Kini musim konvokesyen kebanyakan universiti di seluruh Malaysia. Pasti kita dapat saksikan rakan-rakan kita yang baru bergelar graduan memuat naik gambar mereka baru menerima skrol bukan?
Ada juga beberapa artis yang tidak terkecuali yang diraikan pada hari konvokesyen ini dah antara yang paling mencuri tumpuan adalah penyanyi Najwa Latif. Dia secara rasminya telah berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), di peringkat ijazah sarjana (master).
Meraikannya bersama ahli keluarga yang tersayang. Tahniah Wawa!
View this post on InstagramTerima kasih datang convo wawa. ❤️ #photoshootnexttime #hujanlebat
A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on
Penyanyi Cinta Muka Buku ini berjaya menamatkan pengajiannya dengan keputusan yang sangat cemerlang iaitu 4 flat.
View this post on InstagramA post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on
Bukan mudah ya belajar sambil bekerja sebagai pensyarah. Kagum sis!
Wawa juga pernah menyatakan yang dahulunya dia pernah rasa nak berhenti belajar sewaktu berada di tingkatan 4 dan tidak menyangka perjalannya akan sejauh ini. Syabas Wawa! Moga terus memberi inspirasi kepada yang lain.
https://www.instagram.com/p/B3jTOy2l_si/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nana Sheme, As’ad Motawh Tampil Dalam Muzik Video “Welcome to My World!” Genting Highland!
Sebut sahaja Resort World Genting Highlands, pasti terbayangkan Taman Tema Terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai ‘daya tarikan’ menarik dan sesuai dikunjungi seisi keluarga mahupun bersama sahabat handai. Samada untuk tujuan beriadah, mahupun meluangkan masa bersama insan tersayang.
Sehubungan itu pada tahun baharu 2023 ini, pihak pengurusan pusat peranginan bersepadu di Asia, Resorts World Genting (RWG) telah mengorak langkah penuh bergaya dengan melancarkan kemunculan sulung muzik video baharu mereka yang berjudul “Welcome to My World!” dalam satu majlis pelancaran kempen semalam.
Muzik Video “Welcome to My World!” Tampilkan Nana Sheme Bersama Barisan Artis Popular Lain!
Menariknya, muzik video yang berprestij ini menampilkan barisan artis tempatan terkemuka seperti Nana Sheme, As’ad Motawh, Zee Avi, Jestinna Kuan dan dan Alyssa Dezek.
Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Genting Malaysia Berhad, Spencer Lee berkata kempen “Welcome to My World” yang dilancarkan itu bertujuan memberikan para pengunjung satu perasaan bahawa ‘dunia RWG’ adalah hakmilik mereka bersama. Malah, mereka boleh memanggilnya sebagai My World.
Jelasnya lagi, muzik video ini bertujuan menyemarakkan lagi keterujaan dan mengalu-alukan para pengunjung ke pusat peranginan itu.
“Jika anda rasa anda pernah ke sini, jangan fikirkan bahawa anda telah menyaksikan segalanya, kerana kami sentiasa mencipta pengalaman baharu untuk anda.
“Tahun 2023 ini RGW bakal membawa lebih banyak acara menarik dan produk baharu khusus buat para pengunjung, dipenuhi dengan pelbagai daya tarikan untuk dinikmati dan merasai sendiri setiap pengalaman di RWG yang pastinya berbeza berbanding sebelumnya,” ujarnya.
5 Daya Tarikan ‘Wajib’ Dikunjungi Pada 2023!
Selain itu, RWG juga turut mempromosikan pengalaman unik yang tinggi di awan bagi semua pengunjung di Taman Tema Genting SkyWorlds yang baru dibuka, dimana para pengunjung juga boleh menikmati tarikan-tarikan lain seperti Taman Tema Tertutup Skytropolis, Ripley’s Adventureland, Vision City Games Park dan BigTop Video Games Park.
“Kami sentiasa proaktif dalam memperbaharui dan menambah baik pusat peranginan kami untuk memberikan pengalaman baharu kepada para pengunjung kami,” katanya.
1. Taman Tema Genting SkyWorlds (Tarikan Terbaharu)
2. Taman Tema Tertutup Skytropolis
3. Ripley’s Adventureland
4. Vision City Games Park
5. BigTop Video Games Park.
Untuk rekod, pusat peranginan Genting Highlands yang terletak 6,000 kaki dari aras laut dan menawarkan persembahan hiburan ‘live’ bertaraf dunia dan acara-acara ikonik ang sesuai dinikmati bagi semua lapisan umur. ‘
Apa lagi hijabi? Pastikan Genting Highlands berada dalam bucket list dan intinerary percutian anda tahun ini! Kerana ia satu-satunya pusat peranginan yang boleh anda boleh kategorikan sebagai “My World!”
Sumber: Facebook Resort World Genting
Artikel berkaitan: Kalau Anda Ke GENTING HIGHLANDS, Jangan Lupa Pergi Ke 5 LOKASI Menarik Ini. RUGI Kalau Tak Pergi!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selalu Stres Dan Cepat ‘Naik Hangin’? Ikut Teknik Ini Untuk Hilangkan Kemarahan Anda…
Setiap hari kita pergi ke kerja atau hendak kemana-mana, pasti akan perasan badan kita kurang tenang dan stres. Mood di waktu pagi juga sangat mengacau fikiran kita untuk berfikir dengan positif.
Adakah anda tahu, selain mendapatkan tenaga dan kesegaran dari makanan atau mandi pagi, sebenarnya badan kita memerlukan sesuatu yang lebih dari itu. Sarapan yang utama buat badan yang sihat adalah dengan menghirup udara yang segar!
Hirup udara segar menjamin badan yang cergas
Bangun sahaja setiap pagi kita harus menghirup udara yang segar setelah membuka tingkap bilik dan melihat suasana pagi yang indah. Namun, ramai yang alpa untuk menikmati dan mengambil masa seketika untuk menghirup udara yang segar setiap pagi. Ia sangat penting kerana mampu membekalkan faedah yang bermanfaat buat tubuh badan.
Artikel berkaitan: Berhajat Nak Makan Rebus-rebus Semasa Diet? Hadamkan Dulu Perkara Yang Dikongsi Coach Kecergasan Ini
Sebenarnya terdapat beberapa faedah yang boleh di manfaatkan oleh tubuh badan kita melalui kaedah ini jika di lakukan pada setiap pagi. Ianya sangat mudah untuk menghilangkan apa-apa unsur negatif yang boleh mempengaruhi kita, sepertinya:-
#1 Mengurangkan stres
Permulaan hari anda jika dapat menghirup udara segar sangat banyak memberikan manfaat buat kesihatan fizikal dan mental. Sewaktu di awal pagi, kebanyakan gangguan bunyi dari kenderaan kurang di dengari dan ia boleh di jadikan sebagai satu terapi buat anda. Bayangkan jika kita cuba amalkan setiap pagi kaedah ini, hidup pasti akan menjadi lebih tenang dan bahagia.
#2 Stabilkan tekanan darah
Suasana yang tidak bersih dapat menjadi faktor utama dalam peningkatan tekanan darah. Oleh dengan itu, kaedah menghirup udara segar pada awal pagi dapat membekalkan oksigen yang bersih dan menyegarkan seluruh organ badan termasuk jantung dan juga boleh menstabilkan tekanan darah.
#3 Sistem imunisasi menjadi kuat
Sel darah memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi jadi dengan melakukan kaedah ini setiap pagi dapat membantu sedikit sebanyak sistem imunisasi badan. Sel darah putih pula sangat penting untuk memastikan dan membunuh bakteria dan benda asing yang berada dalam badan. Hal ini boleh memberikan sel darah putih menjadi lebih efektif dan berfungsi dengan baik.
Artikel berkaitan: “Dulu Terpaksa Berhenti Sebab…”- Minat Berbasikal Sejak Kecil, Hawa Rizwana Kekal Sihat Dan Cergas!
#4 Kesihatan paru-paru
Setiap kali kita menghirup udara dan menghembuskan nafas, ia dapat mengeluarkan gas yang tidak di perlukan oleh badan. Jadi untuk membantu badan untuk menjadi lebih sihat, hirup udara segar pada setiap pagi akan menggantikan gas yang di keluarkan oleh badan dan seterusnya menyihatkan paru-paru anda.
#5 Bekalan tenaga yang banyak
Bekalan oksigen yang mencukupi setelah menghirup udara yang segar dapat di salurkan kepada bekalan tenaga yang berganda. Organ-organ akan dapat berfungsi dan bekerja dengan lebih efektiv termasuklah otak. Oleh dengan itu, dapatlah bekalan tenaga yang sangat mencukupi untuk tempuhi seharian.
Sebagai seorang yang pentingkan penjagaan badan yang sihat dan cergas, anda perlu ambil kisah tentang diri sebelum membuat apa-apa. Kesihatan susah untuk di jaga apabila ia tercemar dengan ancaman penyakit, jadi gunakan dengan sebaik mungkin nikmat yang ada.
Sumber gambar: Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PUTIH Jadi Pilihan, Shila Amzah Sah Bergelar ISTERI. Tahniah & Semoga BERKEKALAN Hingga Ke Jannah!
Seperti yang diketahui umum, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya pada minggu ini. Semalam, selepas waktu Asar dengan sekali lafaz, Shila Amzah sah bergelar isteri kepada cinta hatinya, Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri.
Majlis pernikahan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran 400 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Farah Fauzana, Zara Zya dan Jihan Muse.
Dress rona putih rekaan Nurita Harith menjadi pilihan Shila Amzah sempena majlis pernikahannya ini. Gaya yang cukup ringkas serta tidak memerlukan perincian yang sarat tetapi sudah cukup untuk membuat penampilan Shila tampak menawan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa isteri kepada Haris ini kelihatan begitu cantik dan ayu ditambah dengan solekan ringkas yang membuat wajah Shila tampak begitu berseri-seri.
Untuk rekaan pelamin pula, pasangan ini memberi sepenuh kepercayaan kepada ADIdecor & donebyAZMAN untuk menghias pelamin nan indah berkonsepkan bohemian forest garden. Harus diakui bahawa pelamin pasangan mempelai ini kelihatan begitu mewah dengan mainan palet kayu berkualiti tinggi, penggunaan daun-daun fresh dan less flower.
Selain itu, ibu dan bapa Shila Amzah dilihat sedondon memakai baju rona maroon manakala dayang-dayangnya memilih rona merah jambu sebagai warna tema mereka. Satu padanan yang cukup cantik dan menarik.
Pada majlis sebelah malam pula, difahamkan satu majlis telah diadakan sempena meraikan pasangan pengantin baru ini. Shila kelihatan begitu moden dan santai dengan busana rona biru lembut yang direka khas oleh Melinda Looi.
Tidak sabar rasanya untuk melihat persalinan di majlis resepsi Shila Amzah dan Haris Idraki. Hijabista ucapkan tahniah kepada pasangan mempelai. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Amin…
FOTO-FOTO LAIN:
#1 – Alhamdulillah, dah selamat
#2 – Sweetnya
#3 – BFF Turut Raikan Hari Bahagia
#4 – Selamat Pengantin Baru
#5 – Comel je main bunga api
Sumber: Instagram ANHEVENTS, ADIPUTRA_DECOR & AQOIMRAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI