Apabila menyebut kuih seri muka fikiran tentunya membayangkan kuih yang mempunyai dua lapisan. Bahagian lapisan bawah mengandungi pulut manakala lapisan atas pula lembut dan sedikit manis. Kombinasi ini menjadikan kuih seri muka menu pencuci mulut yang cukup seimbang dari segi rasanya.
Membuat kuih seri muka tidak susah namun yang menjadi masalahnya ialah ketika hendak memotong kuih seri muka agar mendapat potongan yang cantik.
Bagaimana hendak dapatkan kuih seri muka yang cantik? Jom kita cuba cara yang dikongsikan oleh Faizatulazurani Ahmad Nezad ini.
Jika anda rasa yang anda tidak pandai hendak potong dari loyang, boleh cuba kaedah menggunakan cawan/mangkuk yang kecil (acuan kuih lompang) (rujuk gambar)
Ads
RESIPI KUIH SERI MUKA:
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut rendam 1-2 jam
2 1/2 cawan santan – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
2.Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
3.Angkat dan dipadat-padatkan dalam acuan cawan/mangkuk kuih lompang.
Ads
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan ke semua bahan. Kacau rata.
2.Masak di atas api perlahan selama 2-3 minit.
Ads
3.Tapiskan supaya tidak berketul. Tuangkan di atas pulut yang sudah siap dimampatkan di dalam cawan/mangkuk acuan kuih lompang.
4.Panaskan periuk pengukus. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit.
5.5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
6.Cucuk dengan lidi. Jka tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
7.Keluarkan daripada cawan/mangkuk acuan selepas kuih sejuk. Hidangkan.
Mengorak langkah dalam rentak dunia fesyen tempatan dalam melebarkan sayap legasi selama hampir 10 tahun, kolaborasi dua anak muda, Izree Kai Haffiz (Kai) and Mohd Hafizi Radzi Woo (Fizi) adalah gabungan terbaik dalam menjadikan jenama Fiziwoo terus gah mewarnai industri fesyen tempatan, mencurah nafas inspirasi kepada generasi muda yang bertatih membina nama dan kini, Fiziwoo sedang lincah ligat memahat kejayaan di peringkat antarabangsa.
LAMBAKAN PLAGIAT IDEA
Persaingan dunia fesyen hari ini tidak hanya wujud sesama pereka fesyen, malah kemunculan pengusaha jenama fesyen menjadikan industri lebih rancak dan berwarna-warni. Biarpun dari sudut amnya, ia merupakah sudut persaingan yang sihat namun, plagiat idea dari usaha pereka fesyen dan dijual dengan harga yang lebih murah tidak mencerminkan integiriti dan etika yang tepat.
“Jika di dunia Barat, mereka yang mempunyai wang dikenali sebagai pelabur. Mereka ini (pelabur) mengupah pelajar fesyen yang semangnya sudah memiliki teknik dan bakat yang kuat dalam berfesyen untuk menghasilkan rangkaian produk dan koleksi. Ini adalah cara yang betul. Apa yang salahnya ialah mereka menjadi pelabur dan mereka jualah yang menjadi pereka. Keadaan ini sememangnya tidak wajar dipraktikkan kerana ia tidak sihat. Jika kita lihat, ada sesetengah pengusaha hanya menciplak idea dari pereka fesyen seperti kami dan menjual produk itu sama ada lebih mahal atau lebih murah.
Jadi, bagaimana pula dengan kami? Bagi kami, jika pereka fesyen ingin melekkan harga yang sedikit tinggi tidak mengapa kerana kami bermula dengan idea yang kosong, dilampirkan pada sebuah papan idea dan menghasilkan lebih daripada 50 hingga 60 sampel untuk memilih 20 rekaan yang terbaik yang dapat dipamerkan kepada orang luar. Ia adalah sebuah proses yang panjang dan menelan kos yang tinggi. Tuntasnya, di sini pentingnya peranan pelanggan untuk bijak memilih kuantiti atau kualiti. Sudah pasti, kami sebagai pereka menjual kualiti bukan sebaliknya,” tegas kedua-dua pereka jenama Fiziwoo ini.
Istilah asal-untung ini boleh dilenyapkan apabila masing-masing tahu tentang tanggungjawab mereka sendiri. Barisan senior harus menasihati dan barisan junior harus rajin bertanya.
GENERASI MUDA
Pereka muda hari ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Setiap masa pasti sahaja ada pereka muda yang mewarnai dunia fesyen dengan idea yang lebih segar malar, berbeza dan unik. Namun, dunia fesyen tempatan lebih sengit dan padat. Mengulas lanjut mengenai hal ini, Fizi dan Kai menekankan bahawa pereka muda harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang bukan sahaja memfokuskan dalam bidang fesyen tetapi juga pengurusan perniagaan.
Kewujudan pereka muda dalam area gelanggang dunia fesyen sesuatu yang baik. Tetapi, mereka tidak boleh memandang dunia fesyen ini hanya untuk glamor semata-mata.
“Hari ini semua berlumba-lumba untuk menjana pendapatan kelangsungan syarikat. Begitu juga kami. Oleh itu, mereka haruslah tahu tentang teknik perniagaan terutamanya mengenai kos, pemasaran dan pengiklanan. Peniagaan ialah berkaitan tunai yang masuk dan keluar. Jika mereka tidak fasih mengenainya, barangkali akan hadapi kesukaran untuk menstabilkan jenama mereka. Ketepikan dahulu sudut mewah industri fesyen, fokuskan dahulu tentang hala-tuju perniagaan anda”, nasihat mereka.
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista Edisi Jawi! Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ketika kulit tampak kering dan kusam, penyebabnya belum tentu kerana kurang penghasilan minyak. Kulit anda mungkin sedang mengalami dehidrasi, dan keadaan ini Penting untuk anda ketahuia apa berbezaan antara kulit kering dengan dehidrasi, kerana cara mengatasinya berbeza.
Beza kulit kering dan dehidrasi
Siapa saja boleh memiliki kulit dehidrasi. Begitu juga pada mereka yang memiliki kulit berminyak. Moisturizer yang hanya melembapkan permukaan kulit tentu tidak cukup untuk mengatasi kulit dehidrasi yang kekurangan air. Agar perawatan kulit menjadi lebih efektif, berikut perbezaan antara kulit kering dan kulit dehidrasi yang perlu anda ketahui:
1. Punca
Kulit kering disebabkan kerana kurangnya produksi minyak semulajadi dari folikel rambut. Kondisi ini bersifat genetik, tetapi mereka berusia 40 tahun ke atas juga boleh mengalaminya kerana produksi minyak akan menurun seiring bertambahnya usia.
Kulit dehidrasi disebabkan oleh pelbagai faktor. Penyebab yang paling umum adalah kurang minum air. Akan tetapi, kulit pun boleh mengalami dehidrasi akibat suhu panas atau dingin, kurang tidur, kurangnya kelembapan udara, serta pancaran sinar matahari.
2. Gejala
Perbezaan lain antara kulit kering dan dehidrasi terdapat pada ciri-cirinya. Kulit yang kering cenderung berkedut. Kulit biasanya juga terasa gatal, kemerahan, dan terdapat lapisan kulit mati berwarna putih seperti yang boleh anda lihat pada siku.
Sementara itu, kulit yang mengalami dehidrasi terasa lebih anjal dan tidak berkarat. Anda juga dapat melihat pori-pori kulit dengan jelas disertai tekstur yang kering, kasar, bersisik serta mudah membentuk serpihan kulit.
3. Bahan yang sesuai
Produk pelembap kulit dilengkapi dengan pelbagai bahan dengan kegunaan tersendiri. Hyaluronic acid dan ceramide misalnya, dapat digunakan untuk mengatasi kulit kering mahupun dehidrasi. Namun, tidak semua bahan sesuai untuk kedua-duanya.
Perbezaan ini turut menentukan cara anda mengatasi kulit kering dan dehidrasi. Sebagai panduan, berikut beberapa bahan dalam pelembap yang sesuai untuk jenis kulit:
KULIT KERING: Minyak biji atau kacang (kelapa, almond, rami), minyak tumbuhan (jojoba, mawar, tea tree), lanolin, dan shea butter.
KULIT DEHIDRASI: Gliserin, madu, lidah buaya, asam laktat, asam sitrat, dan lendir siput.
Adakah kulit anda mengalami dehidrasi?
Cara paling mudah untuk mengenali perbezaan antara kulit kering dengan kulit yang dehidrasi adalah dengan uji dengan cubitan. Ujian ini mungkin tidak memberikan hasil yang mutlak, tapi cukup berguna untuk menunjukkan tanda-tanda umumnya.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Cubit sedikit bahagian dari pipi, perut, dada, atau belakang tangan. Tahan selama beberapa saat.
Jika kulit kembali ke bentuk asalnya dengan cepat, bererti kulit anda tidak mengalami dehidrasi.
Jika bentuk kulit baru kembali setelah beberapa saat, bererti kulit anda mengalami dehidrasi.
Ulangi pada area lain.
Kulit boleh menjadi kering seperti seluruh badan anda. Sayangnya, terkadang ramai yang salah memahami perbezaan antara kulit kering dan dehidrasi sehingga keliru menangani masalah kulit.
Untuk mengelakkan dehidrasi, memenuhi keperluan air anda dan melindungi kulit anda dari pelbagai perkara yang boleh mengurangkan kelembapannya. Gunakan moisturizeruntuk melindungi permukaan kulit dan humidifier untuk menjaga kelembapan udara di sekitar anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biarpun menggalas tanggungjawab sebagai seorang pempengaruh, aktivis kemanusiaan, penulis serta pendakwah, Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul...