Kecantikan

Kulit Boleh Jadi Cerah & Lembut Macam Pelakon Korea Kalau Konsisten Pakai ‘Homemade’ Masker Tembikai Ini

Share

Buah tembikai memang sedap dan enak dimakan. Bukan sahaja punya manfaat untuk kesihatan tubuh, malah ia juga baik untuk kesihatan kulit. Kalau anda nak tahu, tembikai juga boleh dijadikan masker.

Foto: Google

Masker tembikai mempunyai 1001 kebaikan untuk kulit. Antaranya kulit akan menjadi lebih lembut, kenyal dan berseri.

Menariknya, tiada siapa akan mengalami masalah kulit kerana tembikai sesuai untuk semua jenis kulit. Apatah lagi jika memakainya secara konsisten.

Sebaiknya, gunakan masker ini seminggu sekali. Mudah saja kalau anda mahu buat masker tembikai ini. Bahan dan cara-caranya ada di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1/8 buah tembikai
  • 2 sudu teh madu

Cara-cara:

  1. Hancurkan 1/8 buah tembikai menggunakan garpu. Jangan potong terlalu halus.
  2. Tambahkan 1 hingga 2 sudu teh madu dan kacau hingga sebati.
  3. Sapukan pada wajah dan leher secara menyeluruh.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih.
  6. Selepas itu, sapukan pelembap yang sesuai dengan kulit anda.

 

Published by
Siti Zurina