Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik, tapi dalam masa sama meningkatkan keyakinan diri terutamanya bagi wanita yang bekerjaya.
Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? Hijabista mendapatkan sudut pandang jurusolek, Bella Park tentang perkara ini. Ini respon yang diberikan.
Sebagai seorang yang sinonim dengan solekan, pernah tak Bella alami masalah kulit Breakout?
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Bila kulit breakout, masalah utama kulit Bella adalah?
Ads
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jai memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Bagaimana cara Bella menangani masalah kulit Breakout?
Bella jadikan ruti. utin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Ads
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dan dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Kalau muka dah breakout masih boelh bersolek ke? Produk solekan bagaimana selamat untuk kulit?
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Dan bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Syurga dibawah telapak kaki ibu, dan sebagai anak, kita harus memuliakan ibu dan menjaganya dengan sepenuh hati kerana ibu adalah insan yang telah bergadai nyawa melahirkan dan membesarkan kita.
Justeru itulah sebab mengapa, aktor kacak yang popular selepas membintangi drama ‘Hero Seorang Cinderella’, Fikry Ibrahim begitu menyantuni dan menitikberatkan kebajikan syurganya.
Terbaharu, perkongsian Fikry yang sedang bercuti di Langkawi bersama ibunya telah menarik perhatian serta membuka mata netizen agar lebih memberi perhatian kepada kedua ibu bapa.
Fikry Ibrahim Layan Ibu Bagai Permaisuri, Penuh Kasih Sayang
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fikry memuat naik sebuah video di laman Tik Tok miliknya, memaparkan bagaimana Fikry melayan ibunya.
Dalam video berdurasi kurang dari dua minit itu, dapat dilihat Fikry yabg sedang membawa ibunya berjalan-jalan dan menikmati keindahan bumi Mahsuri, Langkawi dan melawati beberapa kawasan tarikan pelancong di sana.
Siap Solekan Ibu Sebelum Keluar, Tindakkan Fikry Raih Pujian Netizen!
Lebih menarik lagi apabila dalam video berkenaan, Fikry langsung tidak kelihatan kekok menguruskan ibu tersayang, malah tindakkan Fikry yang menyolek wajah ibunya sebelum membawa wanita berusia 74 tahun itu berjalan-jalan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati, rata-rata wargamaya membanjiri hantaran berkenaan dengan komen memuji cara Fikry menyantuni ibunya.
Malah, ada yang mendoakan agar Fikry diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT di akhirat kelak kerana tidak berkira kudrat menjaga dan mengasihi ibunya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan wargamaya.
“Part mekap bagi pakai lipstick tu serius comeeyy🥰.
“Beruntung nya ibu dia 🥰 semoga anak saya nanti pun layan saya macam ni juga bila saya dah tua nanti 🤲🏻
“Bahagia je tengok awak layan insan yang teristimewa macam tu.. Semoga Allah murahkan rezeki mu dik dan syurgalah tempat mu nanti,” tulis wargamaya.
Sekadar Info, Hijabista difahamkan bahawa ibu Fikry menghidap penyakit angin ahmar dan tidak dapat berjalan seperti biasa, hingga terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.
Susulan kekangan kesihatan yang dihadapi ibunya, Fikry Ibrahim pernah menghentikan kerjayanya seketika dan menolak beberapa tawaran berlakon pada tahun 2021 akibat ibunya diserang angin ahmar.
Setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.
Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah dapat pahala lagi. Antara doa yang sering dikaitkan dengan kecantikan adalah doa Nabi Yusuf. Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri-seri wajahnya.
Seperti yang kita semua tahu, doa Nabi Yusuf memiliki banyak keistimewaan dan salah satunya adalah menjadikan wajah anda tampak lebih cantik dan berseri. Tetapi, kecantikan hati juga perlu dijaga. Jangan hanya pentingkan penjagaan luaran sahaja.
Buat anda yang mahukan wajah yang cantik berseri, cuba amalkan potongan ayat 4 dari Surah Yusuf ini:
Maksud surah Yusuf, ayat 4:
“(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”
Setelah membaca surah, teruskan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa, ayat 39.
Maksud surah Thaahaa ayat 39:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu pada wajah.
Amalan ini sesuai untuk mereka yang berat jodoh.
Amalkan doa penyeri wajah ini dengan niat yang baik terutama bagi isteri yang mahukan suami menyayanginya.
Bagi anda, apakah yang membuat seseorang itu tertarik dan mula rasa sayang kepada seseorang? Adakah dengan melalui cara bercakap, nada suara, atau pemberian dari mereka?
Jawapannya tentu sekali subjektif–apa-apa yang setiap individu rasa itu berbeza. Jadi banyak juga perkara yang boleh menimbulkan rasa kasih sayang terhadap seseorang.
Setiap individu ada cara mereka untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada seseorang. Ianya semua berpandu pada kaedah mereka bersosial dan niat untuk bergaul dengan orang lain.
Ada juga pernah disebut mengenai amalan yang boleh menimbulkan rasa kasih sayang. Ia dinyatakan melalui sebuah hadis yang berbunyi seperti berikut:
“Tiga perkara yang akan memurnikan buatmu kasih sayang saudara kamu: Kamu memberi salam kepadanya apabila berjumpa dengannya, kamu melapangkan ruang buatnya dalam majlis, dan kamu memanggilnya dengan nama yang paling dia sukai.”
Namun, sudut taraf hadis itu sendiri dinyatakan oleh Syeikh Mashhur bin Hasan Al-Salman melalui kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu, ia berstatus munkar. Ia tidak bersandarkan dengan kata-kata Nabi SAW.
Walaupun begitu, ketiga-tiga amalan yang dinyatakan dalam hadis munkaritu tidaklah bercanggah dengan saranan Allah SWT dan rasulNya. Dari segi agama juga menganjurkan untuk memberi salam, membalas salam dengan ucapan yang penuh. Selain itu, ada juga larangan tegas tentang perbuatan yang mencela atau memanggil seseorang dengan nama yang tidak disukai.
Ada juga hadis lain yang lebih sahih dengan isi kandungan yang membawa mesej yang sama, ia berbunyi seperti ini:
“Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”.
[Riwayat Muslim, no. 81]
Menyantuni sesama sendiri dengan sapaan salam adalah mendoakan mereka dalam keadaan sihat sejahtera. Ia juga menjaga perhubungan kita saudara sesama Islam. Malah, dari sinilah munculnya rasa kasih sayang yang semakin tersemai dalam kalangan umat Islam.
Seronoknya bila dapat luangkan masa bersama rakan-rakan perempuan, berswafoto di lokasi percutian yang menarik, membeli belah, bergossip dan ‘catch up session’. Perempuan bila dah berborak, memang tak cukup sejam sis!