Penjagaan serta rawatan kuku menjadi keutamaan buat ramai orang. Bahkan ada yang sanggup menghabiskan beratus-ratus hanya untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik semata-mata untuk memuaskan hati melihat tanganyang sempurna.
Walaupun begitu, penjagaan kuku bukan sahaja tertumpu kepada warna atau berkilatnya kuku tersebut, malah, panjang kuku juga di ambil kira. Setiap minggu kita pasti akan potong kuku untuk memastikan ia pendek. Sambil asyik memotong kuku, anda pasti perasan terdapat serpihan ‘kulit’ di sekitar kuku ‘terkeluar’, sudah pasti anda potong bukan?
Tak boleh potong ‘kulit’ sekitar kuku walaupun menjengkelkan
Sumber gambar dari Canva.
Sudah pasti anda akan rasa menjengkelkan apabila melihat ‘kulit’ yang terkeluar di sekitar tepi kuku. Bila di tarik dan cabut sakit pulak. Jadi persoalannya di sini adalah bolehkah ia di potong dan apakah pula cara untuk menjaga ‘kulit’ di sekitar itu tanpa jadi luka dan berdarah?
‘Kulit’ di sekitar tepi kuku itu di panggil sebagai Cuticle ataupun Kutikula. Lapisan kulit ini ada pada pangkal hujung kuku dan ia biasanya akan di potong jika anda pergi membuat sesi manicure dan pedicure. Namun, memotong kutikula ini hanya mendedahkan anda pada jangkitan kuman dan kulat. Salah satu penyakit yang boleh di jangkiti adalah paronychia (kuku menjadi sakit dan bengkak).
Paronychia ini di serang oleh bakteria Staphylococcus aureus dan jika ia kronik boleh di sebabkan oleh jangkitan kulit. Terdapat beberapa gejala utama paronychia, iaitu:-
Bengkak dan menjadi radang di sekitar keliling kuku
Muncul benjolan berisi nanah di sekeliling kuku
Perubahan bentuk, warna, dan tekstur kuku
Kuku mudah tercabut
Kutikula berfungsi untuk melindungi kuku yang akan tumbuh dari jangkitan kuman. Walaupun begitu, kutikula merupakan lapisan kulit yang agak halus, jadi ia mudah terdedah kepada kerosakan dan jangkitan kuman. Bagi mengekalkan kutikula yang sihat, sememangnya anda di nasihati untuk tidak memotong atau mengoyakkan kutikula secara sengaja ataupun tidak.
Anda kena faham bahawa penjagaan kutikula bukan sahaja untuk cantik, malah, untuk menjaga kesihatan kuku daripada terjangkiti masalah yang tidak di ingini. Jadi di Alodokter, terdapat beberapa cara yang di sarankan untuk merawat kutikula, antaranya:-
Ads
Gunakan penanggal pengilat kuku yang tidak mengandungi aseton supaya ia tidak kering
Gunakan pengikir kuku untuk menghaluskan tepi kuku yang kasar
Sapukan pengeras kuku (nail strengthen) untuk menguatkan kuku
Sapukan pelembap seperti krim atau jel petroleum untuk berikan kelembapan pada kutikula
Jangan menggigit kuku
Jadi bila anda ke salon untuk membuat rawatan manicure atau pedicure, anda boleh sahaja memberitahu mereka untuk tidak memotong kutikula dan hanya menyuruh mereka untuk melembutkan lapisan itu sahaja. Namun, jika anda ingin juga untuk memotong kutikula, ada beberapa tip yang boleh di lakukan agar kuku tidak rosak dan terhindar dari jangkitan, iaitu:-
Rendamkan kuku dalam air suam
Sapukan pelembap apabila kutikula kelihatan kering
Tolak kutikula secara perlahan menggunakan penolak kutikula di sepanjang dasar kuku
Pastikan salun yang anda pergi mempunyai lesen yang sah supaya anda tidak tertipu. Jika barangkali anda terkena jangkitan paronychia, ia akan mengambil masa selama beberapa minggu sehingga bulan untuk sembuh. Amalkan untuk merendam kuku ke dalam air suam satu kali sehari. Jika keadaan jadi semakin buruk, anda boleh dapatkan rawatan pada doktor dan anda akan di beri antibiotik atau ubat antikulat atas saranan doktor.
Sebelum ini pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berjaya menurunkan berat badannya kepada berat ideal. Namun sebenarnya tidak mudah untuk kita ‘maintain’ saiz sebelumnya memandangkan banyak godaan terutama dalam bab makan. Walaupun sebenarnya dia sudah kurus, tetapi Zulin kini dalam proses menurunkan lagi berat badannya setelah hampir sebulan enak menikmati jamuan sempena Syawal lalu. Tiddak sentuh nasi sebaliknya menggunakan diet telur dalam proses menurunkan berat badannya. Zulin juga turut berkongsi cara masakan telur yang betul dan menu dicadangkan untuk tempoh seminggu.
Zulin mensasarkan 30 hari dan semalam sudah masuk hari ketiga dia diet telur. Hasilnya berat Zulin sudah turun 2 kg dan masih ada 27 hari untuk ditempuhinya.
Dia juga turut memohon followernya mendoakan agar dia kuat untuk menempuh 27 hari mendatang. Selain dari diet menu telur, Zulin juga membertahu dia turut minum teh hijau setiap hari. Menurutnya tidak kira apa jenama asalkan tiada gula.
Di samping itu Zulin juga turut memberitahu petua dalam diet telur yang diamalkannya. Caranya ialah dia hanya memgambil putih telur dan membuang bahagian kuning berkenaan.
Walaupun pengacara berbakat ini turut mengingatkan mereka di luar sana untuk berdiet mengikut cara tersendiri dan paling penting megikut kemampuan badan sendiri. Jika was-was boleh terus bertanya kepada yang pakar.
Ayuh kita kongsikan menu diet telur untuk tempoh seminggu yang dicadangkan oleh Zulin Aziz. Untuk tempoh itu (2 minggu) tiada pengambilan nasi dan jika dilakukan berterusan boleh turun sehingga 10 kg. Paling penting tiada gula dalam pengambilan diet berkenaan.
Jadi bagi yang mempunyai masalah berat badan boleh mencubanya untuk mendapatkan tubuh langsing seperti anak dara. Yang penting kena disiplin dan bersungguh-sungguh.
Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg No sugar
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sejak menceburi bidang keusahawanan, lama sudah kita tidak melihat sosok pelakon dan penyanyi berbakat, Ika Nabila menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia dengan bakat seni yang dimilikinya.
Jelas Ika, sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, dia telah pun merasai segala kesenangan namun dia tidak mahu kemampuannya, terhenti setakat itu sahaja.
Ika mendedahkan dirinya enggan terlalu selesa dengan kehidupannya ketika ini, meskipun telah mengecap pelbagai kejayaan di usia muda.
“Setting a GOAL is the first step in turning the invisible into the visible! 16 years berlakon tbh I was very comfortable with my life, my financial. I have enough, more than I could ever dreams when I was a child. CUKUP.
“Ada kereta, rumah, mampu holiday overseas, designer brands pun merasa, at the age of 20 dah boleh gajikan driver. Yes, sederhana bagi orang kaya tapi mewah bagi Ika Nabella. Luasnya rezeki pinjaman Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, perasaan tersebut sebenarnya menjadi antara pemangkin semangat buat dirinya untuk menceburkan diri didalam dunia bisnes.
Dalam pada itu, Ika turut memberitahu, niatnya untuk memulakan bisnes adalah bertujuan untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.
“CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI ? The first thing I asked my self when I decided to seriously start my businesses ; and few more brands coming up to achieve my GOALS.
“WHY? sebab I paling benci dengan ayat CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI. I want to be able to diapense more, sacrifice more, entrust more, allocate more. WHY? because ‘He is with you wherever you may be. And Allah sees well all that you do’,” tulisnya.
Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini baru berusia setahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Kecoh minggu lalu apabila pemain badminton negara kesayangan ramai, Datuk Lee Chong Wei kini sedang menjalani rawatan di Taiwan akibat kanser hidung tahap awal. Ramai melahirkan rasa simpati pada hero negara itu dan mendoakan kesihatan beliau pulih seperti sedia kala. Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apa sebenarnya kanser hidung ini kerana jarang sekali mendengar sakit ini kecuali kanser payudara, paru-paru, prostat atau ovari. Ramai yang tertanya-tanya apakah itu kanser hidung kerana jarang mendengarnya berbanding payudara, usu, paru-paru atau lymphoma. Menjelaskan perkara ini, Doktor Mohd Shaiful Nizam berkongsi info mengenai kanser hidung di laman twitternya.
Menurut Dr Mohd Shaiful Nizam yang juga doktor telinga, hidung dan tekak ini kanser yang menyerang atlet negara ini adalah Kanser Pangkal Hidung atau nama lain Nasopharyngeal Carcinoma (NPC).
Kanser NPC ini terjadi di bahagian Nasofarinks berdekatan dengan pangkal tengkorak. Kanser ini juga kerap dihidapi oleh kaum Cina dan menduduki tangga ke lima selepas payudara, usus, paru-paru dan lymphoma.
Faktor risiko disebabkan keturunan dan jangkitan Virus Epstein Barr. Juga dikatakan amalan gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayuran atau ikan kering.
Gejala utama bengkak di bahagian leher, selain pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran di sebelah telinga.
Untuk kepastian menghidapinya, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian Nasofarinks diperlukan. Boleh dilakukan di klinik ENT dengan melakukan kaedah bius.
Jika masih ditahap awal dan terus mendapatkan rawatan, kelangsungan hidup (prognosis) boleh bertahan sehingga lima tahun atau jika berada di tahap lain bergantung sekiranya belum merebak ke kawasan lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...