Wanita kebiasaannya akan mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak setelah melahirkan anak. Selain itu masalah lain yang sering dihadapi adalah di bahagian perut yang susah untuk kempis terutama bagi yang kerap melahirkan anak.
Namun tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dengan baik. Seperti perkongsian wanita ini Nieyssa Hashim yang berkongsi petua mengempiskan perut dengan berkesan tetapi syarat dilakukan secara konsisten.
Dia yang sudah melahirkan lima orang anak mengamalkan tip dengan minum air sebaik bangun tidur dan juga makan jamu.
Menurutnya sejak darjah 6 lagi dia susah mengamalkan makan jamu ini dan hasilnya badannya kekal langsing seperti anak dara walaupun sudah mempunyai lima anak.
Menurutnya lagi banyak khasiat daripada makan jamu ini, antaranya kurangkan bau badan, period jadi teratur, muka tak pucat dan paling penting badan sentiasa bertenaga.
RAMAI NAK TIPS KURUS PERUT KEMPIS KAN?
Sebenarnya ibu beranak ramai ni susah jugak untuk kempiskan perut.
Ambil masa 1-2 bulan untuk dapatkan hasil yang memuaskan tapi perlu konsisten.
Tapi boleh la cuba sedikit tips yang nissa amalkan ni.
Bangun jer waktu pagi tu terus minum 2 gelas air untuk buang toksik dalam badan.
Then nissa suka makan jamu,
Dari darjah 6 lagi nissa dah amalkan jamu,
Sebab jamu boleh menyihatkan dalaman kita, dan menyuburkan.
Apa sahaja jamu yang sesuai dengan diri kita,
Orang perempuan silalah amalkan.
Jamu ni bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tapi luaran pon boleh nampak,
Kurangnya bau badan, period teratur, muka xkan pucat lesi yang penting kita xkan letih dan sentiasa bertenaga.
Dan yang mana xnak badan yang berbenjol2 bila kita pakai pakaian dalam kerana lemak berlebihan keluar.
Pada sebelah malamnya buat la senama yang boleh mengeluarkan peluh,
xperlu ke gym sebab kita ramai anak kan.
Ajak anak2 sekali, buat la HIGH INTENSITY WORKOUT.
Ambil masa setengah jam sudah cukup
Buka youtube dan amalkan selama sebulan,
Nissa jamin semua orang akan tegur selepas tu sebulan buat,
Tapi yang penting perlu konsisten.
So nak cantik, nak slim bukanlah satu alasan yang pelbagai.
xperlu nak berbelanja besar pon sudah boleh cantik dan sihat.
nissa hashim
Enjoy mommy of 5 kids
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI