Kongsikan Momen Mengerjakan Umrah Bersama Anak Angkat, Mizz Nina Memanjatkan Kesyukuran Nikmat Yang Di Kurniakan

Share

Menghargai momen yang indah bersama anak angkat di Mekah, Mizz Nina memanjatkan rasa syukur dapat buat ibadah umrah bersama Musa baru-baru ini. Ramai yang turut merasai bersama selepas melihat posting Instagram miliknya itu.

Sumber gambar dari Official Instagram Mizz Nina

Alhamdulillah keatas segala keberkatanNya

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan dia sedang berada bersama anak angkatnya, Musa, di hadapan Kaabah bersama jemaah yang lain. Dia turut memanjatkan rasa syukur melalui ruangan kapsyen.

Titipan doa serta rasa syukur oleh Mizz Nina dapat di lihat apabila dia mendoakan supaya Musa akan membesar menjadi seorang anak yang soleh dan di kurniakan akhlak budi pekerti. Doa-doa yang di tulisnya jua menjadi panduan kepada orang ramai yang mengikutinya di sosial media, sungguh manis cinta seorang ibu.

Artikel berkaitan: Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan Di Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

“Alhamdulillah ya Rabb kerana memberikan peluang kami dapat bersama di sini (Mekah). Sudah berbulan Musa telah mendengar kisah mengenai ibadah haji, kini dia dapat melihat dengan matanya sendiri,

“Ya Allah, jadikan Musa sebagai seorang ummah yang soleh, di kurniakan dengan akhlak yang mulia, mendapat satu warisan legasi yang menjalani kehidupan dengan penuh keimanan dan takwa,

“Semoga Musa di kurniakan lagi dengan tarbiyyah serta manfaat dari al-Quran sebagai panduan hidup buatnya dalam menjalani kehidupan kini dan pada masa yang akan datang, ameen.” begitulah doa yang di ungkap di ruang kapsyen.

Meninjau di ruangan komen ramai juga yang menitipkan doa buatnya dan Musa semoga mendapat keberkatan dalam mengerjakan umrah. Bahkan ada juga yang menjemput Mizz Nina ke rumah mereka di sana.

Baru-baru ini Mizz Nina telah menjadi salah seorang penerima anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H pada ahad lalu. Ramai juga mengenali kegiatan dakwah serta aktiviti islamik yang di anjurkan olehnya seperti DopsTV dan aplikasi islamik seperti Qalby App.

Sumber info dan gambar: Instagram Mizz Nina

Artikel berkaitan: Deep kata-kata Mizz Nina: “Kita Selalu Harap Pasangan Faham Tentang Kita Sedangkan Kita Lupa Rumah Tangga Adalah Kita Belajar Tentang Dia”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee