Umum sedia maklum bahawa pemilik nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina merupakan antara selebriti dan aktivis kemanusiaan yang jarang terpalit kontroversi.
Terdahulu, pada 4 Ogos tahun lalu Mizz Nina pernah mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba memaklumkan berkenaan perceraian bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Kini, dalam diam setelah menyediri kurang lebih hampir setahun. Mizz Nina mengumumkan bahawa dia kini telah pun menjadi suri hati kepada seorang lelaki Maghribi dikenali sebagai Essam Muhammad.
Tambahnya lagi, lelaki berkenaan berjaya mencuri hatinya setelah berkongsi matlamat yang sama iaitu mahu membantu agama menerusi jalan dakwah.
“Kami berdua sudah sepakat untuk mendedikasikan hidup kami kepada dakwah.
“Kami berkongsi tujuan, aspirasi di samping sangat teruja untuk melangkah ke fasa baru hidup kami.
Artikel berkaitan: Mahu Cari Erti Sebenar Kehidupan! Sejak Berhijrah Mizz Nina Akui Kehidupan Lebih..
“Kami faham bahawa perkahwinan adalah tentang menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan berkasih sayang.
“Perkahwinan adalah tentang mencari keredhaan Allah agar dapat melangkah ke syurga bersama-sama,” ujarnya.
Menerusi perkongsian sama, Nina turut menguar-uarkan bahawa majlis resepsi mereka akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Sumber: Instagram Mizz Nina
Artikel berkaitan: Kongsikan Momen Mengerjakan Umrah Bersama Anak Angkat, Mizz Nina Memanjatkan Kesyukuran Nikmat Yang Di Kurniakan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.