Bagi kebanyakan mereka yang mengalami masalah kulit kering, keadaan ini sering membuatkan mereka merasa rendah diri, terutama ketika perlu sentiasa berhadapan dengan ramai orang. Kulit sihat yang normal biasanya dilapisi dengan bahan lemak semula jadi untuk menjaga kelembapan, lembut, dan anjal.
Kulit kering mungkin tidak terlalu jelas kelihatan, terutama jika ia tidak menyebabkan kulit mengelupas dan kelihatan bersisik. Walau bagaimanapun apabila anda menyentuh kulit, terasa kasar dan tidak sekata. Ketika inilah anda dapat mengetahui yang anda sebenarnya memiliki kulit jenis kering.
Kajian mengatakan kulit yang tampak kering dan juga tidak bermaya, kurang fleksibel, malah tidak dapat memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Justeru, Hijabista berkongsikan kepentingan menggunakan ‘Face Mist’ khusus bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering!
Kebaikan ‘Face Mist’ Selain Melembapkan Kulit
Face mist merupakan sebuah inovasi dalam bidang kecantikan untuk memenuhi segala keperluan yang dikehendaki oleh kulit wanita. Cairan di dalam face mist sedikit berbeza dari pelembap dan kandungan nutrisi lain untuk mengunci lembapan dalam kulit seperti hyaluronic acid dan glycerin yang mampu memeberi kelembapan kulit lebih lama.
1. Melindungi Kulit Dari Iritasi
Umumnya face mist berformula lembut dan tidak mengakibatkan iritasi pada kulit. Kandungan face mist sangat ringan, hanya diperbuat dari bahan-bahan yang melembapkan kulit secara lembut dab sesuai digunapakai bagi semua jenis kulit.
Untuk hijabi yang mempunya kulit jenis kombinasi, disaranakan untuk menggunakan face mist yang diformulasi untuk menyerap dan menyeimbangkan minyak berlebihan yang dirembeskan kulit. Biasanya, face mist ini mengandungi ekstrak bunga seperti lavender, rosemary, mawar atau peppermint.
2. Menjaga Kelembapan Agar Kulit Tidak Kering
Salah satu fungsi Face mist adalah untuk mengantikan kelembapan kulit kering. Fungsinya lebih kurang sama seperti serum dengan kandungan yang mampu mengunci kelembapan kulit seperti vitamin C, hyaluronic acid dan AHA.
Artikel berkaitan: Face Mist Ini Tidak Akan Mencomotkan Tudung. #12 Harus Miliki Kerana Mampu Kekalkan Solekan
3. Multifungsi
Selain digunakan untuk menambah kelembapan dan menyegarkan kulit wajah seharian, face mist juga boleh berfungsi sebagai skincare yang mampu meyediakan kulit sebelum anda memakai serum, atau pelembap. Setelah menggunakan sheet mask atau sleep mask anda boleh spraykan face mist untuk menambah kesan kelembapan dan kesegarkan kulit setelah selesai membersihkan wajah.
Artikel berkaitan: Ajaibnya Sapuan Masker Beras Pulut. Boleh Jadikan Kulit Gebu, Licin & Halus. Senang Je Nak Buat!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI