Kecantikan

Kuasa Minyak Argan Untuk Kesihatan Rambut, Gadis Hijabi Patut Amalkan Di Rumah

Share

Seharian berhijab, sudah masanya untuk memanfaatkan kuasa minyak argan yang baik untuk kesihatan rambut, khususnya di kalangan gadis hijabi di rumah.

Rambut sering menjadi penanda aras kesihatan tubuh seseorang. Jika dilanda stres, rambut mudah putus, jika kurang protein dalam badan, rambut mudah gugur dan jika sedang mengalami ketidakstabilan hormon, boleh mengganggu pertumbuhan rambut baru.

Atasi masalah rambut dengan menggunakan sumber semula jadi. Minyak Argan adalah solusi tepat untuk penjagaan rambut dengan sempurna.

Minyak Argan tercetus daripada pokok Maroko yang kaya akan vitamin, mineral, dan berbagai-bagai nutrisi. Minyak Argan terhasil daripada biji atau buah Argan. Kacang Argan ini dikumpul dan kemudian dihancurkan untuk mengekstrak minyaknya.

Minyak semula jadi ini bebas bahan kimia dan telah digunakan sebagai suplemen makanan, pelembap dan terutama sebagai suplemen rambut kerana kesan yang efektif.

Pokok Maroko

Minyak Argan memang terkenal merawat rambut dengan berkesan kerana kaya dengan vitamin A dan E. Vitamin E yang menghasilkan trocopherol dan antioksidan dalam minyak Argan ini merangsang penghasilan sel yang diperlukan oleh folikel rambut. Bukan itu sahaja malah memelihara akar rambut dan merangsang pertumbuhan sel rambut yang baru.

Aplikasi minyak ini pada kulit kepala boleh memelihara keratin rambut kerana minyak dapat menembusi ke folikel rambut bagi meningkatkan pertumbuhan rambut baru, memelihara tekstur rambut dan menambahkan sinar pada rambut.

 

AMALAN DI RUMAH

Menitiskan minyak Argan secara teratur pada rambut boleh membantu mengelakkan rambut daripada menghadapi masalah keguguran, kerinting, berbelah di hujung, kelemumur dan kering. Minyak Argan tidak mempunyai kesan sampingan kerana bekerja sebagai suplemen yang memberikan nutrisi lengkap kepada rambut.

Kini sudah masanya untuk memanfaatkan kuasa minyak Argan yang baik untuk kesihatan rambut, khususnya di kalangan gadis hijabi di rumah.

Cara merawat rambut di rumah dengan minyak Argan

 

(a) Syampu Minyak Argan

Syampu biasa yang dipakai tidak dapat membantu mengatasi masalah seperti rambut gugur, putus dan terbelah di hujung. Sudah tiba masanya mencuba syampu yang diperkaya dengan minyak Argan. Syampu ini boleh digunakan oleh semua jenis rambut.

Apabila menggunakan syampu yang mengandungi minyak Argan, anda tidak perlu risau tentang jumlah minyak yang melekat di kulit kepala kerana jumlahnya begitu sempurna untuk kesihatan rambut.

(b) Perlindungan Rambut

Kuasa minyak Argan begitu besar buat rambut. Minyak Argan juga boleh melindungi rambut daripada sinar UV yang berbahaya agar rambut berkilau dan menambah lapisan perlindungan rambut.

Sapukan pada rambut sebelum menggunakan produk styling seperti pengering rambut dan alat pengeriting rambut agar dapat menahan panas untuk masuk ke dalam akar rambut dan mencegah gangguan kerosakan.

(c) Menggalakkan Pertumbuhan Rambut

Minyak Argan bukan sahaja membantu mengatasi rambut gugur malah boleh merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga kaya dengan antioksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia memudahkan proses keradangan dengan melembapkan kulit kepala.

(d) Menguatkan Rambut

Minyak Argan kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9. Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.

(e) Melembutkan Tekstur Rambut

Minyak Argan berupaya mencegah dan menyihatkan rambut dan sudah tentu rambut akan memiliki tekstur yang kuat dan cantik. Kandungan asid lemak dan omega 6, yang terdapat dalam minyak Argan berkuasa melembapkan rambut. Kandungan yang terdapat pada minyak Argan juga akan menjangkau bahagian keratin pada rambut sehingga membuat warna rambut lebih indah.

 

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/sherry-ibrahim-didiyana-ehsan-kongsi-tip-penampilan-menarik-elak-rambut-berbau-di-sebalik-hijab/

Published by
Lin