Kecantikan

Kuat Semangat & Tak Peduli Kata Orang, Gadis Ini Kongsi Rutin Penjagaan Wajah Setelah 8 Bulan Alami Breakout

Share

Bagi setiap wanita, kulit wajah adalah bahagian yang paling wajib diutamakan dan diberi penekanan dalam memastikan kekal sihat dan cantik. Jadi bagi mereka yang mengalami masalah kulit akan berusaha untuk mengubatinya sehingga pulih.

Walaupun mengambil masa, tetapi dek kerana sabar dan tidak mudah give up, akhirnya masalah kulit dapat diatasi. Seperti perkongsian wanita ini yang pernah mengalami masalah kulit wajah breakout

dan akhirnya pulih.

Berkongsi dalam satu thread di laman twitter menggunakan akaun nama @frhnlee, gadis ini memberitahu tip secara detail apa yang dilakukan sehingga kulit wajah yang breakout berjaya sembuh setelah 8 bulan menderita.

Setelah 8 bulan, kulit bebas jerawat dan kuncinya adalah hydration.

Hanya gunakan sunscreen sahaja.

Tip pertama syukur seadanya dan jangan stress keranakulit akan kembali normal nanti.

Keduanya kalau tangan kotor jangan sesekali pegang dan usik muka.

Tip ketiga, tak ada pantang makan apa-apa. Jangan ambil apa-apa suplemen kecuali preskripsi yang berdaftar bawah KKM.

Ini rutin penjagaan wajah yang diamalkan waktu pagi dan malam.

Ini produk yang disyorkan untuk pemakaian toner pagi dan malam.

Lepas toner, sapukan pula antibiotik. sapu di bahagian yang berjerawat saja.

Hanya boleh dibeli di farmasi.

Untuk step berikutnya adalah penggunaan moisturizer sama ada yang berbentuk gel atau krim. Lihat pada kerosakan kulit wajah yang dialami.

Jangan lupa untuk pakai sunscreen.

Paling penting sabar dan doa banyak-banyak. Percaya pada badan kita dan proses penyembuhan itu.

Kalau kulit cukup hydration, masalah jerawat akan berkurangan.

Masa ini, gatal pakai benda lain.

Masih ada lagi parut jerawat tetapi sudah semakin pudar. Dan akhir sekali kena kuat semangat dan jangan peduli orang lain kata. paling penting adanya sistem sokongan dari teman-teman atau ahli keluarga terdekat.

Published by
Siti Zurina