Kopek Kulit ‘Terkeluar’ Di Tepi Kuku Boleh Nanah Jadinya! Ini Cara ‘Buang’ Yang Betul

Share

Penjagaan serta rawatan kuku menjadi keutamaan buat ramai orang. Bahkan ada yang sanggup menghabiskan beratus-ratus hanya untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik semata-mata untuk memuaskan hati melihat tanganyang sempurna.

Walaupun begitu, penjagaan kuku bukan sahaja tertumpu kepada warna atau berkilatnya kuku tersebut, malah, panjang kuku juga di ambil kira. Setiap minggu kita pasti akan potong kuku untuk memastikan ia pendek. Sambil asyik memotong kuku, anda pasti perasan terdapat serpihan ‘kulit’ di sekitar kuku ‘terkeluar’, sudah pasti anda potong bukan?

Tak boleh potong ‘kulit’ sekitar kuku walaupun menjengkelkan

Sumber gambar dari Canva.

Sudah pasti anda akan rasa menjengkelkan apabila melihat ‘kulit’ yang terkeluar di sekitar tepi kuku. Bila di tarik dan cabut sakit pulak. Jadi persoalannya di sini adalah bolehkah ia di potong dan apakah pula cara untuk menjaga ‘kulit’ di sekitar itu tanpa jadi luka dan berdarah?

‘Kulit’ di sekitar tepi kuku itu di panggil sebagai Cuticle ataupun Kutikula. Lapisan kulit ini ada pada pangkal hujung kuku dan ia biasanya akan di potong jika anda pergi membuat sesi manicure dan pedicure. Namun, memotong kutikula ini hanya mendedahkan anda pada jangkitan kuman dan kulat. Salah satu penyakit yang boleh di jangkiti adalah paronychia (kuku menjadi sakit dan bengkak).

@shopnailart & youre risking more infection 🥴 #cuticlecare #cuticleprep #cuticle #BestSeatInTheHouse #katespadenyhappydance #nailsupply #twinkledt ♬ good 4 u – Olivia Rodrigo

Paronychia ini di serang oleh bakteria Staphylococcus aureus dan jika ia kronik boleh di sebabkan oleh jangkitan kulit. Terdapat beberapa gejala utama paronychia, iaitu:-

  • Bengkak dan menjadi radang di sekitar keliling kuku
  • Muncul benjolan berisi nanah di sekeliling kuku
  • Perubahan bentuk, warna, dan tekstur kuku
  • Kuku mudah tercabut

Kutikula berfungsi untuk melindungi kuku yang akan tumbuh dari jangkitan kuman. Walaupun begitu, kutikula merupakan lapisan kulit yang agak halus, jadi ia mudah terdedah kepada kerosakan dan jangkitan kuman. Bagi mengekalkan kutikula yang sihat, sememangnya anda di nasihati untuk tidak memotong atau mengoyakkan kutikula secara sengaja ataupun tidak.

Artikel berkaitan: Hati-Hati Memotong Kuku Terlampau Pendek Takut Kena Infeksi Bakteria!

Bagaimana nak kekalkan Kutikula sihat dan cantik?

Sumber gambar dari Canva.

Anda kena faham bahawa penjagaan kutikula bukan sahaja untuk cantik, malah, untuk menjaga kesihatan kuku daripada terjangkiti masalah yang tidak di ingini. Jadi di Alodokter, terdapat beberapa cara yang di sarankan untuk merawat kutikula, antaranya:-

  • Gunakan penanggal pengilat kuku yang tidak mengandungi aseton
    supaya ia tidak kering
  • Gunakan pengikir kuku untuk menghaluskan tepi kuku yang kasar
  • Sapukan pengeras kuku (nail strengthen) untuk menguatkan kuku
  • Sapukan pelembap seperti krim atau jel petroleum untuk berikan kelembapan pada kutikula
  • Jangan menggigit kuku

Jadi bila anda ke salon untuk membuat rawatan manicure atau pedicure, anda boleh sahaja memberitahu mereka untuk tidak memotong kutikula dan hanya menyuruh mereka untuk melembutkan lapisan itu sahaja. Namun, jika anda ingin juga untuk memotong kutikula, ada beberapa tip yang boleh di lakukan agar kuku tidak rosak dan terhindar dari jangkitan, iaitu:-

  • Rendamkan kuku dalam air suam
  • Sapukan pelembap apabila kutikula kelihatan kering
  • Tolak kutikula secara perlahan menggunakan penolak kutikula di sepanjang dasar kuku
  • Potong lebihan kulit dan nodul kuku
  • Pastikan tidak memotong seluruh kutikula
@karanailedit I like to trim these for looks but also so I don’t pick at the dead skin and cause more harm 😉 #cuticles #nails #nailhealth ♬ original sound – karanailedit

Pastikan salun yang anda pergi mempunyai lesen yang sah supaya anda tidak tertipu. Jika barangkali anda terkena jangkitan paronychia, ia akan mengambil masa selama beberapa minggu sehingga bulan untuk sembuh. Amalkan untuk merendam kuku ke dalam air suam satu kali sehari. Jika keadaan jadi semakin buruk, anda boleh dapatkan rawatan pada doktor dan anda akan di beri antibiotik atau ubat antikulat atas saranan doktor.

Artikel berkaitan: Dapatkan Kulit Bersinar, Rambut Lebih Cantik Dan Kuku Yang Sihat Dengan Minyak Castor.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee