Impian pengacara popular Awal Ashaari untuk membuka sebuah kedai kopi, The Great Coffee Club akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya membuka cawangan pertama di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.
Awal berkata, kopi memiliki nilai sentimental kepada dirinya memandangkan air kegemaran ramai itu turut menyatukan hubungannya dengan isteri tercinta, Scha Al Yahya.
Tidak dinafikan waktu yang terluang bersama di sebuah kedai kopi boleh menyatukan dua hati menjadi satu. Begitu jua pasangan dua sejoli ini.
“Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak ‘throwback’ kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu ‘dating’ di sebuah kedai kopi di Bangsar.
“Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.
Ads
“Malah setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.
Kedai kopi hadiah untuk isteri
Memiliki sebuah kedai kopi, impian menjadi kenyataan. Dibuka secara rasminya pada 22 Mac lalu ternyata The great Coffee mendapat sambutan ramai.
“Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama kedai kopi, The Great Coffee Club, Seksyen 13, Shah Alam.
Ads
Menurut Awal, dia memilih Shah Alam sebagai lokasi pertama kedai kopi miliknya kerana menepati target pasaran dan lokasinya yang strategik.
“Saya memilih Shah Alam kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati target pasaran.
“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi sebagai permulaan saya pilih Shah Alam.
“Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai. Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya,” katanya.
Meniti mama sebagai pengacara yang serba boleh, Awal mempunyai pelbagai rancangan di masa akan datang. Memanfaatkan kedai kopinya, bukan sekadar kedai kopi, Awal memberitahu, dia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk.
“Insha-Allah perancangannya selepas Aidilfitri ini. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial.
“Mengikut perancangan awal saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang tahu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kini berada di luar negara dalam menghadapi persaingan perlumbaan MotoGP tahun ini. Dan kali ini dia tidak keseorangan apabila turut membawa isterinya, Suzana Manaf bersama. Pada mula menyangka isteri tersayang hanya berada di luar litar sebagai penguat semangat, tetapi rupa-rupanya dia turut menjadikan isterinya sebagai Umbrella Girl. Ini bagi menaikkan semangat untuk kekal konsisten berlumba apabila insan tersayang berada di sisi.
Isterinya yang juga seorang model Muslimah menjadi Umbrella Girl berhijab pertama berada di litar sempena perlumbaan di Thailand minggu lalu.
Nyata kehadirannya jadi tumpuan memandangkan yang dipayungi adalah suaminya sendiri dan dia juga santun dalam pakaian menutup aurat, lengkap dengan inner tangan.
Foto yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat komen positif dari netizen. Rata-rata mendoakan kejayaan Hafiz dalam mengharumkan nama negara di pentas antara bangsa.
Umbrella Girl pembakar semangat
zulfadzliridzuan Bini jadi umbrella girl, memang semangat berkobar-kobar le jawabnya.
ballonzuza_surprise Wahhhh Good job bro ,pilihan Yg tepat ,smoga bertambah berkat ,bertambah semangat la bila tulang rusuk kiri ada Sbelah kan ,smoga sentiasa dirahmati kalian berdua
Walaupun berada di luar negara, namun kedua-duanya tidak pernah melupakan agama dan budaya kita. Malah jika diperhatikan setiap gambar di muat turun turut disertakan tanda pagar #bismillahfirst atau #akhiratdidepan.
Malah sempena sambutan Syawal yang lalu juga Hafizh dan isterinya juga lengkap berbaju Melayu di litar tanpa rasa kekok atau malu.
Kulit yang bersih, cerah, flawless, dan sehat tentu idaman kebanyakkan wanita. Maka untuk memilikinya, sering kita disyorkan pelbagai cara yang dipercayai mampu memberikan kesan serta hasil terbaik bagi kulit kita.
Tapi disebalik lambakkan tip-tip kecantikan yang boleh diperolehi secara atas talian ini. Bukan semuanya kita boleh percaya tau sis! Ada beberapa tip mungkin sekadar mitos dan hanya memberikan kesan buruk serta kerosakkan kepada kulit jika diamalkan.
Jom ambil tahu apa dia mitos-mitos kecantikkan itu! Elakkan diri dari terpedaya kerana buruk padahnya kelak. Di sini Hijabista senaraikan 6 diantaranya.
6 Mitos Kecantikkan Yang Perlu Dihindarkan!
Mitos 1: Tidak mencuci wajah punca muka ditumbuhi jerawat.
Fakta: Sebenarnya mencuci wajah langsung tiada kena mengena dengan punca atau penyebab munculnya jerawat pada wajah. Ini kerana, jerawat hadir akibat kulit yang mengeluarkan minyak yang berlebihan sehingga menyumbat liang pori pada wajah. Apabila pori-pori tersumbat ia menjadi tempat pengumpulan bakteria hingga terhasilnya jerawat.
Mitos 2: Produk alami dan semulajadi lebih selamat digunakan.
Fakta: Meskipun kita selalu di ‘momokkan’ dengan dakyah bahawa produk yang dioerbuat atau mengandungi bahan semulajadi, pastinya selamat digunakan dan tidak akan mendatangkan kemudharatan kepada kulit. Tapi, ia tidak benar-benar selamat untuk semua orang tau! Terutamnya jika hijabi mempunyai masalah alergik terhadap sesetengah bahan semulajadi contohnya seperti alergik terhadap debunga, alergik terhadap buah-buahan dan bermacam lagi. Jadi bukan semua produk sumber alam itu selamat dan tidak mengandungi racun.
Mitos 3: Krim mata tidak memberikan sebarang kesan kepada ‘Panda Eye’
Fakta: Krim mata merupakan produk kecantikan paling tidak berkesan dan bermanfaat? Ini ternyata salah dan mitos. Mustahil produk krim mata langsung tidak membantu anda menyelesaikan masalah pada area mata. Ini kerana kebanyakkan krim mata sememangnya di formulasi untuk memberikan banyak manfaat dan mengatasi masalah seperti mengurangkan kedutan, masalah kantung mata, dark circle, eyebag serta fineline dan garis-garis halus pada kawasan mata.
Mitos 4: Tidak perlu gunakan produk yang mengandungi retinol sebelum cecah usia 50 tahun.
Fakta: Jika anda merupakan seorang yang mahukan kecantikan kulit kekal terjaga dan awet muda meski ketika usia sudah menjangkau 50-an, Hijabista menyarankan agar anda menggunakan produk yang mengandungi retinol di pertengahan usia 20-an untuk mencegah terjadinya kerosakkan pada kulit wajah. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati!
Mitos 5: Sunscreen hanya perlu dipakai ketika cuaca panas terik
Fakta: Sinar Ultra Violet (UV) yang dipancarkan menerusi cahaya matahari walaupun tidak terik tetap boleh menembus lapisan kulit dan membuat kerosakkan pada tekstur kulit anda. Jadi, tidak kira samada hijabi mempunyai aktiviti di luar ataupun di dalam pejabat pastikan anda selalu menggunakan sunscreen tau! Untuk selalu melindungi kesihatan kulit anda.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita kini menjadikan travel ke beberapa destinasi menarik seluruh negara ini sebagai hobi atau aktiviti terutamanya pada hujung tahun. Jika masih panjang umur, pasti akan kembali ke tanah air dengan selamat.
Namun jika sudah ditakdirkan meninggal dunia ketika travel di negara orang, siapalah kita untuk menghalang takdir Allah. Dalam hal ini bagaimana agaknya jasad kita mahu dibawa pulang jika meninggal di tempat orang lebih-lebih di negara yang bukan patuh syariah.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam dan Editor Penerbitan al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil menjelaskan jika seseorang itu travel ke luar negara terutama yang bukan patuh Syariah dan kemudiannya meninggal dunia dan ada di kalangan keluarga berhajat kepada jenazah ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Malaysia, prosesnya memang agak rumit.
Langkah pertama haruslah rujuk kedutaan Malaysia di negara yang mereka kunjungi. Ahli keluarga atau sesiapa juga boleh membawa masuk jenazah bukan warganegara Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan dari pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
“Jasad atau jenazah disedut keluar apa sahaja darah atau seumpamanya kerana dikuatiri jangkitan itu akan merebak yang boleh menyebabkan masalah keselamatan dan menyebabkan virus berlaku.
“Kebiasaaanya jasad itu akan dibekukan kemudian disimpan di tempat yang khas dengan suhu yang telah diaturkan. Dan untuk jasad ini dibawa pulang ke Malaysia akan melalui proses-proses tertentu,” ujar Ustaz Amiro Safwan.
Menurutnya yang meninggal dunia itu di di kalangan orang Malaysia dan pihak kedutaan akan bertanggung jawab menguruskan proses berkenaan.
“Pihak yang akan menguruskan jenazah adalah Kedutaan di negara berkenaan. Proses membawa balik ini akan mengambil masa paling kurang dua atau tiga minggu barulah jenazah boleh dibawa pulang,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Panduan membawa balik dan keluar jenazah atau abu mayat boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...