Bagi penggemar kopi, minum secawan kopi setiap hari umpama ‘kick-start’ yang paling berkesan untuk memulakan hari. Tidak dapat dinafikan bahawa kopi banyak manfaatnya kepada tubuh dan salah satunya untuk kecantikan.
Kopi kaya dengan antioksidan yang bersifat melawan radikal bebas yang meruoakkan kulit. Selain menjadikan wajah glowing, bahan alami yang ada di dapur ini memiliki banyak manfaat untuk kecantikan kulit lain.
Penggunaan serbuk kopi sangat berkesan sebagai masker kecantikan atau skrub. Sesetengah individu mengambil kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk. Tidak kiralah apa pun sebabnya anda mengambil kopi, kopi sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kulit.
Nak tahu apa manfaatnya kopi? Jom semak manfaat kopi kepada kulit wajah.
MERAWAT KULIT YANG TERBAKAR
Apabila terdedah dengan sinaran matahari tentunya akan membuatkan kulit ‘terbakar’ dan iritasi. Kopi boleh digunakan untuk merawat kulit wajah yang terkena selaran matahari.
Jadikan kopi sebagai masker karena antioksidan dalam kopi dapat menenangkan kulit wajah.
SEBAGAI ANTIOKSIDAN
Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh membuatkan kulit cepat tua dan menimbulkan berbagai permasalahan kulit wajah. Sebenarnya, tubuh kita menghasilkan antioksidan sendiri, namun apabila usia semakin bertambah, penghasilan antioksidan akan berkurangan. Penggunaan masker kopi dapat membantu kulit untuk mendapatkan antioksidan tambahan.
MENGHILANGKAN BAU KAKI
Jika anda mengalami masalah bau kaki, masker kopi mampu mengatasinya secara efektif. Walau bagaimanpun meski kopi kopi adalah bahan alami yang selamat untuk perawatan, tidak semua orang sesuai untuk menjadikannya sebagai rejim perawatan kecantikan. Hasilnya juga mungkin berbeza-beza bagi setiap orang begitu juga tempoh masa yang perlu diambil untuk melihat keberkesanannya.
MENGURANGKAN JERAWAT
Jika anda terus-terusan mengalami masalah jerawat, mungkin bahan dapur ini sesuai untuk anda untuk dicuba. Kandungan chlorogenic acid di dalam kopi bersifat anti-bakteria dan anti-peradangan sehingga kulit tidak lagi menjadi tempat berkembangnya bakteria penyebab jerawat. Campurkan kopi dengan air dan gosokkan perlahan-lahan. Selain itu anda juga boleh mencampurkan kopi dengan madu untuk menghilangkan bekas jerawat.
MENGANGKAT SEL-SEL KULIT MATI
Sel kulit mati dan kotoran merupakan salah satu penyebab kulit menjadi kusam. Untuk membersihkan sel kulit mati, lakukan deep cleaning dengan skrub wajah. Jadikan serbuk kopi sebagai bahan utama untuk perawatan ini. Ia mampu mengangkat sel kulit mati dan melancarkan aliran darah yang tentunya juga boleh membuatkan wajah menjadi cerah. Anda juga boleh mencampurkan kopi dengan susu segar. Campurkan hingga sedikit mengental dan aplikasikan pada wajah. Gosok perlahan-perlahan hingga wajah bersih secara merata.
MENYAMARKAN MATA PANDA
Lingkaran bawah mata yang gelap atau mata panda boleh mengganggu penampilan diri. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan masker kopi untuk menyamarkan lingkaran gelap bawah mata. Kandungan kafein pada kopi dipercayai dapat membantu memperlebarkan peredaran darah di bahagian bawah mata. Campurkan kopi dengan minyak zaitun hingga berbentuk pasta. Aplikasikan masker kopi selama 10 minit, lalu bersihkan. Gunakan masker kopi secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimum..
MENGURANGKAN ALAHAN
Anda boleh menggunakan masker kopi untuk meredakan alahan pada kulit. Kandungan polifenol dan asid hidroksamik dalam kopi dapat membantu mengurangkan alahan tersebut.
Selain itu, kandungan kafein dalam kopi juga membantu mengatasi pembengkakan akibat alahan.
AWET MUDA
Kopi memiliki antioksidan yang dapat bekerja sebagai anti aging. Antioksidan yang dimiliki kopi adalah polifenol. Polifenol dapat menangkal radikal bebas yang dapat merosakkan kulit.
Selain itu, kandungan polifenol juga dapat memperbaiki DNA yang rosak akibat sinar UV yang merupakan salah satu penyebab penuaan sebelum waktunya.
Masker kopi dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan lain seperti kedutan pada kulit wajah. Jadi, gunakan masker kopi secara rutin untuk mendapatkan kulit wajah yang awet muda!
MENGURANGKAN SELULIT
Kehadiran selulit boleh mengganggu penampilan. Kopi dipercayai dapat mengurangkan selulit pada kulit. Kandungan kafein dapat memperlancarkan peredaran darah di bawah kulit sehingga dapat menyamarkan selulit.
Campurkan air dengan kopi hingga menjadi pasta dan aplikasikan ke bahagian selulit. Gosok perlahan ke seluruh bahagian yang kamu inginkan. Gunakan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
KAYA VITAMIN B3
Kopi mengandungi vitamin B3 atau niacin. Kajian mengatakan bahawa kandungan ini berperanan mencegah terjadinya kanser kulit.
Bagi penggemar kopi, ini merupakan berita baik untuk anda. Bukan sahaja anda minum kopi untuk menikmati kesegaran tetapi pada masa yang sama ia turut menjadi rejim kecantikan yang paling efektif untuk merawat kulit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI