Seperti yang diketahui, Halima Aden yang sebelum ini tampil bertudung telah bersara dari pentas peragaan kerana tidak mahu memakai pakaian mendedahkan.
Namun baru-baru ini, Halima telah memuat naik gambar OOTD terbaharunya yang memakai turban di Instagram.
Dalam gambar tersebut, Halima membiarkan bahagian depan rambut (fringe) dan lehernya kelihatan.
Gambar tersebut diambil selepas Halima menghadiri majlis pelancaran koleksi terbaharu pereka fesyen dari Itali, Brunello Cucinelli.
Halima mengenakan busana hitam bersama blazer sebagai outer. Dia turut memadankannya dengan palazo pant. Kelihatan Halima tersenyum manis dan selesa dengan penampilan terbaharunya itu.
Halima yang sebelum ini popular kerana hijabnya, kini menjadi bualan kerana telah memperlihatkan ‘fringe’ dalam imej terbaharunya.
Halima mula dikenali ketika menjadi wanita Somalia-Amerika berhijab pertama yang bertanding dan menjadi peserta di separuh akhir pertandingan Miss Minnesota USA 2016.
Pada 2017, Halima pernah melakar sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama untuk kulit muka hadapan majalah Vogue.
Dalam hantaran terbarunya di Instagram, Halima memakai abaya berwarna coklat ketika menghadiri acara British Vogue. Namun, ianya telah mengundang pelbagai komen hanya kerana penampilannya yang menampakkan rambut.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Halima mengambil keputusan untuk menutup bahagian komen.
Melihat kepada hantaran ini pula, Halima mengenakan gaun merah jambu minimalis dari Solace London.
Halima memadankannya dengan turban putih yang diikat menjadi sanggul. Halima turut memperlihatkan bahagian rambut hadapan dan lehernya.
Kini, Halima kerap dilihat menggayakan turban yang memperlihatkan bahagian depan rambut dan leher. Antaranya, ketika menghadiri acara Vogue di mana Halima mengenakan busana serba hitam bersama turban.
Hantaran tersebut turut dibanjiri komen dari para pengikutnya di Instagram.
Rata-rata mempersoalkan tindakannya itu. Mereka meluahkan rasa kecewa kerana sebelum ini Halima bertudung penuh namun kini penampilannya berubah dengan begitu ketara.
Halima kemudiannya sekali lagi menutup ruangan komen.
Dalam hantaran ini pula, Halima dilihat memakai turban berwarna hitam. Penampilan glamornya ini dilengkapkan dengan pemakain anting-anting.