Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Raffi Ahmad telah berkongsi berita duka pemergian nenek tercinta atau lebih dikenali sebagai “Mamih Popon” Sabtu lalu.
Berita kehilangan neneknya Hanifa Binti Dharma, 88, telah dikongsikan melalui laman Instagram miliknya sendiri. Raffi memberitahu bahawa neneknya meninggal dunia pada 31 Disember 2022, pukul 4.01 petang waktu Indonesia.
Terdahulu, neneknya sempat dirawat akibat strok untuk kali yang kedua di unit rawatan rapi sebuah hospital di Jakarta. Keadaan Mami Popon dikatakan memang menurun sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Pelakon tersebut turut menitipkan doa buat Allahyarham neneknya supaya diampunkan segala dosa dan salah silap yang pernah dilakukan.
“Innalillahiwainailaihi raajiun.. Nenek saya hanifah Darma (Mami Popon) telah meninggal dunia pada pukul 4.01 petang, Sabtu 31 Disember 2022.
“Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan kekhilafannya. Insya Allah nenek akan disemadikan di tanah perkuburan di Bandung,” tulisnya.
Melihat ke ruangan hantaran yang lain, terlihat pelakon tersebut sempat memuat naik video memberikan ciuman terakhir buat neneknya serta turut membantu menguruskan jenazah hingga ke liang lahad.
Artikel berkaitan: Tidak Seeloknya Menggunakan ‘Rest In Peace’, Ada Ucapan Takziah Yang Lebih Elok Untuk Hormati Kematian Orang Bukan Islam
Melalui temubual bersama Insertlive, Raffi Faridz Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raffi Ahmad,35, menyatakan hasrat neneknya untuk ke rumah baharunya yang sedang dalam pembinaan.
“Kali terakhir, sebelum Mami sakit tenat, dia minta pergi ke Andara, nak tengok rumah baru.
Difahamkan, keadaan Mami Popon ketika itu sangat lemah. Walaupun begitu, bonda Raffi, Amy Qanita tetap menunaikan hasratnya serta memandunya ke rumah baharu tersebut.
Namun disebabkan masih tidak berdaya, Mami Popon hanya berada dan melihat dari dalam keretanya. Apabila ditanya tentang rumah baharu Raffi
Ahmad, Mami Popon dikatakan hanya mengangguk lemah.Berita pemergian neneknya turut mendapat perhatian daripada Presiden Indonesia sendiri iaitu Joko Widodo. Joko Widodo atau dikenali mesra sebagai Jokowi dilihat sempat menghantar jambangan bunga buat keluarga Raffi Ahmad.
“Terima kasih pa @jokowi dan ibu,” tulisnya.
Selain Presiden Indonesia, Raffi juga menerima banyak jambangan bunga daripada eksekutif stesen televisyen, bank dan kelab-kelab serta persatuan Indonesia yang lain.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuk Baim Wong, Acha Septriasa, Irwansyah, Luna Maya dan ramai lagi turut berduka cita dan mengucapkan salam takziah. Bahkan selebriti Tanah Air, Zizan Razak turut tidak ketinggalan menyampaikan salam takziah.
“Turut berduka citaaaaa semoga Allah menempatkan nya di tempat terbaik Allah” -Shireen Sungkar
“Innalillahi wa Innalillahi rajiun allahummaghfirlaha warhha waafihibwafuanha”-Irwansyah
” Turut berduka yang sedalam2nya Raffi dan Gigi…”-Astrid Sartiasari
“Innalillahi wainailaihi rojiun, turut berduka yg sedalam dalamnya 🙏🏻, Alfatihah menghantar kepergian mamih ke surga Allah SWT آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن”-Melly Goeslow
“Turut berduka cita kak 🙏🏼🙏🏼🙏🏼”- Chelsea Olivia
Artikel berkaitan: Sebelum Seseorang Itu Meninggal Dunia, Jadikan Amalan Ini Bekalan Untuk Akhirat. Rugi Kalau Tak Lakukan!
Sumber: Insertlive dan Instagram Raffi Ahmad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.