Kecantikan

Kulit & Isi Pisang Banyak Manfaatnya Untuk Kecantikan Antaranya Rawat Kelemumur & Masalah Mata Panda

Share

Pisang mengandungi antioksidan dan mencegah munculnya garis-garis halus dan kedutan. Kandungan nutrien seperti vitamin A, zink, dan mangan, yang bersifat anti-radang membantu menjadikan kulit wajah halus, lembut dan berseri.

Menggosok kulit pisang pada kulit wajah bukan sahaja membantu merawat jerawat tetapi juga adalah rahsia untuk kulit yang lembut dan berseri. Ia melembapkan dan menghidrat kulit kering, menjadikannya lembut dan berseri.

Kulit pisang bukan hanya baik untuk kulit anda, tetapi juga dapat membantu kulit kepala dan rambut anda. Pisang menambah kelembapan pada kulit kepala serta mengurangkan kekeringan pada kulit kepala. Ia juga membantu melembutkan rambut kerinting, kerana pisang mempunyai kandungan silika yang tinggi.

Photo by Juan Salamanca from Pexels

Silika diserap oleh badan untuk menghasilkan kolagen, protein yang merupakan blok bangunan untuk rambut yang sihat dan cantik. Pisang kaya dengan antioksidan yang juga dapat membuatkan kulit kepala dan rambut memiliki sistem pertahanan yang lebih kuat.

Menggunakan pisang secara berkala dapat membantu menguatkan folikel rambut, yang membantu menjadikan rambut lebih panjang. Isiisang menyuburkan rambut dan menjadikannya halus dan berkilat.

Photo by Aleksandar Pasaric from Pexels

Untuk semua jenis jerawat, urut kulit pisang pada kulit wajah dan badan selama lima minit setiap hari. Untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit wajah, tambahkan kuning telur pada kulit pisang yang dilenyek. Sapukan campuran ini pada bahagian kulit wajah anda dan biarkan selama lima minit.

Basuh segera. Untuk lingkaran hitam di bahagian bawah mata, campurkan pisang yang telah dilenyek dengan gel lidah buaya dan sapukan selama satu jam di bahagian bawah mata. Selepas itu, urut secara perlahan. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Photo by Any Lane from Pexels

Untuk merawat masalah jerawat, bersihkan kulit pisang dan campurkan dengan beberapa titis madu dan jus lemon. Seterusnya, sapukan pada bahagian yang jerawat dan bilas selepas 15 minit. Bilas dengan bersih. Anda akan dapat lihat jerawat pada kulit wajah anda akan semakin mengecut dan akhirnya pulih tanpa kesan parut.

Untuk merawat masalah kelemumur, ambil lapisan dalam daripada kulit pisang. Selepas campurkan dengan dua sudu santan, hingga membentuk seperti pes. Anda boleh menambah satu sudu minyak kelapa dan air mawar ke dalam adunan pes. Kacau pes dengan satu sudu besar dadih. Sapukan pes dengan teliti pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama kira-kira 15-20 minit, sebelum anda membilasnya.

Sumber kredit: Top Image: Photo by Julia Kuzenkov from Pexels Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

 

 

Published by
Norhasliza