Pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah selamat melahirkan putera sulung pada hari ini, 10 Mei 2022 jam 3.40 pagi tadi di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur. Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya sendiri, Wan Emir Astar di laman Instagramnya.
Menurut Wan Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, putera sulung mereka itu memiliki tarikh lahir yang sama seperti ibunya iaitu pada 10 Mei.
Isteri syurgaku Nur AMirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi.
“Bergema nyaring tangisannya..”
Tambahnya lagi, Mira dan juga bayi berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
Perkhabaran gembira itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Antara barisan artis yang turut sama teruja dengan kelahiran putera sulung itu adalah Daphne Iking, Lisa Surihani, Lah Ahmad, Hafiz Hamidun dan Shama Ainaa.
Team Hijabista juga mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini dan mendoakan agar Mira dan putera sulungnya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. InsyaAllah!
Sumber gambar: Instagram Mira Filzah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.