Selalu terima permintaan untuk kongsikan bagaimana hubungan terjalin bersama non-muslim, adakah ia sulit untuk bersatu dan mengajak mereka memeluk agama Islam? Adam Corrie menjelaskan tip buat pasangan di luar sana.
Bukan mudah untuk mengajak pasangan yang bukan Islam untuk memeluk agama suci ini oleh kerana ingin bersatu sebagai hubungan yang sah. Adalah lebih baik jika dapat bersatu dengan halal dan bukan bersatu dengan cara mendekati zina.
Pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah membuat satu perkongsian mengenai perjalanan hidupnya bersama isteri tercinta ketika awal perkahwinannya. Sering terima ramai permintaa orang luar untuk kongsikan cara dan tip, kini dia sekali lagi menceritakan kisahnya.
Menurut Adam Corrie melalui posting di Facebook, perkongsiannya itu adalah berdasarkan dari pengalaman dan pandangannya sendiri. Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu akad nikah pada tahun 2008.
Sebelum dia meneruskan lagi perkongsiannya, Adam ada juga menyelitkan firman Allah SWT dari surah al-Israk ayat 32:
Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Israk: 32).
“Prinsip asas dalam adab bercinta dalam Islam ialah berpasakkan keredaan Allah, mematuhi segala suruhan-suruhan-Nya dan tidak boleh mengikuti kehendak makhluk-Nya sehingga mengingkari perintah atau larangan-Nya,
“Menjalin hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat,
“…seseorang yang benar-benar ingin mengamalkan Islam dalam dirinya perlu membetulkan niat apabila bercinta. Bercinta kerana Allah SWT dengan tujuan menghalalkan perhubungan itu daripada segenap sudut melalui perkahwinan yang sah.” ujarnya.
Adam menekankan bahawa percintaan antara manusia terutama sekali buat pasangan lelaki dan perempuan perlulah mengingati untuk menjaga diri dari kemudaratan. Tambahannya lagi, apabila hubungan terjalin melibatkan non-muslim, ianya sangat bahaya kerana boleh goyah dan hanyut dalam percintaan tanpa memikir soal agama.
Sumber gambar dari Facebook Adam Corrie
Masjid atau mahligai merupakan perumpamaan yang sering di gunakan sebagai makna hubungan yang sah terbina antara dua pasangan lelaki dan perempuan. Adam Corrie menerangkan lebih lanjut secara terperinci mengenai cara-cara buat pasangan yang menjalinkan hubungan berlainan agama sebagai panduan mereka mengikut pengalamannya.
Sumber gambar dari Facebook Adam Corrie
Antara tip yang di kongsikan adalah seperti:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.