Kecantikan

Kulit Glowing Berseri Dengan Guna Kiub Ais Campuran Kunyit, Asam Jawa & Timun

Share

Memiliki kulit yang bersih, cerah dan lembut tentunya menjadi idaman ramai wanita. Maka sebab itulah waniat sedaya upaya mencuba pelbagai jenis produk bagi mendapatkan kulit seperti yan diidam-idamkan.

Selain menggunakan produk-produk perawatan kecantikan yang banyak di jual di pasaran anda juga boleh mencuba petua mudah ini. Masker menggunakan kunyit, timun dan asam jawa ini sangat membantu untuk merawat kulit wajah.

Seperti biasa sebelum memakai masker ini, cuci dahulu kulit wajah dari segala minyak, dan kesan solekan pada kulit wajah. Dengan cara ini segala zat daripada masker dapat diserap dengan mudah ke dalam kulit wajah.

Pakai selama 20 minit sudah mencukupi. Tidak perlu tunggu masker sampai kering pada kulit wajah. Hendak bilas pun senang. Walau bagaimanapun kulit wajah akan sedikit kuning namun ia akan beransur-ansur hilang.

Nak senang buat banyak dan bekukan. Cara hendak buat pun mudah sahaja. Bersihkan kunyit hidup, kupas kulit dan parut dengan penyagat bagi halus. Parut timun dan gaulkan sekaligus dengan asam jawa. Boleh pakai terus. Selebihnya boleh letakkan dalam bekas kiub ais dan bekukan.

 

Timun boleh sejukkan kulit dan boleh hilangkan eye bag yang berkilo bawah mata. Boleh kurangkan sunburn dan jeragat juga. Kandungan air yang banyak dalam timun sangatlah bagus untuk melembabkan kulit sambil mengelakkan kemunculan kedut pada kulit wajah.

 

Kunyit ada kandungan kurkumin, ada anti-inflamasi dan antioksidan yang kuat. Ia mampu mengurangkan pengeluaran minyak, melanin berlebihan dari dalam kulit. Sangat baik untuk mencerahkan kulit. Jeragat pun semakin pudar dan kulit pun jadi anjal.

 

Asam jawa mengandungi alpha hidroksil, asam yang fungsi dia untuk mencerah. Antara fungsinya ialah untuk membantu mengelupaskan sel-sel kulit mati. Lembut, mesra dan selamat untuk kulit.

 

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

HIJABISTA: Apa-apa jua petua yang ingin diamalkan mestilah secara konsisten. Menggunakan bahan-bahan semula jadi tentunya mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya namun kelebihannya tidak perlu risau tentang kesan sampingan.

Sumber kredit: Riana Samad

Published by
SH