Suka tengok penampilan dramatis Aprena Manrose atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman yang manis bertudung sejak dua tahun lalu.
Meniti usia 30 tahun, semakin terserlah keayuan dan kecantikan semula jadi sepupu kepada Uqasha Senrose ini biarpun tampil tanpa solekan.
Baru-baru ini, Aprena ada memuat naik satu foto di akaun Instagramnya di mana dia mengenakan topi dan hoodie berwarna pink sehingga menampakkan bahagian leher.
Gara-gara foto tersebut, Aprena dikecam oleh warga maya dan mengundang rasa kurang senang. Mereka turut mempersoalkan tindakannya itu dan membuat andaian seolah-olah Aprena bakal kembali tidak bertudung.
“Ada hint2 nak buka tudung ke? Harap kuatkan semangat untuk kekal bertudung yer..”
“Iman tak kuat katanya. Nak jadi diri sendiri katanya”
Pun begitu, ramai juga yang memberi kata-kata positif agar Aprena kekal istiqamah berhijab.
“Semoga terus istiqomah. Yang sebenarnya awak kena dok dalam circle orang² yang istiqomah..kalau dok dalam circle huha huha..risau senang tergelincir. Apa pun saya doakan yang baik²”
“Please…. teruskan bertudung walaupon rasa susah… tetap paksa diri untuk tutup aurat yeaaa… sis doakan yang baik2 untuk kamu semoga terus istiqomah”
“To Kak Aprena. Saya doakan kak sentiasa istiqomah dalam menutup aurat.. Post akak ni nampak rambut & leher. Hope lepas ni kak hati2 ya dalam buat posting. Sekadar pesanan”
Tidak berdiam diri, Aprena membalas komen-komen negatif itu dengan tenang. Malah, Aprena turut berterima kasih dan memohon agar mereka mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
CANTIK & BIJAK
Aprena adalah anak kepada Iwan Syahman, bekas penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dulu. Manakala ibunya, Rosnah Mohd Noor merupakan pelakon filem terkenal era 80an.
Aprena merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Abang sulungnya bernama Ramada Manrose. Manakala kakaknya Oktovia Manrose juga merupakan seorang pelakon.
Tak sekadar cantik dan berbakat, Aprena juga adalah lulusan Diploma Penyiaran & Filem dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU).
SOKONGAN & RESTU SUAMI
Aprena bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan penuh daripada suami dalam apa jua yang dilakukan. Bagi Aprena, restu dan sokongan suami sangat penting.
“Saya bersyukur suami sentiasa memberi sokongan kepada saya. paling penting sangat sporting.
“Selalunya sebelum pergi ke set penggambaran saya akan selesaikan dulu kerja-kerja rumah. Memandangkan kami masih belum punya anak, fokus utama saya ialah tanggungjawab sebagai isteri,” kongsi Aprena.
Semoga Aprena kekal istiqamah dan sentiasa berada dalam circle yang baik-baik.
Kredit Foto: Instagram Aprena Manrose
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini