Bila kita tengok kucing mesti geramkan, sebab comel sangat. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya.
Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Tips Bagaimana Menjaga Kucing Comel
Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa
bulu di badannya.