Siapa yang tak nak kelihatan awet muda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bila usia makin bertambah. Kalau boleh segala produk yang boleh menyebabkan kulit kekal tegang tak kendur mahu dipakai agar kulit wajah tampak sihat dan bercahaya walaupun usia makin meningkat. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan minum jus pegaga.

Cara alami ini lebih selamat diamalkan daripada menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan atau kulit anda. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi dan dijamin selamat.

Perkongsian dari facebook Petua Ibu ini memberitahu jus pegaga hijau pekat ini sangat sedap dan seperti jus epal.

Bahan-bahan:

Segenggam pucuk pegaga

IKLAN

Sebiji epal

Secawan air

Sedikit susu pekat (jika mahu)

IKLAN
Kisar semua bahan ini hingga hancur.

Cara Membuat:

  1. Kisar semua bahan hingga hancur. Tambahkan sedikit susu untuk memberi sedikit kemanisan.

2. Boleh diminum seperti biasa. Rasanya yang sedap membuatkan anda tidak akan berhenti meminumnya.

#Amalan minum secara konsisten akan memperlihatkan hasilnya. Kulit wajah kekal awet muda, flawless dan glowing.

IKLAN

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI