Semua orang mahukan keadaan rumah yang sentiasa bersih, selesa dan wangi. Tetapi ramai juga yang tidak mampu untuk membeli haruman rumah yang kadang-kala dijual dengan harga yang mahal.
Bukan itu sahaja, malah produk yang dijual di pasaran mengandungi bahan kimia yang tinggi yang mungkin akan menyebabkan hidung anda tidak selesa, terutamanya kepada mereka yang mempunyai alahan!
Usah risau, anda masih boleh menjadikan rumah anda wangi dengan mengunakan bahan semula jadi ini. Tidak perlu mengeluarkan kos yang mahal, rumah anda sudah harum seperti di hotel mewah! Cubalah!
1. Lemon dan Rosemary
Hasil gabungan dua bahan ini mampu menjadikan rumah anda harum seperti di hotel mewah! Hanya dua bahan ini, anda boleh menghasilkan penyegar rumah sendiri. Caranya tidak sampai 5 minit pun! Anda hanya perlu sediakan mangkuk yang diisi air, potong dua biji lemon, daun rosemary dan beberapa titik ekstrak vanila.
Campurkan semuanya dan letakkan di ruangan terbuka seperti ruang tamu atau bilik.
2. Minyak Pati
Cara ini juga mudah untuk dilakukan! Dalam mangkuk yang diisi air, bubuh serbuk penaik dan beberapa titis minyak pati kegemaran anda. Aromanya yang lembut akan membuatkan kita rasa lebih tenang.
3. Daun Pandan
Tipulah kalau anda tidak tahu apa itu daun pandan! Daun pandan amat mudah untuk dicari dan silap-silap ia banyak tumbuh menjalar di belakang rumah. Apa kata ambil dan cipta haruman ala spa di rumah.
Hiris halus beberapa helai daun pandan dan tambahkan bunga melati atau apa jenis bunga yang mempunyai bau yang harum. Siap!
4. Kulit Limau
Lepas makan limau, kulitnya jangan dibuang kerana kita boleh memanfaatkannya sebagai pewangi rumah. Caranya, rebus kulit limau dan beberapa batang kayu manis.
Selepas ia mendidih, biarkan ia sejuk. Aromanya yang segar akan tersebar ke seluruh rumah. Tidak hanya kulit limau, anda boleh gunakan kulit epal dengan campuran bunga cengkih dan lemon.
5. Pewangi Karpet
Karpet sering menjadi tempat berkumpulnya debu dan menimbulkan bau tidak sedap dalam rumah. Atasi dengan mencampurkan serbuk borax, baking soda dan minyak pati bersama air.
Semburkan pada karpet anda dan tunggu selama 15 ke 20 minit sebelum ia divakum sehingga bersih. Hasilnya, memang wangi!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe