Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’ nyanyian Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini telah melebarkan sayapnya hingga ke persada antarabangsa.
Bukan sahaja cantik, bijak dan berbakat dalam bidang nyanyian, bekas graduan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu juga turut mempunyai kelebihan bertutur dalam tiga bahasa.
Selain boleh bertutur dalam bahasa Ibunda iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Antarabangsa, Bahasa Inggeris, Yuna juga fasih bertutur dalam bahasa ketiga iaitu Bahasa Sepanyol.
Perkara berkenaan ditonjolkan Yuna menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya yang berjaya menguasai bahasa asing dari negara Sepanyol itu dalam tempoh cuma satu bulan.
“One month progress! I need more practice!,” tulis Yuna pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Lebih memeranjatkan lagi apabila, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini berjaya menguasai bahasa berkenaan dalam jangka masa sebulan sahaja.
Ads
“Hi semua, selamat pagi. Hari ini, saya praktikkan bahasa Sepanyol yang saya pelajari selama sebulan.
“Hampir sebulan saya belajar bahasa ini, jadi kepada semua, yang ingin tanya soalan kepada saya silakan ya,” kata Yuna dalam bahasa Sepanyol menerusi video tersebut.
Pada hantaran sama, Yuna turut membuka peluang agar para peminat bertanyakan sebarang soalan dalam bahasa Sepanyol dan Yuna akan menjawabnya sebagai praktis untuk bertutur bahasa berkenaan dengan lebih baik.
Yuna dan suami yang telah lama menjadi anak rantau dan bermastautin Amerika Syarikat itu dilihat mampu bertutur dalam Sepanyol dengan baik dan lancar, meskipun hanya baru sahaja mempelajari bahasa tersebut.
Ads
Hijabista sempat meninjau ke ruang komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan bangga dengan kebolehan bertutur bahasa Sepanyol yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu.
Berikut merupakan beberapa komen positif yang ditinggalkan netizen pada hantaran Yuna.
“Omg, saya suka Yuna mempelajari bahasa Sepanyol ini, dan mampu bertutur dengan fasih walaupun hanya sebulan dia belajar bahasa ini,” ujar pemilik akaun Instagram @denissehrndz.
Menurut seorang lagi pemilik akaun @heriznaga, katanya, berharap sangat Yuna boleh datang ke Mexico, dan menunggu untuk lagunya dalam bahasa Sepanyol.
Ads
“Hello Yuna, fasih dan bagus pertuturan anda dalam bahasa Sepanyol ini. Saya merupakan seorang guru bahasa Sepanyol, sila rujuk saya kalau Yuna ingin terus berlatih bahasa ini. Harap akan ada lagu Yuna dalam bahasa Sepanyol,” ujar pemilik akaun @mispasos pula.
Malah, para peminat Yuna yang begitu teruja turut berharap agar akan ada lagu yang dinyanyikan Yuna dalam bahasa tersebut.
Pernah tak anda rasa gatal sangat dalam telinga yang boleh menggangu aktiviti harian anda. Rasa sakit itu seolah-olah gatal dan rasa macam nak tercabut telinga tu kan? Tetapi, apa punca terjadinya gatal, geli dan sakit di dalam telinga ini?
Rasa gatal di dalam telinga dengan kerap sangat membuatkan anda memaksa diri untuk memasukkan putik kapas, putik kapas sehingga rasa gatal tersebut hilang. Akan tetapi, rasa gatal itu tetap datang kembali dan membuatkan kerap memasukkan jari ke dalam telinga.
Tahukah anda, memasukkan apa-apa barang di dalam telinga boleh menyebabkan luka dan ianya tidak baik untuk kesihatan dalam telinga anda. Selain itu, dengan adanya luka yang sedia ada itulah yang membuatkan rasa gatal dan geli itu berlaku. Salah satu penyebab gatalnya di dalam telinga itu adalah kerana mungkin ada mempunyai tindakbalas alahan. Sama ada dari segi alahan terhadap makanan atau produk pembersih yang digunakan. Produk pembersih adalah seperti syampoo atau perapi rambut.
Dengan itu, anda perlu lebih teliti dan memastikan jenis makanan yang anda tidak boleh makan atau akan mendapat alahan yang menyebabkan kegatalan di anggota badan anda. Dalam konteks ini merupakan gatal di dalam telinga. Akan tetapi, ada juga yang menyebabkan oleh cuaca. Di mana cuaca sejuk akan membuatkan seseorang itu mata dan hidung berair selain gatal dibahagian dalam telinga.
Selain daripada alahan makanan, penggunaan putik kapas pula akan membuatkan telinga berasa sangat gatal. Ini kerana kotoran yang tersumbat berada di dalam telinga akibat tolakan dari putik kapas. Mungkin anda melihat kotoran pada putik kapas akan tetapi sebenrnya kotoran selebihnya itu sudah melekat dan berkumpul di dalam telinga.
Terdapat beberapa perkara yang dilarang untuk anda lakukan apabila berasa gatal didalam telinga. Antaranya adalah:
Memasukkan putik kapas ke dalam telinga
Memasukkan jari anda ke dalam telinga
Memasukkan sebarang cecair tanpa sebarang nasihat atau atas suruhan doktor
Menyapu ubat krim tanpa nasihat daripada doktor.
Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan pakar atau doktor supaya masalah dapat dikesan dan diatasi. Selain itu, pemeriksaan yang lebih teliti sangat penting supaya tiada luka atau iritasi yang berlaku. Ya, memang akan gatal tetapi jangan sesuka hati takut nanti lagi teruk.
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakt kita kini terutama golongan muda terdedah dengan penyakit kemurungan atau depresi. Terbaru dilaporkan dalam media sosial di mana seorang lelaki yang cuba bunuh diri di sebuah pusat beli belah. Penyakit ini jika diatasi segera boleh menyebabkan pengidapnya ambil keputusan untuk bunuh diri atau mencederakan anggota badan.
Malah stigma masyarakat yang sering melabelkan mereka ini sebagai ‘orang gila’ dan keadaan ini jadi lebih teruk jika tidak mendapat sokongan ahli masyarakat atau keluarga terdekat.
Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami masalah kemurungan hingga menyebabkan dia mahu membunuh dirinya sendiri. Berkongsi pengalaman itu di laman sosial Facebook Sinar, Nur Balqis Safia, 17 tahun tidak segan silu bercerita.
Menurut Nur Balqis dia mula sedar adanya simptom kemurungan ini ketika usianya mencecah 13 tahun. Tetapi pada tahun ini masalah itu menjadi lebih teruk kerana ada cubaan mahu membunuh diri.
Sering dibuli rakan sekolah
“Punca saya mengalami depresi ini adalah dari kawan-kawan dan diri sendiri yang tidak tahu macm mana nak atasinya. Saya akui sering dibuli dan rajin berpindah sekolah. Waktu itu saya rasa semua orang tak suka saya, mereka macam pulaukan saya. Dan dari situlah saya mula mengalami masalah ini.
“Dalam masa sama saya juga mengalami tekanan ketika belajar. Mahu dapatkan keputusan terbaik. Saya juga pernah bergaduh dengan rakan sekelas yang terdiri dari geng perempuan yang cakap macam-macam dekat saya di kelas. Malah ada kalanya saya rasa macam ada mata-mata memerhati setiap kali lalu di kelas, seolah saya ni macam teruk sangat,” ujarnya bercerita.
Menurut Nur Balqis pada mulanya dia tidak mahu menerima rawatan kerana takut akan ada orang cakap dirinya gila.
“Biasalah stigma masyarakat akan berpandangan begitu. Tapi keluarga cakap buat untuk keluarga dan diri sendiri. Oleh kerana nak sembuh, jadi saya setuju dapatkan rawatan. Ketika terima rawatan di wad itu juga nampak macam diri saya sendiri tengah pegang pisau sambil kelar leher dan kelar tangan.
“Tapi sebenrnya itu cuma bayangan saya dan memang selalu datang. Doktor juga naikkan dos ubat barulah saya dah kurang nampak benda-benda itu. Sebenrnya kalau kita hanya alami depression tak nampak benda itu, tapi kalau penyakit skizofrenia memang akan nampak bayangan begitu. Dan saya memang ada masalah itu, cuma tidak serius hanya pada tahap dua,” jelasnya yang hampir rasa putus asa sepanjang terima rawatan.
Guna batang paip bilik air
Ini kerana menurutnya dia tidak sanggup melihat emak setiap kali datang melawat di wad. Sebelum rawatan Nur Balqis pernah mahu membunuh diri dan selepas rawatan pun sama.
“Saya pernah ada cubaan mahu bunuh diri menggunakan paip di bilik air. Saya rasa saya ini menyusahkan sebab tak sembuh walaupun sudah dapatkan rawatan. Waktu itu terfikir baiklah mati sahaja daripada terus menerus begitu. Dalam keadaan ini, kena ada sesuatu yang alihkan perhatian contoh menonton wayang atau buat sesuatu yang menggembirakan.
“Penyakit ini memang tidak akan sembuh sepenuhnya tetapi dapat kurangkan sikit rasa nak mati dan rasa bersalah. Memang kita keluar bergembira dengan kawan-kawan tetapi bila balik kita akan kembali rasa sunyi. Rasa kosong itu tetap ada walaupun buat perkara menggembirakan. Cuma boleh alihkan pandangan untuk elak jadi lebih teruk,” tambah Nur Balqis yang terpanggil untuk berkongsi pengalamannya ini dengan orang ramai untuk membuka mata.
Jangan bagi keseorangan
“Biasalah orang selalu ingat individu yang nak bunuh diri ini tak ada iman, tak ingat Tuhan. Jadi nak jelaskan pada orang lain masalah ini adalah penyakit bukan sebab tak ada iman. Malah orang lain juga boleh terkena walaupun seperti golongan ustaz atau ustazah.
“Benda ini bukan main-main. Jika ada yang mempunyai masalah ini jangan bagi duduk keseorangan. Jadilah sebahagian kawan dan dengar luahan mereka. Selalu tanya keadaan mereka ini ok atau tidak, selalulah ajak tengok wayang atau buat perkara menggembirakan.
“Kadang-kadang merek ini tak mahu berkongsi rasa melalui telefon dan lebih senang jumpa face to face,” tambahnya yang mengingatkan jika ada sipmtom begini terus sahaja mendapatkan rawatan, terutama yang tidak pandai untuk kawal diri sendiri.
Xaviera Putri, hijabi yang kini sedang menuntut di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) meraih tumpuan ramai apabila muncul sebagai peserta dalam siri web dengan format game show ‘Clash of Champions’ yang dianjurkan oleh Ruangguru.
Siri popular ini berjaya meraih jutaan tontonan selepas disiarkan di saluran YouTube. Dua episod disiarkan pada 29 dan 30 Jun 2024.
Untuk info, Clash of Champions adalah game show yang mempertemukan mahasiswa pintar dari belasan universiti ternama di Indonesia.
Para peserta bergabung kerana memiliki kecerdasan dan kepintaran yang telah terbukti daripada prestasi di sekolah.
Bukan sahaja kepintarannya, Xaviera turut meraih tumpuan kerana memiliki wajah yang cantik.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...