Isi Kandungan
ToggleJika dilihat di laman instagram selebriti ini, dia memang rajin muat turun foto sama ada selfie atau dalam keadaan pose. Lebih-lebih lagi jika bercuti di luar negara bersama suami tersayang. Walaupun sedang bercuti, pelakon tinggi lampai, Bella Dally ini tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan wajahnya. Pelakon dan isteri kesayangan Nazim Osman ini memang diakui mempunyai kulit yang halus, putih dan berseri. Bukan itu sahaja, Bella Dally juga antara selebriti yang dikurniakan wajah jelita mirip keanak-anakan. Nak jadi cantik macam Bella Dally, jom kita tengok rutin penjagaannya.
1. Tidak Pernah Skip Rutin Penjagaan Harian Sebaik Bangun Tidur
Bella mengamalkan tiga langkah sebaik sahaja sedar daripada tidur. Cuci muka, aplikasi ‘toner’ dan sapuan rata sedikit krim pelembap. Sekiranya melangkah keluar rumah, Bella akan pakai pelindung tabir suria. Langkah diulangi pula pada malam hari.
2. Minum Air Suam Waktu Dinihari
Meneguk dua gelas air suam pada waktu dinihari. Satu dicampurkan dengan elemen sitrus lemon. Selain itu, Bella juga mengamalkan pengambilan minyak ikan dan ‘primerose oil’.
3. Tidur Cukup
Petua tradisional Bella cukup ringkas. Cuma minum banyak air dan tidur yang cukup. Kadangkala Bella juga turut minum air campuran timun, epal hijau dan daun saderi untuk kesihatan kulit.
4. Solekan Sederhana
Bella juga jarang memakai bedak kerana jika tiada fotografi adalah masa ideal untuk kulit berehat. Dia sekadar menitikberatkan kening, sapuan maskara dan mengalit gincu. Saya gemar sisi natural.
Artikel Berkaitan: Petua Cantik & Sihat Sharifah Sakinah
KREDIT FOTO: BELLA DALLY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mesti Pilih Warna Baju Atau Tudung Ikut Warna Kulit? Panduan Tepat Untuk Melaram Raya 2022
Isi Kandungan
ToggleMelaram pada hari lebaran menjadi satu kemestian buat hijabi, semuanya perlu nampak sempurna di mata. Pilihan hijab, baju mahupun aksesori padanan yang pastinya boleh buat anda pening kepala. Usah gusar dengan adanya panduan dari guru imej ini, pasti raya tahun ini paling legit apatah lagi lebaran tertangguh selama 2 tahun lepas.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cara pilih warna pakaian terutama tudung ini ada beberapa pilihan:
Pilihan warna kesukaan
Setiap orang sudah pasti mempunyai warna kegemaran yang menjadi pilihan di hari lebaran, jika anda mempunyai seleksi warna, pastikan spesifikasikan warna yang tepat. Contohnya “saya suka warna biru yang agak pekat dan gelap seperti navy blue dan suka juga biru lembut seperti light blue”.
Kelebihan pilih warna pakaian ikut warna yang anda suka ialah anda seronok memakainya. Apabila rasa seronok, ekspresi muka nampak bahagia, nampaklah lebih menyerlah dan cantik!
Pilih warna neutral atau warna universal
Anda tidak perlu runsing, warna neutral dan warna universal ini kategori warna yang telah ditentukan oleh pakar warna dan ia sesuai untuk mana-mana jenis tona kulit. Bermakna padanan warna ini sesuai denga pelbagai warna kulit. Warna neutral ini juga dikategorikan sebagai warna yang mudah dipilih dan perolehi, perlu ada pilihan pilih corak, potongan atau rekaan yang berkenan di hati sahaja.
Pilihan tona dasar kulit (undertone)
Pada dasarnya kulit ada dua kategori utama – cool dan warm. Terdapat banyak pilhan warna yang wujud dalam kategori cool, begitu juga dalam kategori warm. Untuk tentukan tona warna kulit anda adalah cool atau warm, anda boleh lakukan sendiri dengan mengetahui ciri-ciri kulit dengan tona cool atau warm. Anda juga boleh dapatkan khidmat perunding imej untuk bantu lakukan analisis tona warna kulit. Kelebihan cara ini ialah mana-mana warna yang anda pilih nampak menyerlah apabila dipakai kerana keharmonian warna itu dengan tona kulit anda sendiri. Jika anda tidak mahu asyik pakai warna yang sama, cara ini juga membantu anda mendapatkan kepelbagaian warna tanpa risau ia tidak sesuai dengan warna kulit.
Ikut tona permukaan kulit (overtone)
Tona permukaan kulit ialah yang selalu kita gambarkan sebagai cerah, sederhana dan gelap. Tona kulit yang cerah biasanya sesuai memakai hampir semua jenis warna kecuali warna yang kusam atau terlalu terang. Tona kulit yang sederhana biasanya sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya tapi perlu elakkan warna yang terlampau cerah atau lembut. Tona kulit yang gelap pula sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya dan ada unsur terang.
Pesanan yang mahu disampaikan
Semua jenis warna ini ada mesej warna yang khusus. Sebagai contoh, jika mahu nampak lembut dan friendly, warna yang lembut juga menjadi pilihan. Jika mahu menjadi tumpuan atau dilihat menyerlah, warna-warna yang terang menjadi pilihan. Kelebihan cara ini ialah anda rasa selesa dan selamat dengan warna yang sesuai dengan personaliti atau mesej yang mahu anda sampaikan melalui penampilan anda.
SUMBER: PN Mary Guru Imej Gambar: Zalora Raya 2022
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rasa Lebih Tenang Dan Sempurna Apabila Memakai Hijab”- Fazura
Isi Kandungan
TogglePenghias muka hadapan edisi khas Majalah Hijabista Edisi Jawi kali ini menampilkan selebriti tanah air popular, Nur Fazura ataupun Fazura yang membincangkan perihal legasi perniagaannya, kerjaya sebagai ahli perniagaan, jenama tudung dan simbolik penghijrahannya.
Menyentuh mengenai penghijrahannya berhijab, ramai yang tertanya-tertanya mengenai beberapa gambarnya yang berhijab di laman Instagram pelakon popular ini. Menjadi bualan ramai tentang imej terbarunya yang berhijab, Fazura lebih selesa untuk mendiamkan diri dan memfokuskan kepada jualan tudungnya yang sentiasa laris dan menerima sambutan yang begitu baik.
Langkah Kecil Perubahan Untuk Kebaikan
Menurutnya, jenama Tudung Fazura ini merupakan salah satu langkah kecil bagi dirinya untuk berubah kearah kebaikan. Semuanya bermula dari seorang kenalan yang menawarkan diri untuk membantunya menjual tudung dan sehingga kini, jualan tudung yang dihasilkan seringkali habis dipasaran.
“Alhamdulillah. Semuanya adalah ketentuan dari Tuhan. Semuanya bermula apabila ada kenalan yang ingin membantu saya menjual tudung. Agak gementar pada awalnya namun semuanya berjalan dengan lancar. Masih segar dalam ingatan saya ketika kami menjual 2000 unit tudung. Risau sebenarnya takut tiada siapa yang ingin membeli. Namun, sangkaan saya salah belaka. Tidak sampai 24 jam, semuanya laris dijual. Jadi perkara ini yang membuatkan saya lebih bersemangat dan berkobar-kobar untuk menghasilkan lebih banyak rekaan hijab yang menarik,” -FAzura
Tambah Fazura, antara faktor yang ditekankan saat menghasilkan produk tudung ini adalah dengan harganya yang mampu milik. Bagi dirinya, apabila ramai yang membeli produk ini, maka secara tidak langsung, ia membuka pintu rezeki untuk pekerja-pekerjanya terumamanya ejen jualan dan stokis.
Tudung Fazura Asbab Hijrah Hijab
Bagi dirinya, jualan hijab ini dijadikan sebab asbab dirinya untuk berhijrah ke imej bertudung. Sudah sekian lama memendam rasa untuk berubah ke imej yang lebih baik, akhirnya pada Ramadhan tahun ini, Fazura mengambil langkah kecil untuk berubah dengan memakai hijab. Namun, dia tidak mahu mengolah lanjut tentang kisah penghijrahannya ini kerana ia lebih molek jika disimpan rapi dan biarlah Allah SWT yang mengetahui tentangnya.
“Alhamdulillah sehingga kini, Allah masih menjaga niat dan iman saya dan saya sentiasa berharap agat niat saya untuk menghasilkan serta menjual rekaan tudung ini menjadi sebab kukuh untuk saya kekal berhijab,”- fazura
“Penghijrahan merupakan sebuah kisah yang bersifat peribadi. Jadi saya lebih suka untuk simpannya sendiri. Namun, apa yang boleh saya bicarakan, saya rasa lebih tenang dan sempurna apabila mengenakan hijab ini. Jika dahulu, saya suka mengenakan hijab namun tidak lama. Tetapi, hingga hari ini, sudah terlintas dan terniat dalam hati untuk terus kekal berhijab. Bagi saya, apa sahaja amalan baik yang dilakukan, jika tidak berhijab, maka ia tidak ada faedahnya untuk diri sendiri. Alhamdulillah sehingga kini, Allah masih menjaga niat dan iman saya dan saya sentiasa berharap agat niat saya untuk menghasilkan serta menjual rekaan tudung ini menjadi sebab kukuh untuk saya kekal berhijab,” kongsi Fazura yang sememanya sibuk dengan jadual kerjanya namun masih lagi memberi ruang untuk bersama dengan keluarganya yang tersayang.
Sumber gambar: Instagram Fazura
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Diet Pelangi’ Bantu Kurangkan Berat Badan Dan Meningkatkan Kesihatan. Pastikan Ada 5 Warna Ini!
Isi Kandungan
ToggleBuah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza warna sebenarnya mengandungi pelbagai jenis mikronutrien. Itulah sebabnya sangat penting untuk makan semua warna secara tetap. Diet pelangi ialah rancangan pemakanan yang banyak terdapat dalam semua warna pemakanan.
Peraturannya mudah dan mudah diingati. Makan 5 cawan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam 5 warna (merah, kuning & oren, putih, hijau, biru dan ungu) setiap hari.
Merah
Pilihan makanan merah ialah strawberi, tembikai, limau gedang merah jambu, raspberi, ubi bit, anggur merah, bawang merah, lobak, tomato dan sebagainya.
Makanan jenis ini kaya dengan antioksidan yang kuat dan vitamin P. Contohnya, resveratrol (dalam anggur merah) mempunyai ciri anti-radang yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser. Lycopene (dalam tembikai, limau gedang merah jambu, dan tomato) membantu melawan kanser prostat. Betacycin yang memberikan warna ungu pada bit dianggap sebagai agen pencegah kanser yang kuat.
ARTIKEL BERKAITAN: Berpegang Pada Diet “Berdisiplin”, Ratu Elizabeth II Kongsi Sarapan Pagi Resipi Penkek Di Raja. Banyak Kasiatnya!
Kuning
Pilih makanan kuning seperti oren ialah limau, lobak merah, labu, lada kuning, jagung, epal kuning, pic, aprikot, tembikai dan nanas.
Makanan oren mengandungi banyak beta karotena dan vitamin C yang bagus untuk melindungi kulit dan membran mukus anda. Beta karotena juga mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung, katarak, arthritis dan kerosakan saluran darah. Lutein adalah komponen lain dalam makanan kuning dan oren. Ia meningkatkan penglihatan dan kesihatan mata, menyokong fungsi otak dan boleh mencegah kanser.
Putih
Makanan putih seperti kubis bunga, bawang, lobak putih, bawang putih, jicama, dan sebagainya.
Makanan putih mengandungi xanthone yang mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan anti-trombotik. Ia menghalang penyakit jantung dan meningkatkan sistem imun. Bawang, sebagai contoh, adalah probiotik yang hebat. Bawang putih mengandungi allicin yang merendahkan gula dalam darah dan mencegah serangan kardiovaskular. Bawang dan bawang putih mempunyai ciri anti-radang dan anti-bakteria. Lobak Daikon adalah diuretik semula jadi di mana ia membantu membersihkan buah pinggang dan membuang toksin dari badan anda.
Hijau
Pilihan makanan hijau paling pelbagai seperti bayam, timun, pasli, limau nipis, zucchini, asparagus, daun hijau dan selada romaine, avokado, kiwi, epal hijau, brokoli, kacang dan pelbagai lagi.
Klorofil yang terkandung dalam makanan hijau membantu mencegah kanser, menyahtoksik hati anda dan mengekalkan kawalan berat badan. Ia juga melindungi kulit anda kerana sifat antivirusnya. Makanan hijau kaya dengan mineral sulfur yang menyahtoksik. Ia mengeluarkan toksin dari badan anda dan mencegah kanser dan degenerasi makula. Makanan hijau juga mengandungi kalium yang membantu melindungi jantung anda. Tilakoid dalam bayam membantu meningkatkan penurunan berat badan dan mengurangkan keinginan untuk makanan yang tidak sihat.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelan Diet Ini Mampu Turunkan Hampir 10KG Dalam Masa 7 Hari, Bagaimana Diet GM Ini Berfungsi?
Biru
Biru dan ungu adalah kubis ungu, anggur hitam, terung, beri biru, plum, anggur ungu dan lain-lain.
Makanan biru dan ungu mengurangkan risiko kanser dan bagus untuk saluran kencing. Antosianin dalam jenis makanan ini melawan kerosakan pada sel anda, menggalakkan kesihatan jantung, mengurangkan kolesterol, melawan obesiti, dan meningkatkan fungsi kognitif. Jika anda berada di pasar raya dan menghadapi masalah untuk memutuskan makanan mana yang hendak dibeli, ingat peraturan ini beli mengikut warna. Semasa mengisi troli beli-belah anda, pastikan anda mempunyai kesemua 5 warna: merah, kuning atau oren, putih, hijau dan biru atau ungu.
Diet pelangi bukan sahaja meningkatkan kesihatan dan melindungi anda daripada pelbagai penyakit, tetapi ia juga membantu anda menurunkan berat badan. Salah satu kelebihan utama diet ini ialah anda tidak perlu mengikuti rancangan makan yang rumit. Gantikan kebanyakan makanan yang tidak sihat seperti pasta, piza, kek dan makanan segera dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Penambahbaikan akan berlaku.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI