Sebelum ini penyanyi dangdut Indonesia, Zaskia Gotix terkenal dengan imej seksi namun kini konsisten berhijab. Dia juga sedia untuk lepaskan dunia glamor demi istiqamah.
Perkara ini turut dipersetujui oleh salah seorang sahabat baiknya, Ratu Meta.
Suatu ketika, Ratu Meta pernah berkata Zaskia Gotix mempunyai niat untuk menjadi lebih serius untuk ‘berhijrah’ dan meninggalkan persada seni.
Dari segi penampilan, ibu kepada dua anak ini dilihat semakin konsisten berhijab.
Zaskia juga jarang muncul di kaca televisyen kerana sedang membina kerjaya sebagai usahawan fesyen.
Berikut beberapa foto terkini Zaskia Gotix dengan hijab: –
Sejak kebelakangan ini, Zaskia Gotix sudah jarang muncul di layar skrin. Dia kini lebih fokus kepada kehidupannya.
Penampilannya tidak seperti dulu. Zaskia Gotix kini memilih untuk bertudung labuh.
Zaskia turut terlibat dalam perniagaan tudung dan sering menjadi model untuk perniagaannya sendiri.
BACA JUGA: Selebriti Indonesia ZASKIA GOTIX Bertudung Selepas Pulang Umrah, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Zaskia Gotix juga konsisten memakai hijab dan pandai suai padan pakaian dan hijab.
Sejak pulang umrah dahulu, Zaskia Gotix sudah berniat untuk berhijrah.
Zaskia akui mendapat hidayah di tanah suci dan sejak itu dia kekal berhijab.
Hasrat Zaskia Gotix untuk ‘berhijrah’ turut disahkan oleh Ratu Meta, salah seorang rakannya.
“Kini dia tidak ingat lagi dunia seni. Setahu saya, nyanyian sudah berhenti. Beberapa gambarnya juga telah dipadamkan,” dedah sahabatnya, Ratu Meta.
Daripada muat naiknya di media sosial, Zaskia Gotix sering membaca al-Quran dan mengkaji ilmu agama dalam pengajian yang diikutinya.
Perubahan positif Zaskia Gotix turut disokong oleh rakan-rakan. Zaskia mahu menjadi lebih baik, sekarang dia hanya mahu fokus pada keluarga dan ibadah.