Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun untuk membersihkan muka anda dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm, cleansing cloth dan kedua dengan water-based cleanser.
Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja.
Fungsi cleanser pertama akan membantu untuk mencairkan makeup, menghapuskan kotoran dan minyak yang berlebihan sepanjang hari, dan membersihkan kulit. Cleanser kedua pula akan membantu mengatasi masalah kulit (skin concerns) tertentu yang dihadapi dan perlu mempunyai bahan untuk hidrasi, melicinkan atau exfoliating, dan merawat jerawat.
Double cleansing adalah teknik dua langkah yang hanya akan menambahkan beberapa minit masa kepada skincare regimen anda. Tapi seperti kebanyakan perkara lain dalam skincare, ianya bukan satu rutin yang sesuai untuk semua!
Memandangkan setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza, amat penting untuk pilih double cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit anda.
Menggunakan produk double cleansing mengikut jenis kulit juga dapat mengelakkan daripada terlebih cuci (over-washing) dan terlebih kering (over-drying) kulit anda. Kalau anda buang terlalu banyak natural oil di muka, ia akan menyebabkan muka menghasilkan lebih banyak minyak dan seterusnya akan menyebabkan breakout dan iritasi.
Pakar dermatologi juga mencadangkan supaya double cleansing
hanya dilakukan pada waktu malam iaitu waktu yang selalunya wujud kotoran dan makeup untuk dibersihkan selepas membuat pelbagai aktiviti di waktu siang. Ini untuk pastikan supaya anda tidak mengubah keseimbangan semulajadi minyak dan mikro pada kulit.Dengan kewujudan pelbagai produk di drugstore mahupun atas talian, memilih produk untuk double cleansing memang agak memeningkan terutama sekali kalau anda tidak pasti bahan apa yang patut dipilih untuk jenis kulit anda. Jadi, jangan hanya beli sebarang cleanser dan cleansing oil yang ada di rak kecantikan. Baca dulu tip dan panduan dari pakar dermatologi di bawah untuk panduan anda!
Menambahkan minyak pada kulit muka yang berminyak bunyi macam menambahkan masalah pada kulit, tapi sebenarnya oil-based cleansing boleh membantu bersihkan kulit anda daripada kotoran dan minyak. Oil-based cleanser akan menarik minyak di muka anda, jadi ini akan membantu untuk membersihkan mekap, peluh dan minyak-minyak lain yang berkumpul di muka anda.
Jika anda bukan peminat oil-based cleanser, anda juga boleh gunakan kapas yang diletakkan micellar water dan tekapkan dengan lembut pada bahagian mata dan seluruh wajah. Molekul kecil yang dipanggil sebagai micelles dalam micellar water boleh membersihkan kotoran yang tersumbat pada liang pori dan minyak yang berlebihan.
Gunakan pembersih muka gel atau clay, dengan bahan-bahan seperti aloe vera, rose, teh hijau, biji moringa dan glycolic acid. Ini dapat membantu mengimbangi kelembapan, mencegah inflammation dan mengawal pengeluaran minyak. Kuncinya adalah untuk mengeluarkan kotoran dan minyak serta membantu mengimbangi dan menghidrat kulit.
Anda berisiko besar untuk terlebih cuci (over-washing) wajah jika anda mempunyai kulit kering, jadi double cleansing akan memberikan kesan buruk daripada kebaikan kepada anda kalau gunakan produk yang tidak sesuai untuk kulit kering.
Untuk hasil yang terbaik, pakar kulit mencadangkan penggunaan cleansing balm dan bahan-bahan pelembap seperti shea butter, sunflower oil, coconut atau jojoba oil untuk menambah hidrasi dan memulihkan lipid barrier di kulit.
Kulit yang kering juga disebabkan anda mudah untuk dapat tanda-tanda awal penuaan, jadi pilih produk dengan bahan-bahan anti penuaan seperti vitamin C, green tea, hyaluronic acid, dan glycolic acid. Lepas bersihkan wajah, gunakan moisturizer atau face oil pada wajah untuk kuncikan kelembapan pada kulit.
Ada banyak kelebihan untuk anda yang miliki kulit jenis ni termasuk anda boleh cuba hampir kesemua cleanser yang ada di pasaran! Pastikan pilihan cleanser anda itu dapat bersihkan segala kotoran yang boleh sumbatkan pori, yang disebabkan jerawat, dan mempercepatkan penuaan.
Bernasib baik memiliki kulit normal, perkara terakhir yang anda mahukan ialah sekiranya cleanser anda akan beri masalah pada kulit. Pilih gentle cleanser yang tiada sebarang alkohol atau pewangi yang boleh mengeringkan kulit. Anda juga boleh langkau bersihkan wajah pada waktu pagi dan hanya bersihkan wajah anda pada waktu malam sahaja.
Kulit kombinasi agak tricky sedikit untuk diatasi kerana sebahagian wajah anda berminyak manakala sebahagian yang lain pula kering. Amat penting untuk anda cari produk yang dapat memulihkan keseimbangan kulit dan memperbaiki tekstur dan complexion kulit anda.
Cara yang terbaik menurut dermatologist ialah dengan menggunakan oil-based cleanser yang kaya dengan nutrien dan mengandungi ceramide. Bahan-bahan ini mampu menganjalkan dan melembapkan kulit wajah.
Pilih gentle cleanser yang tidak membuatkan kulit kombinasi anda jadi lebih teruk. Gunakan gentle cleanser yang berasaskan foam, gel, atau clay yang tidak terlalu keringkan lembapan semula jadi pada kulit anda.
Apabila anda mempunyai kulit sensitif, betapa pentingnya untuk anda mempunyai skincare regimen yang simple yang tidak melecehkan. Bahkan, double cleansing mungkin nampak seperti tidak produktif dan akan menyebabkan iritasi.
Tapi seperti yang anda tahu cleansing adalah asas kulit yang sihat, jadi untuk kulit yang sensitif digalakkan untuk gunakan gentle cleansing oil untuk bersihkan mekap. Untuk elakkan kulit anda daripada breakout dan iritasi, cari cleanser yang gunakan bahan-bahan seperti Vitamin E, aloe vera, green tea, glycolic acid, dan tea tree oil.
Penggunaan gentle cleanser akan dapat mengurangkan kemerahan pada kulit sensitif. Pilih gentle cleanser yang bebas dari pewangi dan non-comedogenic dan diformulasikan secara khusus untuk kulit sensitif.
Semua info mengenai double cleansing di atas ini dirujuk daripada artikel oleh doktor-doktor pakar kulit ataupun dermatologist.
Semoga anda dapat manfaat dari panduan memilih cleanser mengenai double cleansing yang tidak semestinya menggunakan cleansing oil semata-mata. Ada pelbagai produk selain cleansing oil yang anda boleh gunakan juga untuk double cleansing. Paling penting pastikan cleansing oil yang anda pilih itu sesuai dengan jenis kulit anda. Diharap tiada kekeliruan selepas ini semua dan anda dapat memilih double cleanser yang sesuai dengan kulit anda.