Sebagai insan biasa, adakalanya kita gembira dan adakalanya kita bersedih. Lumrah kehidupan, begutulah. Tidaklah sentiasa kita bergembira sepanjang masa. Suka duka dalam kehidupan itu ibarat rencah dalam menghadapi perjalanan hidup yang penuh onak dan duri.
Namun bila tikanya kita bersedih, kembalilah kepada Allah. Hanya dengan cara itu sahaja kita dapat menenangkan diri. Usahlah menangisi kesedihan dan kelukaan yang menimpa kerana semua itu adalah ujian daripada Allah SAW.
Baca perkongsian Mohd Ibrahim ini tentang bagaimana cara untuk menangani kesedihan dan kelukaan.
"Allah Ada Bersamamu"
Hidup ini, tiada siapa yang mahu merasa sedih, kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan rasa. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan mengganggu urusan seharian.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan suami. Si suami pula terasa hati dengan kerenah isteri.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.
Ataupun, barangkali sedang bersedih atas kehilangan insan-insan yang dikasihi.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk redam dan membuatkan kita merasa lemah.
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insha Allah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat membantu anda juga:
MEMBACA SURAH YASSIN
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati
Bagi wanita jika sedang haid Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, dan sebagainya.
SOLAT SUNAT TAHAJUD
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita 'direct' kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma inni A’udzu bika minal hammi wal hazan, wa a'udzu bika minal ajzi wal kasal, wa a’udzu bika minal jubni wal bukhl, wa a’udzu bika min ghalabatid dayni wa qohrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
"tips supaya mudah nak bangun"
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BERZIKIR
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
ELAKKAN MENDENGAR LAGU BERTEMA KECEWA
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :
SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Sumber kredit: Mohd Ibrahim