Kuih Ketayap Guna Sukatan Cawan, Mudah Sangat Nak Buat & Yang Penting Sedap

Share

Kuih ketayap memang menjadi sajian pencuci mulut yang dicari-cari ketika bulan Ramadan. Di musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kalau boleh kita kurangkan keluar. Mana yang boleh kita buat sendiri, kita buat.

Seperti kuih ketayap. Mudah sahaja hendak membuatnya. Guna sukatan cawan pun menjadi. Boleh cuba resipi kuih ketayap yang dikongsi oleh Nor Sahida Abdul Kadzir

BAHAN INTI:
2 1/2 cawan kelapa mesin
1 1/2 cawan gula melaka/merah
2 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
1 cawan air

CARA MEMBUAT:

1.Masak air sehingga didih. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Masak sehingga larut dan gula hancur.

2.Masukkan kelapa dan masak sehingga agak kering sedikit. Jangan terlmpau kering nanti tak sedap. Kering basah-basah struktur inti lebih sedap.

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
2/3 helai daun pandan (kisar dengan 1 cawan air)
3 cawan tpung gndum
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air biasa
Sedikit pewrna hijau
2 sudu besar minyak masak

CARA MEMBUAT:

1.Campur semua bahan. Bancuh jangan likat sangat dan jangan cair sangat.

2.Kalau rasa kurang air tambah air sedikit demi sedikit. Kalau rasa cair sangat, tambah tepung sedikit demi sedikit.

3.Tapiskan bancuhan tepung. Panaskan kuali dan bolehlah dimasak kulit kuih ketayap.

4.Setelah selesai membuat kulit kuih ketayap, boleh masukkan inti kemudian gulung dengan kemas sehingga selesai.

Sumber kredit: Nor Sahida Abdul Kadzir

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APPS STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Published by
Norhasliza