Kopi Latte, bagi pencinta kopi memang tentu jadi kesukaan setiap kali memesan kopi di kedai ‘kopi mahal.’ Asyiknya menghirup kopi dengan haruman yang menyegarkan. Hilang segala penat seharian bekerja.
Hari-hari minum ‘kopi mahal’ boleh ‘kopak’ juga dibuatnya. Apa kata sekali sekala cuba buat sendiri Kopi Latte di rumah.
Jom kita cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung seperti yag dikongsikan oleh Madihah Hamid ini.
RESIPI KOPI LATTE ALA KAMPUNG
1. Masak kopi sehingga berbuih (menggelegak).
2. Biarkan dalam seminit (dalam keadaan menggelegak).
3. Tutup api, tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi. Masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api.
4. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti sejuk.
5. Lagi lama dalam peti sejuk lagi sedap. Bila hendak minum, hanya panaskan sebentar.
Sumber kredit: Madihah Hamid
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sabarlah.. Biar I Betulkan,” Gelagat Fattah Layan Kerenah Fazura Enggan Pipi Tembam, Bikin Netizen ‘Cemburu’
Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.
Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.
Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.
Fazura Tak Nak Pipi Nampak Tembam! Fattah Sabar Betulkan Tudung Isteri!
@fazuraofficial Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih.. anyway, loveee you @Fattah Amin ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.
“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.
Artikel berkaitan: Sedia Buka ‘Kilang Anak’ Ini Hasrat Yang Mahu Dicapai Fazura Tahun Ini! – “Kalau Boleh Saya Nak..”
Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.
“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.
Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.
“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”
“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Tik Tok @FazuraOfficial
Artikel berkaitan: “Cantik Rupa, Cantik Akhlak…” Peminat Terharu Lihat Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hendap Berulang kali Walaupun Secara ‘Maya’ Juga Dianggap Sebagai Satu Jenayah – Pindaan Akta 574
Dahulu kita sering dengar mengenai kes yang berkait tentang seseorang individu yang menjadi mangsa kepada gejala menghendap secara fizikal. Tambahan pula zaman moden kini, kes menghendap atau stalk berlaku secara maya.
Ramai juga mangsa stalker secara maya ini mengalami masalah untuk sosial secara terbuka di sosial media dan ada juga yang terpaksa berpindah atas sebab keselamatan.
Rasa seolah-olah di perhatikan dari jauh
Gejala menghendap atau stalking ini merupakan satu perbuatan yang melibatkan satu individu atau berkumpulan yang mempunyai niat untuk memerhatikan seseorang. Tujuan stalker atau penghendap ini lakukan perkara ini bergantung kepada niat mereka samada telah obses kepada seseorang atau ingin mengancam seseorang itu.
Artikel berkaitan: Takut Ada Yang Menghendap, Ini Tip Yang Wajib Kaum Wanita Lakukan Sebelum Check In Hotel
Tambahan lagi, media sosial menjadi ruang untuk seseorang individu berkongsi kehidupan seharian mereka kerana aktiviti ini telah menjadi norma baharu buat zaman sekarang. Walaupun sebenarnya sosial media ini menjadi satu rujukan buat seseorang individu untuk mencari matlumat tak kira gaya fesyen, senaman, ataupun hiburan, ianya semua bergantung terhadap niat pengguna media sosial tersebut.
Jenayah jika stalk berulang-kali di alam maya
Dahulu, mangsa yang di hendap secara maya tidak dapat untuk membuat apa-apa aduan berkenaan kegiatan ini kerana ianya di anggap tidak mengancam mereka. Isu ini menjadi perdebatan kerana ia sukar untuk di ambil tindakan undang-undang terhadap perlaku tersebut.
Mengikut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perlaku membuat kegiatan menghendap secara atas talian dan tidak mengakibatkan ancaman atau kecederaan kepada mangsa, undang-undang tetap di laksanakan oleh kerana gangguan mental dan emosi yang di alami oleh mangsa.
Kelakuan ini menjadi satu tindakan jenayah jika ia di lakukan berulang kali di mana perlaku akan di sabitkan bawah Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala menurut temubual bersama Bernama, Datuk Mas Ermieyati juga memberi penjelasan bagaimana undang-undang ini di laksanakan.
“Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.”
“Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.”
“Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi,” katanya dalam temubual itu.
Oleh kerana itu, Datuk Mas Ermieyati menekankan bahawa pentingnya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya tunggu mangsa di cederakan pada kemudian hari.
“…kalau tidak ada satu undang-undang yang benar melindungi mangsa, saya khuatir akan (berlaku) lebih banyak (kes menghendap) sehingga mendatangkan kecederaan (pada masa akan datang),” katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati sangat optimis dengan rang undang-undang yang di jangka akan di bacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober depan itu, akan di luluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.
Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 untuk memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah sudah di bentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Selepas ini, sis semua tidak perlu risau jika ada individu yang cuba untuk menghendap sis melalui alam maya. Lindungi diri sis dan jangan takut untuk berkongsi masalah yang di hadapi.
Sumber: Bernama
Artikel berkaitan: Ciri Telegram Terbaik Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Kawal Privasi Dan Keselamatan. Jom Manfaatkan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Helah Tingkatkan Metabolisme Dan Membakar Lemak Untuk Turunkan Berat Dalam Satu Bulan
Apabila kita semakin berusia metabolisme semakin perlahan, umur, jantina, berat badan, semuanya mempengaruhi kadar metabolisme dan semakin cepat, semakin banyak kalori yang diambil oleh badan kita. Wanita mempunyai kadar metabolisme basal yang lebih rendah daripada lelaki yang kelihatan seperti kelemahan.
Jangan risau, walaupun tidak semua metabolisme adalah sama dan diet yang tinggi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan serat sesuai untuk merangsangnya, terdapat juga remedi rumah untuk mempercepatkan metabolisme dan membakar lemak dalam masa sebulan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Berikut adalah 7 helah semula jadi untuk meningkatkan metabolisme anda dan membakar kalori dengan cepat.
1. Minum jus aloe vera
Cuba minum segelas jus aloe vera pada waktu pagi. Ini bukan sahaja akan membantu anda pergi ke bilik mandi dengan mudah, tetapi juga akan memecahkan sebarang angin dalam badan anda yang mungkin menyumbang kepada keletihan dan kemurungan.
2. Sertakan teh hijau dalam diet anda
Teh jenis ini merangsang sistem saraf pusat, otot dan pernafasan juga mempunyai kesan diuretik dan bronkodilator. The juga meningkatkan rembesan jus gastrik, meningkatkan penghadaman berat serta menurunkan tahap kolesterol sepert antioksidan dan sebagai tambahan, katekinnya mempercepatkan pembakaran lemak. Lima cawan teh hijau sehari boleh menghasilkan perbelanjaan kalori kira-kira 90 kalori sehari.
3. Minum cuka epal
Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum cuka sari apel setiap hari selama 12 minggu, bejaya menurunkan berat badan. Selain kaya dengan vitamin dan mineral penting, cuka dipercayai dapat meningkatkan rasa kenyang selepas makan.
4. Minum air lemon
Membantu membersihkan sistem limfa dan sistem limfa bersih dan sihat adalah asas untuk metabolisme yang sihat. Untuk meningkatkan kesan pada metabolisme anda, tambahkan lada cayenne dan akar halia organik segar yang dicincang halus ke dalam air lemon panas.
5. Makan protein pada setiap hidangan
Makan protein pada setiap hidangan bukan sahaja membantu anda berasa kenyang, tetapi juga meningkatkan thermogenesis (proses di mana badan anda membakar kalori untuk menghasilkan haba).
6. Lakukan senaman
Lebih banyak tenaga yang kita keluarkan dan lebih cepat metabolisme berjalan. Adalah penting untuk melakukan kedua-dua senaman aerobik (daya tahan) dan anaerobik (kekuatan), kerana setiap daripadanya mempengaruhi laluan tertentu. Di samping itu, adalah disyorkan bahawa senaman intensiti sederhana hingga tinggi dan diamalkan sekurang-kurangnya satu jam.
7. Minum air sejuk
Sama seperti persekitaran yang sejuk membantu meningkatkan metabolisme, begitu juga dengan meminum air sejuk. Dan adakah badan dikekalkan pada suhu purata kira-kira 37 ° C dan jika anda memasukkan cecair sejuk di dalamnya, metabolisme bergegas untuk menghabiskan tenaga (kalori) untuk memanaskannya dan menyamakan suhunya dengan suhu badan. Menurut beberapa kajian, meminum satu setengah liter air sejuk sehari menghasilkan purata penghapusan sebanyak 90 kcal.
Apakah metabolisme?
Ia dipanggil metabolisme basal, penghasilan tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi badan yang normal. Pembinaan tenaga ini mewakili kira-kira 70% daripada jumlah tenaga, ia dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina, komposisi badan, umur, keadaan fisiologi atau berat badan.
Metabolisme cepat: Jika apabila anda membuat perubahan kecil dalam diet atau tabiat anda anda menurunkan berat badan (atau bertambah) dengan cepat, maka anda dikatakan mempunyai metabolisme yang cepat.
Metabolisme lambat: Sebaliknya, jika walaupun berjalan selama sejam setiap hari dan mengikuti diet yang ketat tidak ada cara untuk menurunkan berat badan, metabolisme anda mungkin perlahan.
Metabolisme wanita lebih perlahan: Secara amnya, wanita mempunyai lebih banyak tisu lemak dan kurang tisu otot berbanding lelaki, jadi metabolisme mereka lebih perlahan.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI