Kos Tak Sampai RM10, Ini Cara Untuk Bersihkan Sofa Agar Jadi Seperti Baharu. Memang Jimat!

Share

Jika anda hantar sofa untuk dicuci di kedai pastinya ia akan memakan kos yang tak kurang tinggi juga nilainya.

Namun, jika anda mahu berjimat ini adalah cara yang boleh anda lakukan bagi menjadikan sofa anda bersih seperti baru dengan modal tak sampai RM 10! Ikuti cara mudah yang dikongsikan Bam Aini

di bawah ini.
Haritu survey tukang cuci sofa.. Dia bagi harga RM120 servis cuci sofa datang rumah.. Hampir-hampir nak guna tukang cuci..
Adik beli 1 tin sbb nak try cuci seat kereta.. Saya pinjam.. Buat sikit kat sofa tgk2 menjadi..pi Eco beli sendiri.. 1 sofa guna 2 tin setengah je.. Modal baru RM6.30
Berapa ratus hengget jimat dah
Beli dekat shopee, RM2.90 je satu tin
Tak payah sental sgt pun kalau guna berus baju jenis mcm tu.. Berus dia lembut.. Spray bahagian mana nak dicuci, biar foam tu nyerap sekejap, dah boleh memberus.. Siap berus, lap2 manja guna kain.. Tunggu je sofa kering sendiri
Sebelum spray, goncang dulu.. Masa spray, tutup hidung.. Macam menyegat jugak bau dia ni. Saya sampai skrg ulang alik ulang alik belek sofa mcm tak percaya dah jadi mcm sofa baru

Wow, betul-betul menjadilah! Okay kena beli sekarang ni sebelum sold out!

kredit: Bam Aini

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.

Published by
QIST