Kecantikan

Hijabi Ini Serik Pakai Contact Lens, Kornea Mata Luka Akibat Beli Di Kedai Biasa

Share

Ramai wanita kini memilih untuk memakai kanta lekap berbanding cermin mata kerana ia mudah dan tampak lebih cantik. Buat hijabi, tentunya tudung akan lebih mudah untuk dibentuk jika tidak memakai cermin mata.

Tetapi, memakai kanta lekap ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sekiranya ia tidak dijaga dengan baik, mata anda akan mudah terkena jangkitan. Sekiranya anda tetap mahu menggunakan kanta lekap, sebaiknya beli di kedai-kedai optik kerana ia lebih meyakinkan. Elakkan daripada membeli secara online atau membeli kanta lekap tanpa kelulusan.

Inilah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Nik Nur Adibah Athirah yang mengalami luka besar pada kornea matanya akibat membeli kanta lekap di kedai biasa. Menurut perkongsiannya di Facebook, dia hanya memakai kanta lekap tersebut dalam dua hingga tiga jam tetapi tiba-tiba rasa sakit dan mata menjadi kabur selepas dia membuang kanta lekap tersebut.

Pada awalnya, dia ingatkan ia hanya perkara biasa dan akan sembuh selepas tidur. Tetapi tidak dan bertambah teruk hingga mata jadi berair. Dia kemudian pergi ke hospital dan doktor mengesahkan kedua-dua belah matanya mempunyai kesan luka.

Ikuti perkongsiannya dan diharapkan ia menjadi iktibar kepada hijabi di luar sana.

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah

Sebelum ni baca kisah orang , kali ni terkena kat diri sendiri. Awal 2018 yg agak menyedihkan.

29/12/17

Pakai lens, dalam 2 – 3 jam lepas tu tiba-tiba rasa sakit, tapi tak dapat nak buang lagi sebab ada kat luar. Sampai rumah lebih kurang pukul 8, buang lens tu dan mata dah jadi kabur. Mula-mula tu ingat biasa, mungkin lepas tidur nanti jadi okey balik.

30/12/2017

Nak pergi kerja mata mata kabur lagi, pakai cermin mata pun kabur lagi. Lebih kurang tengahari, mata sebelah kanan, rasa tak selesa dan sakit, macam ada benda asing masuk dalam mata. Check tengok dan basuh dgn air. Tapi takde apa-apa.

Mata sakit lagi dan jadi berair. Mata sebelah kanan tak dapat nak bukak macam biasa, boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Petang tu call ma, datang amik kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendiri, mata kabur + sakit tak dapat nak bukak.

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah

Malam tu, mata jadi lagi sakit kena banyak tutup mata. Azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa-apa . Mata tak boleh kena cahaya atau benda yang silau macam skrin handphone & TV. Titis eyemo pun tak jadi

31/12/2017

Pergi klinik , masukkan ubat dalam mata dan nampak ada kesan garisan tercalar. Pastu buat vision test. Banyak huruf yang tak nampak, penglihatan dah kabur. Masa ni memang tak boleh kena cahaya langsung, jalan sambil tutup mata dan pimpin tangan ma. Tak dapat nak tengok apa-apa. Boleh buka mata kejap-kejap jadi sakit dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala.

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah

Doktor di klinik buat surat dan suruh refer ke bahagian kecemasan di hospital. Pergi ke bahagian kecemasan, Doktor check dan nak pergi ke bahagian pakar tapi masa tu dah lewat Doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer saya ke Doktor di wad Oftamotologi.

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah

Doktor kat situ check dan titiskan ubat. Nampak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tapi yang bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim untuk letak kat dalam mata. Dan esok kena datang lagi jumpa doktor mata.

1/1/2018

Mata sebelah kiri pun rasa sakit jugak . Dua-dua mata tak dapat nak bukak lagi. Mata pedih, kabur, berair dan tak boleh kena cahaya lagi. Kat rumah semua lampu dalam rumah saya tutup. Pergi hospital, jalan pun tutup mata lagi. Nasib ada ma tolong pimpin. *terima kasih ma*

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah

Doktor check mata, luka sebelah kanan dah makin kecil tapi tak pulih sepenuhnya lagi. Doktor pesan lepas titis buat kena tutup dulu mata. Tak boleh banyak pergerakan mata sebab tisu-tisu akan tumbuh yang baru. Masa makan pun makan sambil pejam mata. Masa jalan pernah sampai terlanggar pintu.

2/1/2018

Mata masih lagi kabur dah boleh buka sikit-sikit. Sakit dah kurang sikit tapi mata tak boleh kena cahaya lagi.

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah

3/1/2018

Mata dah makin ok , dah boleh kena cahaya tapi masih kabur sikit.

4/1/2018

Ada appointment jumpa doktor. Untuk check mata dan bahagian saraf. Alhamdulillah semua ok. Cuma mata masih merah, doktor cakap nanti kesan merah akan hilang.

Foto: FB Nik Nur Adibah Athirah
  • Doktor pesan kalau boleh jangan pakai contact lens, sebab cara jaganya susah & mata mudah terkena jangkitan kalau silap pakai.
  • Jangan pakai contact lens yang sembarangan tanpa kelulusan. Kalau nak pakai jugak beli di kedai optimetrist dan dengan penjagaan yang betul tapi sebaiknya pakai cermin mata berbanding contact lens.
  • Dah ramai yang kena mcm ni. Boleh mengakibatkan terkena ulser mata dan berkudis dalam mata .
  • Sebelum ni saya dah pernah pakai contact lens, tapi tak selalu pakai. Pernah pakai yg beli di optimetrist dan di kedai-kedai biasa . Dan kali ni tak bernasib baik, beli di contact lens di kedai biasa dan terkena macam ni.
  • Kalau nak pakai contact lens untuk saja-saja, lebih baik jangan kalau rasa sayangkan mata. Sakit bila hilang nikmat penglihatan.
  • Pesanan utk diri sendiri dan orang lain.

Walaupun pengalaman hijabi ini telah lama berlalu, hijabista mahu semua hijabi diluar ambil iktibar supaya tidak membeli contact lens di kedai yang sebarangan patah lagi di atas talian. Semak kesahihan jenama di pasaran dan rujuk pada pakar apabila terjadi perubahan ketara pada mata anda.

Sumber: Facebook Nik Nur Adibah Athirah

Published by
SH