Siapa yang tak nak kelihatan awet muda sepanjang masa. Lebih-lebih lagi bila usia makin bertambah. Kalau boleh segala produk yang boleh menyebabkan kulit kekal tegang tak kendur mahu dipakai agar kulit wajah tampak sihat dan bercahaya walaupun usia makin meningkat. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan minum jus pegaga.
Cara alami ini lebih selamat diamalkan daripada menggunakan sebarang produk yang boleh membahayakan kesihatan atau kulit anda. Bahan-bahannya juga mudah diperolehi dan dijamin selamat.
Perkongsian dari facebook Petua Ibu ini memberitahu jus pegaga hijau pekat ini sangat sedap dan seperti jus epal.
Bahan-bahan:
Segenggam pucuk pegaga
Sebiji epal
Secawan air
Sedikit susu pekat (jika mahu)
Cara Membuat:
- Kisar semua bahan hingga hancur. Tambahkan sedikit susu untuk memberi sedikit kemanisan.
2. Boleh diminum seperti biasa. Rasanya yang sedap membuatkan anda tidak akan berhenti meminumnya.
#Amalan minum secara konsisten akan memperlihatkan hasilnya. Kulit wajah kekal awet muda, flawless dan glowing.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
STAIL: Gaya Umie Aida, Nabila Razali & Wany Hasrita Antara Yang Curi Tumpuan Di Malam ASK 2018
Malam Anugerah Skin 2018 yang lalu sekali lagi menyaksikan beberapa selebriti melaram dengan pakaian yang cantik serta menjadi perhatian ramai. Biarpun penampilan selebriti yang tidak berhijab seperti Izara Aisyah atau Zahirah Mcwilson mendominasi pentas, tetapi bagi mereka yang berhijab juga tidak kurang hebat gayanya. Antaranya yang manis pada malam itu pelakon Umie Aida, Nabila Razali, Wany Hasrita dan beberapa nama lagi. Semuanya bijak menggayakan busana bersesuaian agar kelihatan anggun dan menarik.
Ayuh kita lihat #OOTD barisan selebriti berhijab termasuk bergambar bersama pasangan masing-masing yang cukup menawan pada malam Anugerah Skrin 2018 yang lalu.
#1. zaaffiyat Comel la
#2. njmi_alif So pretty Nabila Razali
#3. noorsudarhomefacial tahniah fyna…
#4. sharifahnzulaika So beauty beauty beauty beautiful
#5. intnazwni Cantiknyaaaaa kaknisss
#6. filala.apparel2 Auuu ssoooo cute both of youuu
#7. sunshinehanana Cantiknya sis
#8. hasibahljw Sweet couple.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fesyen Patuh Syariah ‘Manis & Versatil’ Tak Perlu Berlebihan, Gaya Deena Emir Jadi Tumpuan!
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Artikel berkaitan: ‘Saya Nak Kahwin Dengan Awak’- Saharul Ridzwan Dedah Kisah Menarik Saat Lamar Isteri
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
Artikel berkaitan: Hargai Isteri Tercinta, Saharul Ridzwan Hadiahkannya Kereta Dengan Nombor Plat Istimewa
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: instagram @deenaemir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lumur Santan Cara Elak Rambut Bau Hapak Untuk Hijabi Yang Seharian Berhijab, Ikuti 9 Cara Lain
Ramai beranggapan wanita yang bertudung tidak perlu menitik beratkan soal penjagaan rambut. Tetapi hakikatnya mereka yang berhijab inilah yang perlu lebih berhati-hati menjaga mahkota yang satu ini agar tidak berbau hapak.
Maklumlah seharian mengenakan hijab tanpa ada udara yang masuk boleh menyebabkan bau kurang enak terhasil dari rambut ini. Selain mengenakan syampu setiap kali mandi, terdapat 10 cara lain yang perlu dilakukan bagi memastikan rambut kekal segar, bercahaya dan tidak kusam.
1. Keringkan rambut
Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
2. Jangan terlalu kasar
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda secara kasar.
3. Santan petua lama
Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Manfaat Santan Jadikan Rambut Makin Lebat Tanpa Gugur, No 6 Selalu Dihadapi Hijabi Apabila Tidak Berhijab
4. Beri udara pada kulit rambut
Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
5. Jangan guna air hangat
Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
6. Hapuskan kelemumur
Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
7. Pengambilan makanan berlemak
Untuk rambut yang berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
8.Jangan kerap sikat rambut
Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.
ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim & Didiyana Ehsan Kongsi Tip Penampilan Menarik, Elak Rambut Berbau Di Sebalik Hijab
9. Haba di rambut
Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.
10. Sikat yang tepat
Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat untuk mengelakkan rambut sudah untuk disikat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: VIA PETUA IBU
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI