Kulit Jadi Anjal & Mulus Macam Kulit Bayi, Gadis Ini Kongsi Rahsia Hanya Guna Masker Tepung Pulut Jer

Share

Terdapat pelbagai cara untuk memastikan kulit wajah menjadi mulus dan anjal. Hanya dengan menggunakan bahan dapur seperti cuka epal juga mampu memberikan hasil cukup menawan. Selain cuka epal, ada juga yang boleh menggunakan tepung pulut bagi tujuan kecantikan. Seperti perkongsian gadis ini yang menggunakan tepung pulut dibuat mask

untuk mendapatkan hasil lebih anjal dan mulus.

Berkongsi rahsia keanjalan kulitnya di laman twitter dengan menggunakan nama akaun @jijib0nk. Mendapat ribuan tweet dan retweet dari netizen yang berminat berkongsi petua yang sama.

Gunakan mask dari tepung pulut untuk jadikan kulit lebih anjal dan mulus.

Cara paling mudah dan murah. Hampir 7 bulan pakai disebabkan wajah breakout teruk.

Beli beberapa produk di farmasi pun tak menjadi.

Akhirnya guna mask dari tepung pulut. Buat likat sehingga melekat pada muka.

Kemudian sapu di muka, biarkan kering sebelum bilas.

Insya-Allah akan hilangkan wajah kusam, bintik-bintik merah dan paling penting muka seperti kulit bayi.

Buat sekerap yang boleh.

Boleh juga buat setiap hari.

Dah buat menjadi sebab itu share.

Buat setiap malam.

Perbezaan boleh nampak dalam satu atau dua minggu. Kalau nak hilang jerawat terus dalam masa 7 bulan.

Boleh juga dicampur dengan air kunyit.

 

Guna tepung pulut lebih likat.

Dalam masa 3 bulan kulit jadi anjal dan lembut.

Pakai dalam masa 7 bulan.

Published by
Siti Zurina