Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai. Secara umumnya, Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kepada semua makhluk meliputi manusia, tumbuhan, dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut.
Buat pencinta haiwan, memelihara haiwan di rumah seolah-olah satu kewajipan. Jangan kata hanya sejenis haiwan, ada yang memelihara dua hingga tiga spesies haiwan sekaligus di rumah.
Tapi berbeza buat haiwan yang tidak bertuan, pasti susah untuk mencari makanan sendiri; selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.
Seperti yang tular baru-baru ini laman Tiktok oleh @MissApplePie, yang sempat merakam momen dia memangku seekor kucing jalanan makan di atas meja. Video tersebut kini telah meraih lebih 268.3K jumlah tontonan dan 45.9K kesukaan.
@cikapplepie Menangis die dapat makan 🥲🤍 #kucingjalanan #kucingtiktok #fyp ♬ Hijrah Cinta – Amsyarleee
Wanita tersebut telah memberikan makanan ‘wet food’ yang dilapik dengan tisu di atas meja makan kepada seekor kucing jalanan yang sedang kelaparan tersebut.
Namun, apa yang membuat netizen terharu adalah reaksi kucing tersebut. Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.
Reaksi serta raut wajah ‘si bulus’ yang tiba-tiba mengalirkan air mata tersebut seolah-olah bersyukur dengan pemberian sambil dilihat perlahan-lahan menjamah dan menikmati makanan itu.
Artikel Berkaitan: Si ‘Bulus’ Memberi Keceriaan dan Kurangkan Serangan Jantung
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut sedih dan rasa simpati melihat raut wajah kucing tersebut. Bahkan, mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut.
“Kita tak akan pernah tahu apa yg dia mengadu & memohon doa kpd Allah. Sesungguhnya haiwan juga berzikir & berdoa dgn caranya sendiri. Terima kasih org baik2.”
“Allah…air mata rasa syukur dia dapat makanan. Kesiannya…semoga awak murah rezeki..sbb dah bagi meooww makan…Aamiin”
“Terima kasih org baik.. semoga Allah permudahkan segala urusan awk..dan awk diberi rezeki seperti air sungai yg mengalir”
“Aku tak boleh tengok macam ni.. sedih.. tak sampai hati.. kadang terfikir macam mana dia hidup dengan manusia yang kejam yang kadang2 tendang2 dia”
“Allahu comelnya awak sayang.. Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang baik untuk jumpa and jaga awak sayang”
Artikel Berkaitan: Kucing & Segala Haiwan Yang Kita Pelihara Boleh Jadi ‘Mesin Pahala,’ Jangan Zalimi Makhluk Allah Ini
Menerusi hantaran TikTok yang lain, wanita tersebut dilihat telah membawa kucing jalanan tersebut pulang dan memeliharanya. Bukan itu sahaja, dia sempat memberikannya nama baru iaitu Muezza.
Sumber info dan gambar: Tiktok @MissApplePie
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.