Kuku Menjadi Kuning Akibat Jangkitan Kulat! Jangan Biarkan Begitu Sahaja…

Share

Kuku menjadi kekuningan pasti akan membuatkan penampilan anda kurang menarik. Bahkan, ada yang bakal tertarik lebih dengan kuku yang ‘berwarna’ itu.

Artikel berkaitan: Boleh Sahaja Potong Kuku Pada Bila-bila Masa, Tidak Sahaja Di Hari Jumaat

Kuku Tak Cantik…Orang Pandang Serong

Sumber dari Canva

Penampilan luaran secara fizikal adalah suatu benda yang sukar kita hendak jaga. Setiap perincian di tubuh badan ini seperti kuku, rambut, dan muka tidak dapat hendak kita pastikan ia dalam keadaan baik.

Tapi itu bukanlah alasan anda untuk tidak menjaga penampilan diri. Ramai juga yang sudah mula untuk menjaga rupa paras tetapi selalu lupa untuk menjaga kuku.

Perkongsian di LeSalon menyatakan kekuningan yang terjadi pada kuku adalah disebabkan infeksi daripada kulat. Pelbagai juga gejala atau simptom jangkitan kulat pada kuku antaranya:

  • Muncul bintik-bintik kuning
  • Kuku menggelupas
  • Ada bau yang kurang enak

Ada juga kondisi yang lebih teruk jika kuku tidak di jaga dengan baik dimana ia boleh menebal dan hancur! YaAllah, sudah tentu kita mahu elakkan perkara ini bukan?

Ada beberapa cara untuk elakkan jangkitan kulat pada kuku, nak tahu? Ikuti sahaja langkah-langkah ini:

Sumber dari Canva
  • Pastikan kuku anda sentiasa di potong untuk elakkan kotoran masuk
  • Pastikan anda tukar stoking untuk elakkan jangkitan kerana keadaan lembap
  • Kurangkan penggunaan nail polish

Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda boleh sahaja bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Pastikan juga keadaan kuku anda dalam 2-3 hari, jaga kuku juga ya sis!

Sumber: LeSalon

Artikel berkaitan: Kuku Hitam Petanda Anda Ada Masalah Kesihatan Teruk. Betul Ke?

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee