Kuku menjadi kekuningan pasti akan membuatkan penampilan anda kurang menarik. Bahkan, ada yang bakal tertarik lebih dengan kuku yang ‘berwarna’ itu.
Artikel berkaitan: Boleh Sahaja Potong Kuku Pada Bila-bila Masa, Tidak Sahaja Di Hari Jumaat
Kuku Tak Cantik…Orang Pandang Serong
Penampilan luaran secara fizikal adalah suatu benda yang sukar kita hendak jaga. Setiap perincian di tubuh badan ini seperti kuku, rambut, dan muka tidak dapat hendak kita pastikan ia dalam keadaan baik.
Tapi itu bukanlah alasan anda untuk tidak menjaga penampilan diri. Ramai juga yang sudah mula untuk menjaga rupa paras tetapi selalu lupa untuk menjaga kuku.
Perkongsian di LeSalon menyatakan kekuningan yang terjadi pada kuku adalah disebabkan infeksi daripada kulat. Pelbagai juga gejala atau simptom jangkitan kulat pada kuku antaranya:
- Muncul bintik-bintik kuning
- Kuku menggelupas
- Ada bau yang kurang enak
Ada juga kondisi yang lebih teruk jika kuku tidak di jaga dengan baik dimana ia boleh menebal dan hancur! YaAllah, sudah tentu kita mahu elakkan perkara ini bukan?
Ada beberapa cara untuk elakkan jangkitan kulat pada kuku, nak tahu? Ikuti sahaja langkah-langkah ini:
- Pastikan kuku anda sentiasa di potong untuk elakkan kotoran masuk
- Pastikan anda tukar stoking untuk elakkan jangkitan kerana keadaan lembap
- Kurangkan penggunaan nail polish
Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda boleh sahaja bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Pastikan juga keadaan kuku anda dalam 2-3 hari, jaga kuku juga ya sis!
Sumber: LeSalon
Artikel berkaitan: Kuku Hitam Petanda Anda Ada Masalah Kesihatan Teruk. Betul Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bacaan Selawat Syifa Tujuan Pengubatan Dan Memohon Kesembuhan Penyakit. Rugi Tak Amalkan Surah-surah Ini!
Isi Kandungan
ToggleIslam tidak melarang manusia berusaha dan berikhtiar dengan berjumpa pakar, bomoh atau mengubati penyakit dengan pelbagai cara. Asalkan kaedah perubatan itu tidak membawa kepada unsur-unsur mensyirikkan Allah seperti penggunaan jin, sihir dan sebagainya.
Segala ikhtiar lahiriah ini harus disusuli pula oleh doa dan harapan pada Allah agar menyembuhkan segala macam keuzuran dan gejala penyakit-penyakit kerana pada hakikatNya Dialah yang Maha Penyembuh.
Apa yang menariknya dengan selawat syifa dan beberapa ayat syifa yang digunakan dalam perubatan cara Islam boeh menyembuhkan penyakit. Kita disarankan untuk mengamalkan ayat-ayat alquran mahupun zikir untuk melawan penyakit berserta dengan ubat-ubatan.
Hanya pada Engkau sahajalah kami sembah dan hanya pada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan.
— Surah al-Fatihah ayat 5
Selawat Syifa memohon kesembuhan penyakit
Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit. Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib. Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.
Bacaan selawat syifa adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).
Ayat-Ayat Syifa (Penyembuh) yan boleh diamalkan
Enam ayat al-Quran ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.Rahsia ayat-ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW.
Ayat-ayatnya adalah:
1. Ayat 14 Surah at-Taubah
Dan Dialah (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati-hati orang yang beriman”
2. Ayat 57 Surah Yunus
Dan penyembuh (penawar) bagi apa yang (penyakit-penyakit yang berada) di dalam dada”
3. Ayat 69 Surah an-Nahli
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar bagi manusia
4. Ayat 82 Surah al-Isra’
Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
5. Ayat 80 Surah asy-Syu’ara
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”
6. Ayat 44 Surah Fushshilat
Katakanlah: “Al-Quran itu ialah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.
Betapalah rugi kita sekiranya tidak mengamalkan surah-surah yang terdapat di dalam AlQuran. Insyallah dengan izinNya segala penyakit akan sembuh.
SUMBER: AKUISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah, Adik Mikael Makin SIHAT Setelah 2 Minggu Alami Pengalaman MENAKUTKAN Akibat Minum SUSU TIRUAN. Baca Perkongsian IBUNYA!
Isi Kandungan
ToggleAnak adalah anugerah Allah tidak bernilai. Kalau boleh sebagai ibu bapa kita mahu menatangnya bagai minyak yang penuh. Dan jika diizinkan sebagai ibu mahu memberi susu ibu yang memang terjamin keselamatannya untuk diberi pada si kecil. Namun ada orang rezeki untuk memberi susu badan hanya untuk bulan-bulan awal sahaja dan sebagai ganti perlu memberi susu formula pada anak. Tak salah memberi susu formula, tetapi kadang-kadang kita tak sedar apa yang diberi ini sebenarnya adalah susu formula tiruan.
Dalam hal ini kita tak menyalahkan pengeluar. Ini kerana jika barang lain pun boleh ditiru, tidak mustahil susu formula yang memang meningkat permintaannya turut ditiru juga. Lumrah manusia ini selagi boleh buat keuntungan, selagi itulah akan melakukannya tanpa memikirka nasib orang lain.
Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Seila Nawi menceritakan pengalamannya terbeli susu tiruan untuk anaknya. Sebelum it anaknya ditahan hospital selama 2 minggu disangka sakit biasa. Hinggalah dia menyedari rupa-rupanya kesan dari susu tiruan yang diminum.
Bermula dari mengalami muntah-muntah, demam yang bersilih ganti dan kulit jadi kemerah-merahan hinggalah mengeluarkan najis yang begitu busuk baunya. Ternyata pengalaman hampir dua minggu itu menyedarkan wanita ini yang anaknya terminum susu tiruan (sebelum ini tidak tahu punca dan menyangka masalah salah beri makanan) setelah mendengar berita mengenainya.
Baca pengakuannya di sini dan admin harap ibu-ibu di luar sana berhati-hati dengan perkara ini. Semoga anak-anak kita yang masih kecil dilindungi Allah dari sebarang bahaya.
BACA PERKONGSIAN PENGALAMANNYA:
Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.
Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.
Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;
- Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu
- Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.
Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.
MUNTAH BERPANJANGAN
Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.
*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*
Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.
Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.
KELUARKAN NAJIS BUSUK
Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).
Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.
Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.
Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.
Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.
Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.
Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.
BERAK BERDARAH
Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.
Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac?
Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.
Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.
Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum?).
Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.
TUKAR SUSU LAIN
Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.
Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.
Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.
Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.
TERKINI STATUS & GAMBAR ADIK MIKAEL YANG DIMUAT TURUN IBUNYA.
SUMBER: SEILA NAWI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Solat Sunat Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengisi Malam Lailatul Qadar
Isi Kandungan
ToggleLailatul Qadar atau Lailat al-Qadar adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam al-Qur’an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya al-Quran. Keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat al-Qadar, surat ke-97 dalam al-Quran.
Menyambut malam Lailatul Qadar yang istimewa di 10 hari terakhir Ramadan, salah satu amalan yang dianjurkan ialah menunaikan solat sunah. Kerana solat merupakan bentuk ibadah tertinggi yang mendekatkan hamba dengan Sang Pencipta, Allah S.W.T. Jika ingin ibadah anda lebih maksima dan bermanfaat, tunaikan beberapa solat sunah berikut untuk mengisi malam Lailatul Qadar. Menunaikan solat-solat sunat ini akan mengundang banyak manfaat dalam kehidupan anda, termasuk menghadirkan pahala yang berlipat ganda.
1. SOLAT TARAWIH DAN WITIR
Tarawih adalah solat yang istimewa kerana hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan. Tarawih juga termasuk qiyamullail atau solat malam yang memiliki keutamaan. Solat ini juga dapat dilakukan secara berjamaah atau sendiri dengan minima 8 rakaat. Untuk menyempurnakannya akhiri dengan solat witir sebagai penutup sebanyak 3 rakaat.
2. SOLAT TAHAJUD
Menunaikan solat Tahajjud sangat disarankan untuk mengisi malam-malam Ramadan dan Lailatul Qadar. Solat ini idealnya ditunaikan setelah bangun tidur walaupun hanya tidur secara singkat. Tahajjud dilakukan dengan minimum 2 rakaat dan maksimal tidak terbatas sesuai kemampuan masing-masing. Waktu terbaiknya di sepertiga malam.
3. SOLAT HAJAT
Jika memiliki permohonan atau keinginan yang ingin kita utarakan kepada Allah SWT, Lakukan solat hajat minima 2 rakat. Waktunya untuk menunaikannya boleh dilakukan di siang atau malam hari. Harapannya usai melakukan solat ini kita akan mendapatkan kelancaran dan kemudahan untuk mencapainya.
4. SOLAT TAUBAT
Jika merasa memiliki banyak dosa dan ingin bertaubat kita boleh menghilangkan kegelisahan hati dengan menunaikan solat taubat untuk meminta ampun kepada Allah. Solat ini dianjurkan dilakukan supaya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama seperti di masa lalu. Supaya semakin khusyuK dapat dilakukan di malam hari saat suasana tenang dan hening.
5. SOLAT TASBIH
Solat Tasbih dapat dilakukan dengan membaca kalimat “Subhanallahu wal hamdu lillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar” sebanyak 300 kali dalam 4 rakaat yang ertinya kita melakukan tasbih sebanyak 75 kali pada setiap rakaat. Laksanakan memang sedikit berbeza dengan solat sunat pada umumnya kerana bacaan tasbihnya yang dibacakan pada sepanjang gerakan solat. Perbezaan lainnya adalah waktu, jika solat di siang hari maka wajib menunaikan sebanyak 4 rakaat dengan sekali salam, sedangkan jika di malam hari dengan dua kali salam.
6, SOLAT TAHIYATUL MASJID
Solat yang satu ini dilakukan sebagai bentuk penghormatan kepada masjid. Solat ini dianjurkan dilakukan setelah kita tiba di masjid. Biasanya dilakukan sebanyak 2 rakaat, sebelum akhirnya kita duduk.
7. SOLAT QABLIYAH DAN BA’DIYAH
Kedua solat sunah ini dilakukan sebelum dan setelah solat fardu 5 waktu. Tetapi perbezaanya solat Qabliyah dilakukan sebelum solat wajib sedangkan solat Ba’diyah setelah solat wajib. Masing-masing dilakukan minima 2 rakaat saja.
Itulah beberapa solat sunah untuk mengisi malam Lailatul Qadar. Jom perbanyak ibadah solat sunah di bulan Ramadan khususnya di malam Lailatul Qadar ini! Manfaatkan waktumu sebaik mungkin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI