Kulit tubuh yang lembut dan berseri tentunya memerlukan perawatan yang rutin. Ketahuilah bahawa kecantikan itu tidak datang dengan sendirinya melainkan adanya usaha untuk memelihara dan mempercantikkan anugerah yang telah diberikan oleh Allah ini. Kulit badan pun kena jaga juga, ini cara nak buat skrub badan guna beras, madu & lemon.
Salah satu cara untuk memelihara kecantikan dan kelembutan kulit tubuh ialah dengan menggunakan skrub. Selain menggunakan produk yang sudah tersedia di pasaran, kita juga boleh mencuba produk kecantikan DIY menggunakan bahan-bahan semula jadi. Berikut perkongsian Azila Muhamad.
ARTIKEL BERKAITAN: Skrub Badan Rahmah, Kulit Auto Mulus Dan Glowing. Guna 4 Bahan Ni Jer!
SKRUB BADAN & WAJAH DENGAN 3 BAHAN MUDAH
Cara mudah untuk hilangkan parut-parut jerawat, jeragat dan juga sel-sel kulit mati di badan dengan 3 bahan sahaja. Kesannya kulit pun jadi lembab sebab antara bahan asasnya adalah madu.
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu beras dikisar kering
- 3 sudu madu asli
- 2 hiris lemon
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan dalam 1balang dan kacau rata.
2. Gosok diwajah @ badan sambil buat urutan mesra.
3. Bilas dengan air sejuk.. insyaallah wajah semakin lembab dan bersih.
Mudah sahaja bukan hendak membuatnya. Yang penting, skrub ini tentunya selamat digunakan tanpa perlu risau kulit alah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Azila Muhamad.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Merah Jambu Tanda Kelembutan, Ini 15 #OOTD Selebriti Colour Pink Anggun Bak Bidadari Boleh Ditiru
Hari ini seluruh wanita menunjukkan tanda sokongan pada Muslim New Zeland dengan memakai hijab berwarna merah jambu untuk menunjukkan mereka tidak keseorangan. Kempen #scarvesinsolidarity ini dilakukan bagi menghormati wanita di New Zeland yang hari ini (Jumaat) mengenakan hijab.
Kenapa kita memilih warna merah jamu sebagai tema untuk menjayakan kempen ini? Bagi Majalah Hijabista yang memilih warna ini dianggap sebagai warna bagi melambangkan kelembutan seseorang wanita itu.
Jadi pink dijadikan tema untuk kempen #scarvesinsolidarity. Sebenarnya mungkin tidak ramai yang gemar warna pink kerana terlalu lembut, tetapi rona ini juga berpadanan dan cantik digayakan dengan apa jua OOTD.
Tidak kiralah warna pink atau merah jambu gelap, cerah, kusam atau belacan jika dipadankan dengan busana bersesuaian, tetap menyerlahkan penampilan.
Ayuh kita lihat barisan selebiti yang menggayakan hijab atau busana rona merah jambu in kala menghadiri majlis rasmi atau tidak rasmi.
#1. Datuk Seri Siti Nurhaliza
#2. Neelofa
#3. Bella Dally
#4. Laudya Cynthia Bella
#5. Datuk Seri Vida
#6. Che Ta
#7. Ayu Raudhah
#8. Sarah Hildebrand
9. Nabila Razali
10. Elfira Loy
#11. Sarah Suhairi
#12. Heliza Helmi
#13. Vivy Yusof
#14. Siti Nordiana
#15. Mira Filzah
SUMBER: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Tutup Sekarang Ke Atau Bila Dah Mati Nanti” – Nonny Nadhirah Bagi Pesanan Bab Tutup Aurat
Tidak dinafikan hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Jika sudah ditakdirkan untuk menerima hidayah dari-Nya pastilah kita menjadi antara insan bertuah.
Seperti juga perkongsian pelakon serta penyanyi, Nonny Nadirah yang bersyukur menerima hidayah dari Allah dalam usia yang masih muda dan detik permulaan ketika menjadi tetamu-Nya awal tahun ini.
Dia menunaikan umrah di Tanah Suci dengan tujuan untuk beribadah, tetapi tidak menyangka hatinya telah dijentik oleh Allah untuk melakukan penghijrahan.
Sebaik pulang, Nonny mula berhijrah dengan memakai tudung sebagai menunaikan kewajipan menurut aurat bagi setiap wanita Muslim.
“Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menunaikan umrah ketika itu. Dan itu adalah detik permulaan untuk mula memakai tudung. Perasaan ingin memakai tudung ini adalah dari diri saya sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Saya ingat lagi ketika itu mahu pergi buat satu recording untuk satu program. Dan bila habis saja tugasan di situ terus terdetik hati untuk memakai tudung. Waktu itu saya terus ambil satu selendang dan terus pakai di kepala,” ungkap Nonny menceritakan detik permulaan hijrahnya.
Balik umrah terus rasa nak berhijab
Menurut Nonny juga pada masa yang sama dia terus mengajak temannya itu untuk membeli tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Saya terus beli 5 helai tudung bawal yang berharga RM10. Sebenarnya sebelum ini saya memang pernah pakai tudung terutama yang dituntut untuk sesi penggambaran drama. Tetapi waktu itu belum tergerak hati untuk memakai secara sempurna.
“Dan perasaan yang betul-betul saya rasa selesa untuk berhijab adalah apabila berada di Tanah Suci. Ini kerana di situ kita tahu wajib menutup aurat sepenuhnya. Dan selepas balik dari umrah saya rasa ada benda yang hilang dari atas kepala. Malah kepala rasa macam berangin saja. Kemudian barulah bermula episod saya mula memakai tudung.
“Perasaan pertama kali berhijab dengan kerelaan hati ini sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Hanya saya dan Allah saja yang tahu. Biarlah jadi rahsia antara saya dengan Allah. Dan rasanya orang lain juga begitu. Perasaannya memang lain macam sedikit.
“Pada mulanya memang saya ada juga perasaan takut untuk berhijab ini. Maklum diri kita ini selebriti, apa yang kita buat jahat memanglah salah. Tetapi bila kita buat baik nanti akan dikatakan seperti acah-acah nak jadi baik pula. Tetapi bagi saya yang penting adalah niat berhijab itu kerana Allah,” tambah Nonny yang tidak menolak jika ada orang yang menganggap perhijrahannya itu sebagai ‘propa’.
Walau bagaimanpun sebagai hamba-Nya dia hanya meminta dipermudahkan urusan sepanjang di awal penghijrahannya ini.
“Memang orang akan beranggapan macam-macam pada kita. Tetapi sebagai hamba Allah, saya berbalik padaNya, saya minta padaNya, dipermudahkan segala urusan. Sebabnya kalau kita sedang menuju ke arah kebaikan dan berbuat baik, Allah akan mudahkan jalan kita. Malah Dia juga akan mengangkat darjat kita ke satu level yang lain.
“Saya rasa dengan berbuat baik, kita tidak perlu ada perasaaan malu. Lebih baik ada rasa malu dengan Allah dan itulah yang saya buat. Bagi saya ketepikan saja cakap-acap orang. Bila kita asyik pikir cakap mereka, alamatnya tak akan maju ke depan la kita,” jelasnya yang memberitahu dia masih lagi Nonny Nadhirah yang dulu cuma berubah menjadi insan yang lebih baik.
Ibu insan paling gembira
Bercerita lanjut tentang penghijrahannya juga, Nonny bersyukur kerana seluruh keluarga menyambut baik keputusan untuk bertudung.
“Sudah tentu keluarga merupakan orang pertama yang saya beritahu tentang penghijrahan ini. Emak adalah insan paling gembira dengan penghijrahan saya. Saya percaya berkat doa ibu yang tidak pernah terlebih atau terkurang. Selama ini ibu tak pernah mengongkong. Dia telah jalankan tanggung jawab seorang ibu yang baik.
“Ibu tunjukkan perbuatannya. Memakai tudung, dia bersolat dan juga menegur dengan cara baik. Berkat doanya selama ini saya dibukakan hati untuk berhijab. Selepas bertudung memang tidak dinafikan ada dugaannya tersendiri.
“Maklumlah kita pertama kali berhijab dan tak reti nak belit sana belit sini. Kalau dulu zaman free hair senang tak payah gayakan sangat rambut. Bila bertudung, kita nak pastikan hijab digayakan itu kemas dan terletak di kepala.
“Untuk kemasan perlu jarum yang lebih dan pernah satu hari itu belum masuk kereta pin dah terjatuh dulu. Momen ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya perhatikan macam-macam jenis gaya orang bertudung.
“Saya juga lakukan carian cara pakai hijab tanpa perlu pakai jarum yang banyak. Lama kelamaan barulah kita boleh belajar dan gayakan ikut cita rasa sendiri,” tambahnya yang suka gaya ringkas tetapi menyenangkan pergerakan.
Jadikan ibu ikon fesyen
Menurut Nonny, tidak susah sebenarnya seseorang itu untuk berhijab. Cuma pada permulaan kerana tidak tahu gayakan stail yang sesuai.
“Kita belajar perlahan-lahan dan lama-lama mesti pandai. Tak payah belit-belit sangat janji tutup kepala. Bagi saya bila masanya lagi untuk berhijab. Nanti bila mati kena tutup semua juga. Jadi tanya pada diri sendiri nak tutup sekarang atau masa mati nanti.
“Pesan saya pada mereka di luar sana, jika ada rasa terdetik sikit pun nak pakai tudung, teruskan saja niat berkenaan. Jangan berhenti sebab kita tak tahu bila lagi perasaan itu akan datang. Insya-Allah mohon pada Tuhan agar segala urusan nanti akan dipermudahkan,” jelasnya yang menjadikan ibunya sebagai ikon dalam berfesyen.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NONNY NADIRAH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amal 7 Konsep Sedekah Ini! Paling Mudah Baca Al-Fatihah Setiap Pagi. Jika Mahu Rezeki Kekal Mencurah-curah
Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.
Seperti contoh kisah Nabil yang memberi sedekah pada seorang pakcik walaupun ketika itu hanya ada RM2 dari poketnya. Dan kini beliau antara selebriti terkaya di tanah air.
Tidak susah untuk melakukannya dan paling utama adakah nawaitu untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.
Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mungkin pertolongan atau barangan keperluan lain. Ingatkan bukan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak milik kita. Semuanya kepunyaan Allah SWT.
Sediakan Makanan Kucing
Walaupun tidak mempunyai kucing peliharaan, mungkin akan ada kucing ini singgah di rumah kita. Jadi sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Anggap ia adalah rezeki kucing berkenaan.
Asingkan Gaji
Setiap kali mendapat gaji, cuba asingkan sedikit untuk disedekahkan pada mereka yang memerlukan. Tidak perlu susah mencari orang lain, sebaliknya sedekah pada adik beradik yang susah dan memerlukan. Tidak banyak sedikit juga sudah memadai dan penting sedekah.
Duit Kecil
Kalau boleh amalkan sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet kerana kadang-kadang kita diduga ada yang memohon bantuan. Atau jika singgah solat di mana-mana masjid boleh berbuat demikian pada tabung disediakan.
Sediakan Kotak Kecil
Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini pada yang memerlukan. Insya-Allah.
Majlis Keramaian
Satu lagi amalan lain adalah jika kita mengunjungi majlis keramaian, ada cara tertentu boleh bersedekah. Selain memberi wang, anda juga boleh sedekahkan air mineral pada tetamu yang hadir. Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman. Ini memang sangat membantu!
‘Keep The Change’
Tidak rugi juga jika kita amalkan konsep ‘keep the change’ ini. Walaupun bakinya hanya beberapa sen tetapi tak salah sedekah untuk peniaga kecil. Lebih berkat dan memberi kegembiraan pada orang lain. Itu sudah cukup memadai kerana kebahagiaan orang lain sangat bererti padanya.
Beli Al-Quran
Sekiranya anda ada wang lebih digalakkan untuk membeli Al-Quran atau sejadah, boleh sedekahkan di mana-mana masjid atau surau atau pusat tahfiz. Jika mereka membacanya akan ada bahagian anda di situ.
Amal Al-Fatihah
Amalan paling mudah adalah membaca surah Al-Fatihah setiap pagi. Sedekahkan juga kepada kedua ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah mati. Insya-Allah jika kita amalkan, akan nada balasan baik yang Allah berikan.
Artikel Lain: Kisah Kecintaan Nataha Hudson Pada Quran Buat Hati Sebak
Sumber: Kisah Zakat Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI