Aloe Vera ataupun daun lidah buaya memang diketahui khasiatnya yang sangat bagus untuk kehidupan kita seharian. Bukan sahaja melazatkan air minuman apabila dicampurkan, manfaat yang terkandung dalam tumbuhan ini juga sangat bagus untuk kulit wajah kita.
Nak lagi seronok, cuba masker aloe vera ini! Serius berkesan.
Ini cara-caranya…
Pilih daun lidah buaya yang baik, potong daun dari pangkal pokok.
Letakkan secara menegak agar getah keluar dengan sempurna lalu cuci bersih.
Kupas lalu hancurkan isi getah lidah buaya dicampur dengan madu/air mawar/ perahan lemon
Lumur ke muka dan tunggu hingga kering. Bilas dengan air bersih.
Khasiatnya dapat melembapkan wajah selain dapat mengubati jerawat dan menegangkan kulit wajah kita. Kulit pasti nampak lebih berseri selepas itu. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI