepada radikal bebas. Rambut akan mudah rosak akibat terdedah kepada pencemaran jika tidak di lindungi lalu rambut akan mudah gugur dan rapuh.
Menurut kajian yang di terbitkan dalam Molecules (2021), kandungan asid linoleik juga berpotensi yntuk menghalang hormon di hidrosteron. Hormon ini adalah salah satu faktor kenapa keguguran rambut di mana ia boleh menghentikan kitaran pertumbuhan rambut dan pembentukan keratin.
3. Memberikan kesan kilat pada rambut
Ada sesetengah orang yang mengalami masalah rambut kering, jadi anda boleh gunakan minyak kemiri untuk membantu memberikan kelembapan kepada rambut anda yang kusut dan kering. Kandungan asid linoleik dan asid oleik ini akan memberikan lapisan minyak pada setiap helaian rambut untuk menjadikannya kelihatan berseri.
4. Merawat psoriasis
Psoriasis merupakan satu masalah kepada kulit kepala–ia membuatkan kulit kepala menjadi gatal, kering, dan juga mengelupas. Ia sukar untuk di bezakan dengan kelemumur biasa kerana kedua-duanya berjangkit dengan kulat. Oleskan minyak kemiri kepada kulit kepala dan ia dapat membantuk untuk meredakan kerengsaan pada kulit kepala.
Artikel berkaitan: Tip Melebatkan Rambut Dengan 10 Syampu Cadangan. Silap Pilih Kesannya Rambut Boleh Botak!
Sumber info dan gambar: hellosehat dan Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI