Sebagai insan biasa, adakalanya kita gembira dan adakalanya kita bersedih. Lumrah kehidupan, begutulah. Tidaklah sentiasa kita bergembira sepanjang masa. Suka duka dalam kehidupan itu ibarat rencah dalam menghadapi perjalanan hidup yang penuh onak dan duri.
Namun bila tikanya kita bersedih, kembalilah kepada Allah. Hanya dengan cara itu sahaja kita dapat menenangkan diri. Usahlah menangisi kesedihan dan kelukaan yang menimpa kerana semua itu adalah ujian daripada Allah SAW.
Baca perkongsian Mohd Ibrahim ini tentang bagaimana cara untuk menangani kesedihan dan kelukaan.
"Allah Ada Bersamamu"
Hidup ini, tiada siapa yang mahu merasa sedih, kecewa dan terluka.
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan rasa. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan mengganggu urusan seharian.
Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan suami. Si suami pula terasa hati dengan kerenah isteri.
Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.
Ataupun, barangkali sedang bersedih atas kehilangan insan-insan yang dikasihi.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk redam dan membuatkan kita merasa lemah.
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura-pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita harus berpura-pura?
Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah.
Insha Allah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat membantu anda juga:
MEMBACA SURAH YASSIN
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini.
Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang.
Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Ads
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat.
Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati.
Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati
Bagi wanita jika sedang haid Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, dan sebagainya.
SOLAT SUNAT TAHAJUD
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud.
Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Ads
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja.
Adukan masalah kita 'direct' kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.
Jika anda kelu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال
‘Allahumma inni A’udzu bika minal hammi wal hazan, wa a'udzu bika minal ajzi wal kasal, wa a’udzu bika minal jubni wal bukhl, wa a’udzu bika min ghalabatid dayni wa qohrir rijal.’
(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)
"tips supaya mudah nak bangun"
– Berwudhuk sebelum tidur
– Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
– Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
– Kunci jam
Ads
BANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BERZIKIR
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.
ELAKKAN MENDENGAR LAGU BERTEMA KECEWA
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.
Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan?
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :
SENTIASALAH MENGINGATI ALLAH
Ini yang paling penting sekali.
Sentiasa mengingati Allah.
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.
Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahniah Hijabista ucapkan kepada penyanyi yang kini cantik berhijab, Zizi Kirana, yang sudah melangsungkan pernikahan sebentar tadi dan kini bergelar isteri kepada pelakon popular yang sedang meningkat naik, Yusuf Bahrin. Pasangan yang masing-masing berusia 36 dan 29 tahun ini telah selamat disatukan pada jam 10.40 pagi tadi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Acara penikahan mereka telah disiarkan secara langsung menerusi aplikasi siaran langsung menerusi Instagram Zizi Kirana sebentar tadi. Menariknya tentang pasangan ini, bibit-bibit percintaan mereka sudah mula dihidu media dan warganet apabila Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan sayang dalam satu hantaran video dan mereka dikatakan mula rapat setelah muncul bersama dalam rancangan All Together Now Malaysia yang diterbitkan oleh Astro.
Menerusi laporan mStar, pelantun lagu popular Eh ini telah menerima mas kahwin bernilai RM300 bersama senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran tidak pula didedahkan.
Dalam hantaran di Instagramnya, Zizi Kirana berkata, “Alhamdulillah Dengan Izin ALLAH , Kami Selamat Di Ijab Kabul Dengan Sekali Lafaz . Terima Kasih Untuk Doa Dari Keluarga , Sahabat Dan Kalian Semua , Semoga Allah Memberkati Kita Semua.”
BUSANA MENAWAN
Dalam sebuah majlis pernikahan pastinya busana yang digayakan menjadi perhatian. Biarpun dilangsungkan sederhana menepati prosedur standard operasi yang ditetapkan mereka tetap tampill anggun dan kacak dalam elemen tradisi.
.
Pasangan merpati dua sejoli ini tampil bagai pinang dibelah dua dalam persalinan serba hitam rekaan pereka fesyen, Shanell Harun. Zizi tampil menawan dalam rekaan busana penikahan potongan kurung Pahang rona hitam yang diserikan dengan sulaman dan perincian rona emas dan ditambahkan lagi dengan fabrik songket mewah. Yusuf pula kelihatan bak pahlawan dalam baju melayu klasik diserikan dengan samping songket sedondon dengan isterinya itu.
Wajah manis ratu sehari ini ditatarias oleh jurusolek, Datuk Alha Alfa manakala Yusuf pula ditaatrias oleh Chomel.
Semoga penyatuan dua jiwa ini kekal sehingga ke jannah. Amin.
Sumber gambar: Instagram Shanell Harun, Zizi Kirana & Alha Alfa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perjalanan laluan udara selalunya memerlukan penumpang membawa beg pakaian yang besar, terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Walaupun mengemas pakaian dan peralatan mandian anda tidak mengapa, terdapat beberapa barang biasa yang tidak boleh anda angkut sekali. Pengendali bagasi mendedahkan semuanya.
Melancong dengan beg pakaian adalah satu keperluan bagi ramai pelancong, terutamanya apabila berlepas dalam perjalanan jauh ke luar negara. Walaupun penumpang cenderung untuk mengetahui had berat dan saiz beg, mereka mungkin tidak menyedari bahawa terdapat beberapa item yang harus mereka elakkan daripada diangkut sekali yang akan menimbulkan masalah.
Pengendali bagasi mendedahkan satu-satunya perkara yang tidak boleh dibungkus oleh penumpang dalam beg pakaian mereka.
“Makanan,” tulisnya. “Tolong jangan bungkus makanan atau minuman di dalam beg anda. Makanan akan reput, pecah, bocor, terbuka. Ia berbau! Terutamanya alkohol. Kemudian sebagai seorang pengedali bagasi ia akan berbau sepanjang hari selepas mengambil beg yang bocor. Tolonglah!
Pengendali bagasi pasti menghantar pengangkatan harian mereka, selalunya agak berat, beg di dalam dan di luar pesawat. Kadangkala beg-beg ini akhirnya tercampak jika terlalu berat untuk dibawa seperti biasa, jika muatan yang mengandungi botol kaca di dalamnya boleh mengakibatkan tumpahan cecair.
Walaupun membaling bagasi mungkin melihat tindakan yang agak tidak bertimbang rasa, bagi pengendali bagasi ia boleh menjadi cara paling berkesan untuk menggerakkan beg pakaian yang sukar dipindahkan. Bagaimanapun, rakan pengendali bagasi telah mendedahkan bahawa, jika pembungkusan botol kaca atau barang rapuh adalah satu keperluan, terdapat satu jenis beg pakaian yang lebih mudah untuk pengendali bergerak tanpa kesan besar.
Memastikan beg pakaian anda mempunyai roda akan menyelaraskan proses ini. Seorang lagi pengendali bagasi menyokong tanggapan ini di dalam forum. Mereka mengulas: “Jika anda membungkus barangan yang berat, dapatkan sesuatu yang teguh dan sesuatu yang boleh digulung.
“Anda tahu beg kes keras beroda empat itu, ia ringan dan mudah dikendalikan, mudah disusun, lebih cenderung untuk memastikan barang-barang anda selamat.”
Nasihat pengendali bagasi, mengesyorkan membungkus kaca dengan baik jika ia mesti dimasukkan ke dalam beg pakaian. Mereka juga mendedahkan beberapa perkara pelik lain yang pernah dialaminya semasa bekerja.
Ia termasuk “bahagian kereta, blok enjin, ketam hidup (dalam beg sandang!)”
Semua item ini boleh menyukarkan tugas pengendali bagasi, dan oleh itu mereka menggalakkan pelancong untuk mengelak daripada membungkusnya. Dia juga menegaskan bahawa beberapa barang mesti dikendalikan dengan lebih lembut.
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bagasi rosak? Tiba di destinasi anda untuk mencari beg pakaian anda telah rosak dalam transit adalah senario terburuk, tetapi ia boleh berlaku.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tanpa disedari ramai di kalangan kita yang mengalami kemurungan atau depresi. Ada yang mengalami kemurungan tahap biasa dan ada juga sampai kritikal hingga perlu menjalani rawatan secara berterusan di hospital.
Selain dari menjalani rawatan di hospital, terdapat juga ikhtiar yang boleh dilakukan seseorang yang mengalami kemurungan dengan cara Islam.
perkongsian di laman sosial Facebook dengan cara mengamalkan beberapa ayat Al-Quran yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini daripada berlarutan. Juga cara bagaimana seseorang itu boleh belajar melawan kemurungan.
Antara adalah dengan membaca surah Al-Quran dicadangkan, berkawan dengan mereka yang positif dan jangan lupa untuk solat.
Dan ini pula antara ayat-ayat Al-Quran boleh diamalkan sebagai ketahanan diri melawan masalah kemurungan ini.
Jika diamalkan setiap hari, insya-Allah akan membuatkan jiwa kita kuat dan tenang dalam berdepan situasi getir ini.
Turut dikongsi juga adalah doa yang boleh diamalkan ketika bersedih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...