Sebagai seorang insan, kita seharusnya melayan semua makhluk ciptaan Tuhan dengan sebaiknya tanpa perlu menilai kedudukan mereka.
Menghargai para pekerja Alam Flora yang telah bertungkus lumus menjaga kebersihan kawasan rumahnya, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah menjamu mereka Nasi Daging Harimau Menangis sebagai sedekah di hari Jumaat.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana setiap Jumaat kita dapat berkongsi rezeki bersama mereka. Mungkin ramai yang terlepas pandang jasa mereka yang membersihkan persekitaran rumah kita.
“Tanpa mereka, mungkin rumah kita tak seindah yang dapat kita kecapi sekarang. Alhamdulillah,” jelasnya.
Sambil dibantu oleh pembantu rumahnya, beliau juga turut memasak hidangan tersebut sama seperti mana ketika dirinya mahu menjamu selera selain mengagihkan sampul duit raya buat para pekerja tersebut.