Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci Mekah sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarga termasuk anak kecilnya, Siti Aafiyah. Walaupun sedang kusyuk membuat ibadah, tetapi beliau tidak lupa muat turun segala aktiviti dilakukan di sana di media sosial.
Malah netizen juga tertunggu-tunggu posting terbarunya menceritakan pengalaman membawa anak kecilnya di sana. Sebelum ini memang menjadi hajatnya untuk membawa Siti Aafiyah menjejakkkan kaki ke Tanah Suci bila sampai masanya.
Nampaknya menurut Siti, Aafiyah tidak banyak ragam sepanjang berada di sana. Malah dalam posting terdahulu Siti juga mengucap syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan berada di Masjidil Haram di hujung Ramadan.
Pelantun lagu Anta Permana ini juga memberitahu Siti Aafiyah sempat mengikutnya menunaikan tawaf sunat dan jadi pengalaman sangat bermakna buat dirinya dan suami.
Selain itu netizen juga menyukai cara Siti yang dikatakan sangat humble. Penampilannya juga sangat cantik walaupun berwajah polos tanpa sebarang solekan.
Walaupun beliau seorang public figure, tetapi tidak memilih untuk berniqab menutup muka biarpun dirinya sangat dikenali di sana.
Ayuh kita lihat foto-foto menarik yang dimuat turut oleh Siti dalam laman Instagramnya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK